Mee Champa mungkin bukanlah menu asing dikalangan peminat makanan berasaskan mee, apatah lagi menu mee champa yang berasal daripada negara Kemboja ini ramai mengakui memang enak dimakan.

Kuah supnya terasa sedikit masam dan ditambah pula dengan cili pedas berapi menjadi satu keunikan rasa yang digemari ramai.

Jika sebelum ini anda biasa menikmati hidangan ini di kedai makan, apa kata anda mencuba sendiri untuk menyediakannya dengan mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali ini.

Cara Lengkap Buat Mee Champa Yang Sedap & Pedas Berapi, Buat Ramai Terliur!

Menariknya tentang resipi yang dikongsikan ini pernah menjadi viral apabila ramai teruja mencuba dan berkongsi resipi tersebut di media sosial. Jadi buat anda yang belum lagi mencubanya, bolehlah menyediakan menu istimewa ini untuk keluarga tercinta.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

RESEPI MEE CHAMPA

BAHAN KUAH

1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth

3 liter air

4 biji bawang holand* potong 4

3 biji bawang besar * potong 4

2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis

seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan

daun ketumbar seikat

daub bawang

2 batang kulit kayu manis*

4 biji bunga lawang*

1/2 cawan sos ikan

IKLAN

gula

garam

perasa jika suka

serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam

3 kiub stok perisa daging

caranya

  1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita ..

caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..

2.Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih.

Cara Lengkap Buat Mee Champa Yang Sedap & Pedas Berapi, Buat Ramai Terliur!

3.Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..

Cara Lengkap Buat Mee Champa Yang Sedap & Pedas Berapi, Buat Ramai Terliur!

SAMBAL LADA

IKLAN

4 biji lada merah (besar)*

20-30 biji cili api*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar cuka

sedikit garam

 

caranya

  1. Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * di atas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

 

MINYAK BAWANG PUTIH

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus

1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …

Cara Lengkap Buat Mee Champa Yang Sedap & Pedas Berapi, Buat Ramai Terliur!

IKLAN

AKSESORI LAIN

kuey teow, mihun,mee champa

daun ketumbar, daun sup, daun bawang

limau nipis

hirisan daging

minyak bawang putih

lobak asin yang dipotong halus

sambal lada

tauge

kicap

serbuk lada sulah/lada hitam

gula (tambahan jika suka manis)

sos ikan jika perlu

## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi

 

Sumber : Tahrunnisah Jali

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Cara Lengkap Buat Mee Champa Yang Sedap & Pedas Berapi, Buat Ramai Terliur!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI