Jika ditanya dimana letakkan rasa sedap kuih karipap, selain rasa intinya yang lembut berasa, kurangupan kulitnya juga sangat mempengaruhi rasa. Jadi sebab ini juga, tidak hairanlah anak-anak kita kalau makan karipap akan dimakan bahagian sekeliling klim terlebih dahulu dek kerana kerangupannya.

Pun begitu, menyentuh tentang memastikan kerangupan kulit karipap ini ada orang memang boleh buat. Kalau biasanya hanya sedap ketika panas, namun petua yang dikongsikan oleh Sofea Hariss Firdaus karipap yang dimasak boleh kekal rangup hingga seharian.

Nak tahu apa tip dan petuanya, jom semak.


Rahsia Karipap Rangup Hingga Ke Petang

  1. Sukatan marjerin

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

Untuk 1 kilo tepung guna 1 cwn minyak dn juga 2 sudu majerin.gambar kat atas tu cik kelly bancuh untuk 2 kilo ok. Bila minyak dan majerin kita td dah panas.curah kn kt atas tepung tu.awass yer.panas yang amat ni.gaul pakai sudu dulu.

2. Jenis Tepung

IKLAN

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

Pakai tepung yang ini sahaja

3. Sukatan air

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

Air 350ml untuk setiap 1 kilo tepung

IKLAN

4. Guna air kapur

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

Ni la rahsia che kelly buat karipap rangup sampai petang.air rendaman kapur makan yg jernih macam ni.setiap 1 kilo tepung masukk an 2 sudu mkn air kapur

5. Cara buat mesti betul

Tepung td kita gaul kn . Lepas tu ltk air dan air kapur td.uli sampai jadi mcm ni.jangan risau kalau x licin.janji dah sebati.

IKLAN

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

Dah siap uli tu masuk kan dalam plastik macam ni.x nak bagi kena angin.4 jam kemudian boleh la d gunakn untuk buat karipap.tujuan kita buat macam ni nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit.ini cara che kelly buat kulit karipap.lain orang lain caranya

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

Goreng panas2 Kalau nk buat frozen cukup goreng separuh masak.

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni!

sumber : Sofea Hariss Firdaus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI