Usahawan dan pelawak sensasi, Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut memohon doa agar perjalanan ibadahnya bersama keluarga dipermudahkan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut dia memohon maaf kepada semua sekiranya dia melakukan kekhilafan sepanjang mengenalinya selama ini.
Jelas Shuib, dia hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan meminta kepada orang ramai mendoakan agar urusannya dalam mengerjakan umrah dipermudahkan.
Ads
“Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Ibadah Umrah.
“Maaf andai ada salah silap dari kami, terkasar bahasa, terguris rasa sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
“Mohon doakan agar segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci,” tulisnya.
Ads
Melalui satu entri di Instagramnya, Shuib dan isteri serta anak-anaknya turut bergambar kenangan dengan busana sedondon serba kelabu.
Semoga perjalanan suci Shuib dan anak-anak dipermudahkan.
Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang boleh diungkapkan dengan keluarga ini apabila terselamat dalam satu kemalangan. Kereta yang sekeluarga ini terbalik namun mujurlah anak kecil diletakkan di dalam car seat.
Kuasa Allah mengatasi segalanya! Meme Umaida Taib dan suaminya Akmal Borhanudin serta seorang cahaya mata mereka, Asytar Rizki terselamat daripada musibah itu.
Ikuti kisah keluarga ini yang dikongsikan oleh Meme Umaida Taib menerusi laman facebooknya.
HEBATNYA PERCATURAN ALLAH SWT.
Assalamualaikum semua sanak saudara dan rakan taulan. Keluarga kecil saya baru mengalami kemalangan yang tragis pada 12.00pm semalam 12 August 2019. Alhamdulillah ajaibnya kuasa Allah, kami bertiga tidak mengalami apa-apa kecederaan langsung terutama anak kami yang berusia 4 bulan. Kalau tengok pada gambar kereta semua ingat kami cedera teruk.
PENTINGNYA CAR SEAT
Asytar memang tidur sepanjang perjalanan semalam. Lepas kejadian kereta terbalik suasana sunyi sepi. Dalam keadaan terbalik kami mencari menjerit nama Asytar sebab saya tak jumpa car seat. Alhamdulillah selepas beberapa saat kami terdengar tangisan Asytar. Dalam keadaan upside down Asytar berada dalam keadaan buckle up di dalam car seat. Saya baring di bawah Asytar dan cepat-cepat buka buckle nak keluarkan Asytar dari kereta. Dalam keadaan kereta upside down lega bila tengok car seat dan Asytar masih dalam keadaan baik. Suami dapat keluar kereta dahulu dan cepat-cepat ambil Asytar dari saya. Alhamdulillah bersyukur kami sekali lagi Asytar terus berhenti menangis seperti tiada apa yang berlaku.
Kami agak terlambat ajar Asytar duduk dalam car seat sebenarnya. Kadang-kadang memang kesian kalau dia menangis taknak duduk car seat tapi kami keringkan hati biarkan dia menangis dalam carseat. Alhamdulillah sekarang he get used to it. Lepas apa yang terjadi depan mata sendiri saya nak memberi kesedaran supaya parents luar sana especially orang-orang yang rapat dengan saya, kalau anda sayangkan anak-anak anda saya merayu tolonglah didik anak anda duduk dalam car seat seawal usianya baru lahir. Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi dalam hidup kita. So kita kena take extra precaution before kita menyesal di kemudian hari. Kereta boleh beli, nyawa anak tiada gantinya.
Alhamdulillah Asytar sangat active lepas kejadian sampai hari ni. Hari ni kami bawa dia pergi clinic dan specialist. Alhamdulillah tiada tanda2 serius terjadi dekat Asytar. Mungkin Allah tu lindung Asytar yang tidak berdosa, dengan ibu dan ayah Allah lindung sekali untuk terus menjaga Asytar sehingga akhir hayat kami. Setiap kali solat saya tak pernah fail minta supaya Allah sentiasa lindungi Asytar Rizqi Akmal supaya sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Gambar ketiga adalah gambar Asytar duduk dalam car seat yang sama pada hari ini. Car seat masih dalam keadaan baik setelah apa yang terjadi semalam.
ALLAH MAHA BESAR, MAHA MELINDUNGI
Hebatnya kuasa Allah bila Allah hantar orang yang betul-betul ikhlas menolong kami. Cuma satu je kami ralat. Kami tak sempat berterima kasih pada keluarga yang menolong kami semalam. Abang dan kakak tu berserta keluarga melalui jalan yang sama untuk pulang ke Ipoh. Abang tu yang menyambut Asytar dari suami saya terus dia beri pada isteri dia. Dalam kami masih kusut, kakak tu jaga Asytar selama 2 jam macam anak dia sendiri walaupun bersempit-sempit dengan anak-anak dia dalam kereta. Kami terhutang budi dan nyawa pada keluarga tersebut.
Kalaulah abang dengan kakak tu tak ada tak tau lah Asytar macam mana tengah panas sementara menunggu keluarga saya datang beri bantuan. Ya Allah ikhlasnya keluarga tu sampai sanggup tunggu berjam-jam padahal perjalanan mereka masih jauh lagi. Disebabkan trauma dan kelam kabut semalam kami tak sempat nak minta contact number pada abang dan kakak tu. Gambar keempat tu kakak tu tengah dukung Asytar dengan anak kecil dia sekali. Video yang kelima agak blur tapi ada nampak sipi2 kereta dan abang yang tolong kami tu. Dengan kuasa viral, kalaulah abang dan kakak tu baca post kami ini, mintak tolong contact saya di nombor 0122628220 dan suami 0126410243.
Terima kasih tak terhingga pada keluarga Raja Nor Laila, Raja Shahrul Nizam dan Raja Norzakiah terutama Wan Shyrell, Raja Adly Izuan Badak-king, Raja Shahrul Nizam, Wan Shyney dan Amy Rahimi sebab bersama dan menunggu kami sehingga selesai semuanya. Jasa anda tak terbalas, hanya Allah yang dapat membalas. Terima kasih juga pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Semoga kita semua dijauhkan dari segala perkara buruk yang tidak kita ingini.
“Benda yang rosak boleh dibaiki dan dibeli, nyawa yang hilang tiada galang gantinya.”
Sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu
memakai perhiasan diri. Ia termasuk suka mengumpul barang emas.
Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Rekaanya cantik dan menjadikan ia lebih elegan.
Namun walaupun telah disalur chrome putih, nilai emas tidak langsung susut.
Ilmu ini tidak semua orang tahu, malah menyebabkan ada segelintir peniaga kedai emas menawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas itu kononya tidak mempunyai nilai.
Sebagaimana penerangan oleh wanita ini yang menjelaskan bahawa ada penipuan dikalangan penjual mengunakan cara begitu.
Emas chrome putih itu sama nilai dengan emas kuning.
Meninjau diruangan rata-rata warganet berkongsi kisah. Ada yang tidak mengetahui bahawa nilai emas berkenaan sama dengan emas kuning. Ada juga yang sudah mengenai hal berkenaan.
Rahim dan faraj dua anggota tubuh wanita yang cukup penting dan perlu dijaga rapi kerana keduanya berkait dengan peranakan.
Antara cara yang boleh diamalkan wanita dalam memastikan bahagian ini sihat dan bebas penyakit adalah dengan melakukan penjagaan luaran. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh anda lakukan.
Mandi serum
Mandi serum atau mandi herba ini biasa dilakukan oleh ibu lepas bersalin. Tapi sebenarnya ia boleh saja dipraktikkan oleh wanita yang bukan dalam pantang. Daun-daun berikut akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian.
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit
– Halia
Selain bertujuan untuk membuang angin, khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi kesan pada kulit. Mandi serum paling mudah boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tahu best atau tidak cuba dan rasakannya sendiri.
Bertangas
Tidak ramai yang amalkan bertangas. Mungkin merasakan aktiviti ini agak leceh. Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30 minit.
Terdapat dua jenis iaitu tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pra menopaus. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan dihalakan pada faraj.
Tangas kering pula memerlukan batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu dihalakan pada faraj.
Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj sihat. Segala toksin akan keluar dari faraj melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih dan manjakani. Tangas kering pula manjakani, kunyit, halia, halba, perahan limau.
Rendaman faraj
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba mengandungi garam bukit, sirih, manjakani. Biarkan air menjadi suam sebelum berendam. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang ingin bebas dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir.
Meruang
Umpama longkang yang tidak dibersihkan, ia akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid atau keputihan akan menempel di dinding faraj.
Lama-kelamaan akan timbul lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang adalah cara membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Sumber: Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus membuktikan komitmennya terhadap kebajikan rakyat apabila menyalurkan RM115,000 hasil daripada kerja sambilan yang dilakukannya bagi...