Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.

Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Resipi mudah ini dikongsikan oleh puan Marina Ismail

Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!Perasan tak kadang-kadang resepi Puding Karamel ada yang banyak lubang-lubang dalam puding tu. Memang nampak tak berapa menarik rupa kalau ada lubang kan. Apa kata cuba resepi puding karamel ni.
.
Kak M dah banyak cuba macam-macam jenis resepi puding caramel. Tapi resepi yang ini paling cantik tekstur nya dan paling sedap pada tekak kak M.
.
Rasanya yang sangat lembut, licin, dan manis yang sedang-sedang aje, memang perghh… sedap yakmat.
.
Makan sejuk apa tah lagi. Ala-ala macam makan taufufa kat pasar malam tu. Buatnya pun senang sangat.

Kalau ada tetamu datang dan hidang puding ni, biasanya memang dia orang suka. Budak-budak pun suka.
.
Untuk adik-adik yang baru belajar memasak pun sesuai sangat. Jom kak M share resepi Puding Karamel yang sedap dan simple nih.

.
RESEPI PUDING KARAMEL
.
Lapisan Gula Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
.
Puding Telur:
5 biji telur saiz B
1 tin susu cair (400ml)
150ml air
2 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila (kalau tak nak hanyir)
.
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!Cara-cara:
1. Masukkan gula dalam loyang pembakar. Letak atas api kecil aje atas dapur. Ada orang letak air untuk larutkan dulu gula dan kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang.
.
2. Tetapi ada juga orang tak letak pon air 2 sudu tu. Mana-mana pun boleh. Tapi kene kacau selalu supaya tak hangit. Kita nak warna perang sikit-sikit aje. Kalau pekat sangat atau hangus, nanti pahit jadinya puding ni.
.
3. Bila gula dah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata sesetiap sudut loyang.
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!4. Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras. So biarkan sementara kita sediakan bahan pudingnya.
.
5. Untuk lapisan puding telur, campurkan je semua bahan dan pukul rata. Tak perlu sampai kembang sebab kita tak nak angin dalam adunan tu.
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!6. Kemudian tapis kan supaya puding yang kita jadi licin.
.
7. Masukkan dalam loyang. Masak guna kaedah bain-marie atau water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170 C api atas bawah) selama 45 – 50 minit.
.
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!Nota: Kak M dapati bila kukus kadang-kadang jadi lubang-lubang pudingnya. Mungkin suhu terlalu tinggi jika kukus. Jadi kak M cadangkan untuk bain-marie atau water bath untuk hasil lebih cantik dan licin.

IKLAN

IKLAN

Posted by Marina Ismail on Sunday, 29 December 2019


#kakMmasak

IKLAN

Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!

 

Top of Form
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI