Sebut sahaja nuget, pasti anak-anak paling teruja. Jika ke pasaraya pasti tak sah jika tidak singgah di ruang yang menempatkan makanan ini.
Sebenarnya nak buat nuget ayam sangat mudah. Malah, air tangan ibu pasti lebih menyihatkan dan terjamin kebersihannya. Maklumlah, semua bahan yang digunakan tentu lebih terjamin.
Jom kita lihat resipi yang dikongsikan oleh saudari Noor Liyana cara membuat nuget ayam tempura homemade.
Tempura nuget homemade..
Asalnye nak buat sosej.. tapi takde plastik aiskrim tu,terjadi lah nuget ni.. hehe.. lembut, takde lemak atau keraguan sebab totally isi ayam bahagian dada yang digunakan.. senang nak buat tapi leceh sikit part nak potong ayam kecik2 sebab saya kisar guna pengisar biasa je..
Ads
Bahan-bahan
1. isi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil2) dalam 700gm 2. telur 2 biji 3. bawang putih 5 ulas 4. bawang merah 2 biji (saiz sedang) 5. lada hitam (ditumbuk) ikut suka nak banyak mana 6. tepung ubi kayu 3 sudu 7. garam dan perasa (ikut suka) 8. tepung goreng serbaguna (saya guna brand aroma. sedap sebab dia ade rasa pedas-pedas sikit. brand aji pun sedap.) 9. sedikit butter
Cara membuat:
Ads
1. Kisar semua bahan (boleh guna food processer jika ada. kalau tak, boleh guna blender. tapi kisar perlahan2 sebab takut blender rosak.
2. kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 mnt. (sebelum masuk adunan, saya ada sapu butter sikit di loyang supaya nuget cake senang dikeluarkan)
Ads
4. kemudian, potong nuget cake mengikut saiz dan bentuk yang kita suka. 5. bancuh tepung serbaguna dengan air. jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.
6.celupkan nuget dalam tepung serbaguna dan goreng sehingga garing.
kalau nak rasa lebih sihat, boleh juga grill nuget cake tu..
selamat mencuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak feeling ala-ala makan di restoran Korea, jom cuba resipi yang dikongsikan saudara Ben Safwan ni.
Cukup mudah, lain dari yang lain, sedap pula tu. Paling penting dapat eratkan hubungan kekeluargaan. Pasti suasana jadi lebih meriah, sambil makan boleh berborak santai kan. Celup bakar makan,celup bakar makan.Ulang sampai kenyang. Main celup bakar makan ni dah macam kat kedai daging Korea pula dah. Makan panas-panas sodapp.Jimat jauh la buat sendiri. Resepi ada Ben sertakan.Daging ikut bahagian yang disukai.Nak jenis daging atau lemak-lemak sikit. Untuk mudah potong, biarkan dia 20-30% sejuk dan potong nipis.Lagi nipis lagi sedap.
Kuantiti untuk 800 gram – 1kg daging. Sos perapan:
4 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia muda
2 btg serai kecil
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu makan gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Tumbuk pakai lesung je,bila dah hancur kasar sikit,keluarkan letak dalam bekas, tambah 3/4 cawan air sikit-sikit takut cair, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan air lemon 1 sudu makan. Kacau sebati semua. Biar pekat-pekat sikit.
Panaskan pemanggang/non stick pan serta sapu cairkan butter sedikit tuk kali pertama,celup daging dan bakar.
Daging bakar ikut suka nak garing or lembut. Sedap makan sambil bakar Sos Ben guna sambal kicap dan sos manis thai yang dibeli. Untuk sambal kicap :
Sambal Kicap:
1/2 biji tomato
4 tangkai cili padi
1/2 bwg merah besar
Kicap masin
Sedikit Madu
Sedikit Lemon
Potong kecil dan campur semua.Sesuaikan dengan tekak.Nyummmm
Follow Ben untuk resepi ringkas tapi sedap kut ?
#resepibensafwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Lihat Selekeh, Namun Mampu Raih RM80,000 Semusim”- Petani Miliki Ijazah Ni, Buktikan Bertani Boleh Buat Duit!
Peribahasa Melayu ada menyebut, `Berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya’, manakala jika malas berdayung, perahu akan hanyut. Berpegang kepada peribahasa ini, benarlah sesiapa sahaja yang bercucuk tanam boleh berjaya mendapatkan pendapatan lumayan asalkan rajin berusaha!
Umpanya kisah graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Rahman Mohd Noor, telah berjaya membuktikan bahawa hasil tanaman yang diusahakannya di ladang lada di Kampung Padang Landak, Jertih boleh membuatkan dirinya mampu hidup senang dengan pendapatan yang lumayan.
Meskipun orang melihat kerjaya sebagai petani ini kelihatan tidak bergaya dan selekeh, siapa sangka pendapatan mereka mampu mencecah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan.
Tolak Tawaran Kerja Pejabat
Difahamkan Abdul Rahman Mohd Nor, sebelum ini pernah menerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan namun dilepaskan demi ingin mengusahakan projek penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum. Berkat usaha dan minat terhadap bidang itu, nyata melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin.
“Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mencapai impian bergelar petani moden yang berjaya.
“Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cuba menjalankan tanaman cili secara komersil dengan berbekalkan ilmu serta tunjuk ajar daripada ayah saya sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama di ladang miliknya di Kampung Padang Landak, Jertih.
Selain itu, beliau juga mengikuti program keusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun lalu. Penglibatan keluarganya dalam penanaman tembakau sejak Abdul Rahman kecil lagi sedikit-sebanyak mendedahkannya kepada jerih-perih kehidupan seorang petani, hingga beliau menjadi cukup bersedia menghadapi sebarang risiko.
Lebih membanggakan hasil tanaman di tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar), Abdul Rahman mampu mengutip hasil sehingga 12 tan cili besar semusim, dengan dibantu oleh lima pekerjanya.
“Apabila kita memilih untuk bekerja sendiri kita perlu menanggung risiko bersendirian, namun walaupun kita graduan universiti tidak semestinya kita perlu berharap sepenuhnya untuk memegang jawatan besar. Kita mampu berdiri di atas usaha kita di dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi graduan, Rohana Alias, 39, yang mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Fertigasi Alor Lintang, Besut berkata menceburi bidang pertanian boleh memberikan keseronokan di samping memperoleh pendapatan lumayan.
Menurut Rohana, beliau yang menceburi bidang pertanian hampir 13 tahun dan gembira dengan kerjaya pilihannya itu walaupun tidak ramai graduan wanita sepertinya berminat dalam bidang berkenaan.
“Sememangnya bekerja dalam bidang ini kita tidak berpakaian cantik sebagaimana mereka yang bekerja di pejabat, namun mereka yang bertani ini punyai kelebihan tersendiri yang mana saya boleh memilih waktu kerja saya sendiri.
“Walaupun mereka hanya melihat kami berpakaian selekeh namun kami masih mampu meraih pendapatan minimum RM20,000 untuk semusim dan kini pasaran MMT yang saya usahakan telah berkembang ke seluruh negeri ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Kolej Universiti Malaysia Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu), beliau tetap akan meneruskan usahanya dalam bidang pertanian walaupun mendapat tawaran pekerjaan yang lebih terjamin.
Beliau yakin graduan lain juga mempunyai peluang yang sama sekiranya berminat dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berharap bekerja di pejabat sahaja. Rohana memperoleh ijazah pada 2003 dan pernah mendapat kursus berkaitan penanaman dari Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) pada 2007.-
Sumber : Bernama
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila ditanya tentang perbezaan menjaga dan mengasuh anak lelaki dan anak perempuan, rata-rata ada pengalaman menarik ingin dikongsi.
Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
[su_highlight background=”#c0def9″ color=”#d41929″]Cara Didik Anak Lelaki[/su_highlight]
Sumber : Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di