Cara Cuci Kain Buruk Atau Kain Lap Di Dapur Supaya Lebih Bersih & Wangi. Mudah & Berkesan!

Share

Kalau di dapur pasti akan ada disediakan kain pengelap untuk membersihkan tumpahan kuah makanan, mengelap habuk dan mengelap minyak pada permukaan barang-barang di dapur.
Namun, kotoran dan kesan yang melekat pada kain tersebut pasti susah untuk dibersihkan. Jom try petua mudah ini untuk menjadikan kain pengelap korang kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci.
Tip ini dikongsikan oleh puan Zuraidah Ismail

.
Tips basuh kain buruk dan kain lap2
*************************************
Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yg kotor.
1- Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit
2- selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit
3- selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu
4- bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit
5- masuk dlm pengering balik
6- angkat dan bilas macam biasa
7- keringkan dan jemur
Kak Ida memang cerewet dlm hal2 kebersihan rumahtangga.dan kain buruk utk meniaga…tadi LaLa Nasreen dh share..ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya..sharing is caring…LOVE FROM KAK IDA
IKLAN