Nak masak apa untuk minum petang hari ini? Jika anak-anak gemarkan roti, apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri buat roti sosej bajet ini. Kalau berjaya ibu-ibu pun boleh jual ni, buat tambah pendapatan keluarga.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini. Selamat mencuba!
Ads
asalamualaikum anak2 mak alololo nape down2 ni meh la kite berfikir tuk cari pendapatan musim2 getir ni.Roti simple yg mak jual tuk tarikan org walk in ke bakery rm1.50 je doh 35g..Semoga dapat membantu kalian cari rezeki aminn
RESEPI ROTI SOSEJ BAJET
Ads
Bahan-bahan
Tepung high protein 500g/1/2kg
Gula 50g
Garam ( Secubit )
Susu tepung 80gm
Yis kering 10gm
Bread improver 1 sb
K fine 1sb/softner/water roux(google ape itu)
Air + ais batu timbang bersama jadikan 225g
Campur sebati semua bahan dahulu. Mix pakai mata hook sampai sebati. Kemudian,a baru masuk majerin 60g.
Siap uli dah sampai elastik .
Baru rounding 35g doh ikut korang rasa nak buat atau jual besar mana ya.. masuk papercup.
Leper kan sket letak sosej (sosej bakar dalam oven sekejap baru potong2) dan tabur sikit sayur campur (kukus kejap dulu sayur campur tu ya) biarkan kembang 30 minit baru lorek mayo dan sos serta tabur daun pasley.
Bila dah kembang cantik baru bakar suhu 170/180 masa 25 mnt atau sampai dia keperang perangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun sudah terkenal dan kaya raya, namun personaliti ini cukup prihatin dan seorang anak yang baik. Sering kali memuat naik video bersama bapanya, terserlah sisi anak yang penyayang apabila melayani orang tuanya itu.
Dato’ Seri Aliff Syukri menerusi laman instagramnya semalam berkongsi cebisan kisah ayahnya yang dahulu bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Kini, tiba pula giliran Dato Seri Aliff membalas jasa ayahnya itu.
“Saya akan cuba bahagiakan abah saya… dulu dia dah susah untuk saya.. skrg masanya saya balas jasa dia…
“Terpancar wajah penat jerih mencari duit sebagai bekas pengawal keselamatan kilang panasonic sek 15 shah alam selama 22 tahun.. untuk membesarkan saya..
Akui suami kesayangan Datin Seri Shahida lagi, beliau sejak dahulu lagi sudah menanam impian untuk memiliki rumah yang besar.
Malah, impian tersebut dikongsikan dengan ayahnya.
Ternyata impian tersebut sudah tercapai malah beliau juga mampu membelikan rumah dan menyediakan keperluan asas lain kepada bapanya.
“Impian sy dulu dan saya selalu cakap kat abah saya “Abah sy kri nak duduk rumah banglow mcm istana abah waktu tu saya dan abah sy duduk rumah flat sek 20 block 19 tingkat 2.. ni rumah 206 ..
“kalau sy cakap mcm tu kat abah saya abah saya akan cakap .. ko Gila kri.. dpt duduk umah kondo 3 bilik pun mcm mimpi.. sekrag ni sy belikan abah saya rumah terez coner lot dan kereta Honda ecode.
berdiri ditapak kaki sendiri ni lebih bermakna sbb kita rasa betapa susahnya nak berjaya lagi budak tak pandai sekolah mcm saya ….bak kata abah saya..tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ketahap ini.. hanya Allah shja tahu betapa gembiranya kami…bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan….keseronokan ini sy kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.. ….abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani ..walaupun dia x membantu dr segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahgia sbb sia pun susah….dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya….kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1…begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama ..dah niaga lama baru nak merasa smua ni sbb tu saya jakun skit??…saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2bilik sek 20shah alam block 19 adik beradik 7org sebalah abah ..mak bapak saya bercerai….syukur segalanya berubah ..sekrang saya mampu balas kepenatan abah sy dan belikan kereta honda accord dan rumah teres coner lot (nak belikan banglow dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja dirumah..sy tak suka dia dikerja keras mcm dulu2 sampai ketua sbb nak besarkan kami adik beradik…dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata2 nak belikan saya basikal…..sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah jauh sekali nak menunjuk..sy harap abah dan mak saya tahu aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit deleksia punya semangat yg besar… anton (nama manja saya masa kecik) syg mak abah sampai syurga❤️❤️❤️ sharekan kalau korang suka cerita saya??
Bahagia itu sederhana, tak perlu banyak duit atau pangkat yang tinggi semata-mata untuk bahagia. Yang penting dapat bersama dengan orang yang kita sayangi. Kesenangan duit takkan kekal selamanya tapi kasih sayang kekeluargaan itu yang perlu diutamakan.
Melihatkan kebahagiaan keluarga kecil penyanyi Tomok ini membuatkan ramai yang kagum. Lebih-lebih pasangan ini memiliki anak-anak yang comel dan cerdik.
Tetapi perkongsian terbaru Tomok menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini cukup menyentuh hati.
Video tersebut memaparkan Tomok dan isteri serta anak-anaknya ketika menaiki kereta pertamanya miliknya iaitu Kancil. Dalam masa yang sama, Tomok turut berkongsi kenangan dahulu bersama keluarga dan pasangan.
alhamdulillah kereta dah siap
suka betul anak anak…sejuk katanya..haritu aircond rosak..tapi ending video agak menyeramkan buat ayah..aduh pening
Namun, menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, sebelum ini kereta Kancil tersebut mengalami kerosakkan bahagian penghawa dingin tetapi sudah dibaiki. Malangnya selesai betulkan bahagian tersebut, lain pula yang berlaku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Tomok mendidik anak-anaknya. Selain itu ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri waktu kecil.
Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang detik bersejarah negara, sebaliknya turut membawa makna kebebasan untuk berfikir, belajar dan menggunakan ilmu bagi membina kehidupan serta masyarakat...