Kalau bab jimat ni memang diakui kaum ibu cukup bijak. Ada sahaja cara mereka nak pastikan belanja dapur atau belian barang-barang keperluan tidak melebihi bajet.
Bahkan, ada yang boleh menjimatkan lagi belanja dari bajet berkenaan. Bagi ibu-ibu yang nak menjimatkan belanja membeli sabun, boleh cuba tip mudah ini. Hanya menggunakan campuran garam, bukan sahaja dapat menggandakan sabun tersebut, bahkan buih pun banyak. Nak cuba? Jom baca tip ini. Ni bukan pasal resepi masak tau.. Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian..
Jimatlah juga belanja dapur kan… 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun… Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… ok tak? Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.. Mudah je.. Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…! Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).. Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’ Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat..
Sangat membantu jimat belanja..
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol.. Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je… Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan.. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan… AlhamduliLlah.. Suka³……
Masalah mulut berbau bagi orang yang berpuasa itu perkara normal kerana mulut menjadi kering.
Pun begitu, bila mulut berbau dan perlu pula memakai mask membuatkan diri kita rasa tidak selesa.
Oleh itu, ketahui bagaimana cara untuk atasi masalah mulut berbau mengikut saranan dari Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN
1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Ambil karbohidrat secukupnya
Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.
5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untuk pemeriksaan.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Sungguhlah benar orang kata rezeki itu boleh datang daripada pelbagai cara. Semua telah diatur sebaiknya olehNya. Apa yang lebih utama, kita perlu berusaha dan jangan putus asa, pasti ada habuannya. Pun begitu, bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk menjemput rezeki yang kian dirisaukan pada waktu-waktu begini.
Di sini ada beberapa amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun yang boleh dipraktikkan sebagai usaha memperolehi rezeki dan seterusnya dilapangkan kehidupan.
BAGAIMANA MENJEMPUT REZEKI?
Dalam kehidupan, perihal rezeki sering menjadi kerisauan terbesar antara kita.
Firman Allah SWT :
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah : 155)
Seringkali kita beranggapan rezeki hanya datang dalam bentuk harta dan wang ringgit semata-mata. Walhal, rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Antara bentuk rezeki yang lain adalah tubuh badan yang sihat, masa yang lapang, jiwa yang tenang, mempunyai pasangan hidup yang baik dan bertanggungjawab, anak-anak yang soleh dan solehah serta mempunyai sahabat yang baik.
Subhanallah.
Sahabat,
Dalam kita mencari dan mengejar rezeki, mari kita jadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan utama untuk mendapatkannya.
5 AMALAN MURAH REZEKI MENURUT AL-QURAN DAN HADIS
1. SENTIASA MEMOHON AMPUN DARIPADA ALLAH SWT
فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya : Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-,
يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
Maksudnya : Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا
Maksudnya : “Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.
(Surah Nuh : 10-12)
2. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
Hadis Nabi Muhammad SAW:
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Maksudnya : “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang, bahkan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”
(HR Muslim, hadis sahih)
3. SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT PEMBERIAN ALLAH SWT
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
Maksudnya : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Surah Ibrahim : 7)
4. SENTIASA MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN
Sabda Nabi SAW :
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَة مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Maksudnya : “Barangsiapa yang menghilangkan kesedihan dari kesedihan (masalah) dunia seorang mukmin, maka Allah akan menghapuskan darinya kesedihan dari kesedihan di hari Kiamat.”
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ
Maksudnya : “Barangsiapa yang meringankan keperluan orang yang memerlukan (berhutang), maka Allah akan meringankan keperluannya di dunia dan akhirat.”
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهَ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ
Maksudnya : “Barangsiapa yang melindungi (menyembunyikan aib) seorang Muslim, maka Allah akan melindungi (aibnya) di dunia dan akhirat.”
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ
“Allah akan membantu hambaNya selagimana hamba-Nya membantu saudaranya.”
(HR Muslim, hadis sahih)
5. MENGERATKAN SILATURRAHIM
Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia bersilaturahim.”
(HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
6.DOA MEMOHON REZEKI YANG BAIK
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
(HR Ibn Majah)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Memasuki minggu kedua kita berpuasa, pastinya ibu-ibu sekarang sibuk membelek buku resipi untuk membuat biskut raya. Biarpun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun tak salah kalau nak menyediakan keperluan menyambut raya seperti sebelum ini.
Antara juadaha wajib ada adalah samperit. Pelbagai bentuk , corak dan rasa boleh dicuba oleh ibu-ibu. Terbaru resipi dari puan Yusliana Amoy yang berkongsi resipi Samperit Cream Cheese dengan corak yang cukup menarik, unicorn. Admin pun teruja tengok. Jom cuba!
Semperit Cream Cheese 💜🌿
1st time buat hari tu asalnya saja2 utk mkn sendiri. Tp jadi sumber pendapatan plk pd musim PKP ni. Alhamdulillah.
Sy share resepi.
Bahan-bahan
🌸250 butter cup 🌸1/2 tin susu pekat 🌸5Og cream cheese tatura
Sebatikan bhn diatas. X perlu pakai mixer. Pastu masukkan..
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.