Mencipta keserian di ruangan rumah sempena hari raya ini, apa kata kita hias dengan jambangan bunga orkid begi menyerikan ruangan. Sekurang-kurang dapat juga mencipta mood berhari raya walau tidaklah semuanya dihias dengan barangan serba baharu.

Jambangan bunga orkid ini dikatakan  bila ditempatkan di sudut ruang akan nampak begitu cantik, sekali gus cantik ‘meletop’ dan cukup berseri terlihat.

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

Dan kalau hendak tahu, harga jambangan orkid yang siap digubah itu memang boleh tahan harganya mengikut kualiti orkid yang berbeza-beza. Jadi apa kata, dalam merias kediaman ini, kita cuba buat sendiri untuk lebih menjimatkan.

Pasti anda ingin tahu cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menggubah bunga orkid tersebut bukan?

Dan alangkah beruntungnya kita kerana Puan Zaza Zalina sudi kongsikannya untuk manfaat bersama, jom semak.


 

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

Ni harga barang-barang yang digunakan:
Orkid sebatang RM14.00 (guna 5 batang)
Daun sebatang RM5.00
Ranting RM7.50 (pakai sebahagian)
Pasu RM 35.00 beli di bandar Muar
Yang lain-lain tu harga ada di peket dalam gambar
Kalau total semua RM150.00
Ada yang akak beli di kedai barang kahwin di perling jb

IKLAN

Langkah-langkahnya :

1

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

Pasu ni boleh tahan besar jugak la….jadi bawah tu saya sumbat surat khabar bagi mampat, pastu bubuh span atas tu. Guna span 2 setengah pcs.

2

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

IKLAN

Mula-mula saya guna gam putih tu…tapi kena tunggu kering pulak. Nak cepat saya guna hot glue untuk tepek-tepekkan lumut palsu.

3

 

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya! Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

Cucuk semua orkid dulu. Selepas itu baru cucuk buluh dan ikat dengan dawai.

4

IKLAN

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

Hiaskan ikut kreativiti.

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

5

Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi ‘Letop’. Makin Berseri Ruang Dalam Rumah Jadinya!

Siap

sumber: Zaza Zalina via Kelab Kaki Deko

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI