Apabila bergelar ibu, perkata utama yang menjadi impian setiap wanita adalah melihat zuriat membesar di depan mata. Namun, keterbatasan waktu seperti kerjaya menyebabkan ada antara ibu yang terpaksa mengorbankan hal ini.
Pun begitu, seboleh mungkin, mereka mahu membesarkan dan menjaga anak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagi pelakon cantik manis, Anzalna Nasir turut berkongsi perkara yang sama. Menurutnya dalam satu perkongsian di laman instgram baru-baru ini, dia mahu mengasuh anaknya, Mohamad Eidrees yang kini berusia tujuh bulan tanpa bantuan pembantu rumah, Anzalna menggunakan rezeki dan peluang yang diberikan kepadanya.
Malah dia sanggup menolak tawaran berlakon demi anaknya itu.
“Impian setiap ibu untuk menjaga anak sendiri. Jika kita ada rezeki dan peluang untuk menjaga sendiri anak kita, gunakanlah. Biarlah tangan sendiri yang mengasuh dan mencorakkan mereka. Tengok puas-puas muka anak, keletah dan karenah anak. Sekejap je mereka membesar. Jap, I nak menangis kat tepi zirafah tu. @mohamadeidrees #EmoMommy #HanifJunior #8MonthsOld
Perkongsian tersebut turut mendapat respond daripada pengikutnya.
_tiararara pun nak jaga anak sendiri. Tapi apakan daya. Kerja bantu suami cari rezeki. Kadang sedih rasa bila tak dapat tengok perkembangan anak depan mata.
ciknarraAlhamdulillah sy jaga 5 anak depan mata. Buat kerja partime dirumah je .. Sambil kerja sambil jaga anak.. Pernah gak kerja tinggalkan anak tp bergilir dgn suami lah yg jaga.. Sy doakan anzalna juga kelak cmni … Dpt tgk anak membesar dpn mata… 👍👍
rosmarina6536Ye betul tu, ada rezeki boleh la jaga sendiri ,hari2 tengok perkembangan anak kan @anzalnanasir88 😍😘
ezadibrahimProud of u 👏👏👏 ye betul sapu luar umah pun sendiri!!! Dtg umah igt bibik skali anzalna!!!!
Meskipun cuti sekolah hanya seminggu pada bulan September ini, sudah ada yang mula merancang destinasi percutian buat anak-anak. Maklumlah tak mungkin kita mahu asyik memerap di rumah sahaja. Sekurang-kurangnya bila bercuti dapat juga dimanfaat masa yang ada dan sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sungguh, itulah harapan kita bila bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Namun sedar atau tidak jika silap gaya dan tekniknya percutian tersebut boleh pula mendatangkan stress pada anak-anak. Ini sebagaimana apa yang cuba dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Mungkin sebagai ibu ayah, kita juga ingin tahu apa sebabnya boleh berlaku keadaan sedemikian.
Jadi apa kata anda baca perkongsian penuh Dr Kamarul untuk dijadikan panduan bersama. Semoga ianya dapat dimanfaatkan untuk kita merancang percutian yang membahagiakan dan bukannya percutian yang stress bukan sahaja untuk anak-anak malah kita sebagai ibu ayah juga.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
Kasih ibu bapa kepada anak-anak tiada berbelah bahagia. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keperluan anak-anak sempurna.
Bagi anak pula, jasa ibu bapa tidak tandingannya. Malah apabila sudah bekerja, hajat di hati pasti ingin membalas jaga kedua ibu bapa.
Begitu juga dengan perkongsian ini, apabila seorang anak lulusan SPM sanggup bekerja sambilan untuk memberikan hadiah kepada ibunya sempena hari jadi.
Ikuti perkongsian ini.
Seorang remaja lelaki yang baru habis SPM datang ke kedai emas milik rakan saya di Shah Alam.
Kata remaja tersebut, “Untie, saya nak beli cincin saiz ** . Duit saya ada RM500. Boleh tak untie tolong pilih cincin yang sesuai?”
“Adik nak beli cincin untuk siapa? Untuk girlfriend ke?” Tanya kawan saya.
“Bukan untie. Saya nak beli cincin hadiah untuk mak saya sebab hari ni hari jadi mak,” balas remaja itu bersemangat. Hati kawan saya mula tersentuh.
“Maaf untie nak tanya, mana adik dapat duit RM500 ni?”
“Saya sekolah biasa-biasa saja untie. Sambil-sambil sekolah saya ambil upah servis aircond. Duit upah itulah yang saya simpan untuk beli hadiah kat mak. Dah lama saya pasang niat nak hadiahkan emas kat mak. Sekarang baru cukup duit yang saya kumpul ni,” balas remaja itu jujur.
“Kalau macam tu adik beli cincin belah rotan ni. Harga dalam RM300. Masih ada sedikit baki duit untuk adi guna,” cadang kawan saya kerana dia melihat beg duit remaja itu kosong selepas dia mengeluarkan wang RM500 tersebut.
“Tak apa untie. Saya nak guna semua duit ni untuk beli cincin mak. Saya nak beli yang elok. Saya nak gembirakan mak.”
Kata kawan saya, sampai setakat itu perbualan mereka air mata kawan saya itu sudah tidak mampu ditahan lagi. Puas dia sembunyikan rasa sebak itu tetapi akhirnya air mata kawan saya tumpah juga melihat keikhlasan anak ini demi ibunya.
Akhirnya, pada harga ‘lebih-lebih kurang’ kawan saya tunjukkan cincin daun keladi. Terus remaja tersebut bersetuju dan membayar harganya lalu pulang dengan senyuman yang lebar.
Kredit: Kelantanese
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita hadapi masalah atau inginkan sesuatu sudah tentu kita berdoa. Namun, ada yang berdoa secara tidak teratur dan tidak detail.
Apa kata, ikut cara perkongsian ini.
“Tak berdoa ke? Kejap je angkat tangan” Tegur seseorang kepada saya.
Saya tergamam. Terkejut. Tak sangka ada orang perhatikan gerak geri saya solat.
“Errr.. Doa”, saya balas, malu alah.
“Orang yang tidak berdoa, adalah orang yang sombong dengan Tuhan,” beliau membalas lembut.
Saya cepat-cepat lipat telekung. Nak larikan diri dari situ. Tiba-tiba beliau bangun, duduk sopan di tepi saya.
“Jangan sombong dengan Tuhan. Perlu berdoa bersungguh-sungguh setiap kali selepas solat. Kalau kita sombong dan tidak berdoa, tetapi Allah masih sayangkan kita , Allah akan bagi teguran melalui ujian-ujian hidup agar kita kembali kepadaNYA. Kembali memohon dan meminta pertolongan dariNYA.
Tetapi, kalau Allah langsung ‘tidak pandang kita’, tidak kisah pun jika kita tidak meminta kepadaNYA, Allah akan biarkan kita hanyut dengan kesombongan kita. Hinggalah tiba hari segala amalan dihitung, Allah juga tidak akan ‘pandang’ kita ketika itu. ”
Saya terdiam.
Berhari-hari saya termenung memikirkan teguran lembut itu. Meresap masuk ke dalam kepala dan hati saya. Jadi saya ambil keputusan drastik.
Saya capai buku nota kosong. Khas untuk saya tuliskan point-point penting untuk ‘isi kandungan’ doa saya. Agar tidak ada impian dan hasrat saya terlepas pandang untuk diselitkan ketika berdoa.
4 Bahagian doa
Saya bahagikan kepada empat bahagian. Kesihatan, Kewangan, Dunia dan Akhirat.
Kesihatan :
Family, mak ayah, mak ayah mertua, suami, saya, anak-anak, saudara mara,kenalan. Disembuhkan segala penyakit, diberi kesihatan sempurna, dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Dunia :
Pekerjaan saya, suami dan harapan kepada masa depan anak-anak. Dipermudahkan urusan. Cita-cita. Pandangan manusia kepada kita. Keselamatan family. Ditutup segala keaiban.
Kewangan :
Rumah impian, kereta impian, bebas hutang, financial freedom. Nak bagi apa kepada mak ayah. Nak tolong siapa. Dimurahi rezeki.
Akhirat :
Diampunkan segala dosa (sebut senarai nama). Diberi taubat nasuha sebelum mati. Dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhi daripada neraka. Masuk syurga tanpa di hisab. Jadikan keluarga (sebut nama) orang – orang yang soleh, mendirikan solat dan solat di awal waktu.
Macam-macam lagi lah impian dan hasrat yang menggunung tu.
Selepas itu, saya bahagikan.
Solat Subuh : saya doakan khas untuk Dunia.
Solat Zohor : Kesihatan
Solat Asar : Kewangan
Solat Maghrib : Akhirat
Solat Isya’ : Himpunan ke empat-empat di atas.
Semakin hari, keinginan, impian dan hasrat sentiasa bertambah. Dan doa menjadi semakin panjang.
Ingat sahaja, tulis.
Teringin sesuatu, tulis.
Ada masa banyak, doa semua.
Doa adalah cara perhubungan kita dengan Tuhan. Satu-satunya talian hayat. Makin banyak kita doa dan meminta, makin dekat kita dengan Allah.
Semoga Allah ‘pandang’ kita di dunia dan di akhirat.
Berdoalah. Jangan kita sombong dengan Allah.
Kredit: Norzi Malek
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di