Hidup ini penuh rintangan. Ada cabaran yang menanti. Ada duka yang datang tanpa diundang. Termasuk kehilangan orang tersayang. 

Nyata bukan semua orang bertuah memilik keluarga yang harmoni dan selesa. Ada yang hidup seadanya dengan apa makan apa yang ada. 

Realitinya ada dikalangan kita tanpa sedar. Namun Tuhan itu adil, setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.

Begitulah kisah duka sebuaha keluarga ini sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Sabri Mamat mengenai sebuah keluarga yang kehilangan tempat bergantung setelah kematian ibu tersayang. Yang tinggal hanyalah anak-anak yang masih kecil dahagakan kasih sayang seorang ibu. 

Namun tuhan itu sebaik perancang, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang. Setelah kematian ibu kepada anak-anak ini pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga ini. 

Begitulah kuasa viral. Namun jauh disudut hati anak-anak ini pastinya sebak kehilangan kasih sayang ibu. 

Ibu Tunggal mati, tinggalkan anak  kecil 4 org.

Masih Berlampin Dan Berputing Susu, Ibu Pergi Selamanya. Jiran Arwah Luah Simpati, Tak Sangka Ramai Prihatin.

Jam 7 pagi td sedang saya kemaskan barang-barang  anak sekolah.. Tiba-tiba sampai van jenazah di depan pagar rumah. Ade org meninggal ke? Bisik hati saya, pergi tanya.. Rupanya betul ada meninggal, ibu tunggal. Malam tadi jam 2 pagi tiba-tiba sesak nafas. Ambulan sampai, arwah sudah tiada.

Masih Berlampin Dan Berputing Susu, Ibu Pergi Selamanya. Jiran Arwah Luah Simpati, Tak Sangka Ramai Prihatin.

Arwah meninggalkan, Anak Sulung perempuan 21tahun sudah berkahwin dan menetap di KL. Manakala empat lagi yg menetap bersama arwah.
16 tahun (P)
11 tahun (P) darjah 5
4 tahun (P)
2 tahun (L)

Anak-anak tidak tidur semalam, pagi beralaskan roti uruskan jenazah

Rupanya malam tadi mereka semua tidak dapat tidur..Pagi ni cuma beralaskan roti kerana sibuk uruskan jenazah.. Jadi pagi ni saya belikan sedikit sarapan buat mereka
Sekarang keluarga arwah menyewa di gelong gajah, kg bukit depu, tidak jauh dgn kedai keropok lekor tok molor, KT.

Terasa hiba hati ini, memikirkan Sekiranya ujian sebegini allah takdirkan kpd keluarga kita.. Tinggalkan anak2 kecil.. Bagaimana nasib mereka.. Allah.. Kuatkanlah keluarga ini..
Bagi siapa  yang ingin hulurkan sumbangan, nnti saya cuba dapatkan no akaun bank keluarga arwah.

Upate terkini: Ramai hulur bantuan.

Dalam pada itu, menerusi facebook isteri Sabri Mamat, dimaklumkan perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai pihak.  Keluarga ini telah mendapat bantuan. 

Masih Berlampin Dan Berputing Susu, Ibu Pergi Selamanya. Jiran Arwah Luah Simpati, Tak Sangka Ramai Prihatin.

Banyak lagi dari orang perseorangan, JKM, NGO, akhbar, dan lain2 yang datang menghulurkan sumbangan. Sungguh prihatin masyarakat yg berkongsi cerita di sosial media, ada yg mendoakan ada yg hulurkan bantuan.
Sye yakin, rezeki anak2 ni datang selepas pemergian ibunya adalah atas sebab sabar dan tabah, atau mungkin ibu muda ni redha terima ujian hidup dan penyakit pelbagai yg dia alami, dll cabaran hidup sebagai ibu tunggal.
Alhamdulillah mereka ada nenek yang sangat kasih pd cucu2, & saudara mara yang sgt cakna menguruskan hal anak2…dan sepakat untuk terus jage mereka semua sekali gus di kampung nenek di Pahang.
Damailah arwah di sana InsyaAllah…. Allah menjaga.
Pagi tadi bincang ngn suami Sabri Mamat perlu ke post di FB, kan nanti timbul mcm2 isu? suami cakap,
“Post je….Sekurang2nya kalau ada org nak bantu, rezeki anak2 ni, jangan nafikan hak anak2 ni, dia dh x de mak. Kalau ada org nk berkongsi kita jgn nafikan,beri peluang pada org nak tolong.
Sye mmg ragu2, dan asalnya cdg kt suami jgn post la…sbb takut kn, skrg mcm2 org boleh kata. Tp alhamdulillah ada hikmah rupanya, ramai sgt yg cakna. Rezeki anak2 ni.
.
Masih Berlampin Dan Berputing Susu, Ibu Pergi Selamanya. Jiran Arwah Luah Simpati, Tak Sangka Ramai Prihatin.
Gambar : rumah sewa arwah dr tingkap dapur rumah sye, arwah baru berpindah sewa ke sini tak  sampai 2 minggu.

Masih Berlampin Dan Berputing Susu, Ibu Pergi Selamanya. Jiran Arwah Luah Simpati, Tak Sangka Ramai Prihatin.

Sumber: Sabri Mamat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI