Nak feeling ala-ala makan di restoran Korea, jom cuba resipi yang dikongsikan saudara Ben Safwan ni.
Cukup mudah, lain dari yang lain, sedap pula tu. Paling penting dapat eratkan hubungan kekeluargaan. Pasti suasana jadi lebih meriah, sambil makan boleh berborak santai kan.
Celup, Bakar & Makan Sampai Puas Ala-Ala Di Korea.  Cicah Sos Manis Thai & Sambal Kicap Memang Sedap!Celup bakar makan,celup bakar makan.Ulang sampai kenyang. Main celup bakar makan ni dah macam kat kedai daging Korea pula dah. Makan panas-panas sodapp.Jimat jauh la buat sendiri. Resepi ada Ben sertakan.Celup, Bakar & Makan Sampai Puas Ala-Ala Di Korea.  Cicah Sos Manis Thai & Sambal Kicap Memang Sedap!Daging ikut bahagian yang disukai.Nak jenis daging atau lemak-lemak sikit.
Untuk mudah potong, biarkan dia 20-30% sejuk dan potong nipis.Lagi nipis lagi sedap.

Kuantiti untuk 800 gram – 1kg daging.
Celup, Bakar & Makan Sampai Puas Ala-Ala Di Korea.  Cicah Sos Manis Thai & Sambal Kicap Memang Sedap!Sos perapan:

4 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia muda
2 btg serai kecil
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu makan gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Celup, Bakar & Makan Sampai Puas Ala-Ala Di Korea.  Cicah Sos Manis Thai & Sambal Kicap Memang Sedap!Tumbuk pakai lesung je,bila dah hancur kasar sikit,keluarkan letak dalam bekas, tambah 3/4 cawan air sikit-sikit takut cair, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan air lemon 1 sudu makan. Kacau sebati semua. Biar pekat-pekat sikit.

IKLAN

Panaskan pemanggang/non stick pan serta sapu cairkan butter sedikit tuk kali pertama,celup daging dan bakar.

Daging bakar ikut suka nak garing or lembut. Sedap makan sambil bakar
Celup, Bakar & Makan Sampai Puas Ala-Ala Di Korea.  Cicah Sos Manis Thai & Sambal Kicap Memang Sedap!Sos Ben guna sambal kicap dan sos manis thai yang dibeli. Untuk sambal kicap :

IKLAN

Sambal Kicap:

1/2 biji tomato
4 tangkai cili padi
1/2 bwg merah besar
Kicap masin
Sedikit Madu
Sedikit Lemon

IKLAN

Potong kecil dan campur semua.Sesuaikan dengan tekak.Nyummmm
Celup, Bakar & Makan Sampai Puas Ala-Ala Di Korea.  Cicah Sos Manis Thai & Sambal Kicap Memang Sedap!Follow Ben untuk resepi ringkas tapi sedap kut ?

#resepibensafwan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI