Cara Buat Peanut Butter Homemade Guna 4 Bahan. Sihat, Sedap & Bebas Bahan Pengawet. Mudah Je, Ni Resipinya!

Share

Sedap kalau disapu di atas roti bakar sebagai pembuka pagi anda. Sarapan yang berkhasiat lagi lazat dengan peanur butter. Nak cuba buat sendiri?

Resipi ini cukup mudah dan paling penting lagi jimat selain terjamin kebersihannya. Malah, ibu-ibu juga dapat kurangkan penggunaan bahan seperti gula, garam dan minyak. Jadi. lebih berkhasiat dan bebas bahan pengawet.

Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Kak Hasniza Kuali

Apa yang anak suka makan, itu yang seronok hendak dibuat.
Ok hari itu cuba buat homemade peanut butter. Senang sangat rupa-rupanya. Yang penting tiada campuran gula putih, pengawet, pewarna dan perisa. Lebih menyihatkan dan berkhasiat.

Bahan-bahannya ada 4 sahaja:

2 1/2 cawan kacang tanah
3 sudu besar madu
12-15 sudu besar minyak zaitun (boleh digantikan dengan minyak sayuran lain)
1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Goreng kacang tanah tanpa minyak di atas api kecil selama lebih kurang 20 ke 30 minit. Kacau selalu setiap 1-3 minit supaya tak hangus. Nak bakar dalam oven pun boleh.Apabila kacang dah mula berbau ‘masak’, kulit mula tanggal dan rasa rangup, maka tutup api.Buang kulit kacang sampai bersih. Ketepikan kacang yang hitam atau hangus. Jangan dicampur nanti pahit.Masukkan kacang dalam pengisar. Kisar sampai separuh halus.Tambahkan madu, garam dan minyak sayuran.Boleh guna minyak zaitun yang mild and light tasting supaya tiada bau dan rasa yang tak enak.

Masukkan minyak berperingkat-peringkat. Kisar lagi sampai halus. Boleh tambah minyak sekiranya tekstur masih kental. Yeay dah siap.Sapu atas roti, memang sedap dimakan.Masukkan dalam bekas tertutup, simpan dalam peti sejuk 👍🏻Selamat mencuba 😊

Kredit: Kak Hasniza Kuali

#homemadepeanutbutter

ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!

ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN