Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja, menu Ayam Goreng Kunyit ni memang terbaik dan mendapat tempat di hati ramai. Tak hairanlah menu yang satu ini sudah viral. Pergi kedai makan mana pun, pasti akan terselit menu ini.
Ads
Bag ibu-ibu yang ingin memasak sendiri resipi Ayam Goreng Kunyit ini, supaya lebih puas dimakan kerana kuantiti lebih banyak, nah admin kongsikan resipi dari Haja Saleh. Boleh guna teknik dan resipi ayam goreng kunyit viral ini. Ayam goreng kunyit mudah, sedap !
Lama betul tak share resipi kan.
Ayam Goreng kunyit ni Kira feveret anak anak termasukla bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap!
Jom cuba resipi ni Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu Banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya) Cara caranya:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang n kacang panjang. Angkat dan toskan. ——————————————————————— Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali. Dah agak halus bahan2 kat atas boleh masak sekejap atas api. Ambik sedikit minyak Goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siappp! Boleh makan dengan nasi panas2 renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi2 kalau sambal tu pedas BERAPI
selamat mencuba resipi SEDAP MUDAH ni
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Formula kewangan yang ramai amalkan adalah biasanya bila dapat duit gaji, perkara pertama dilakukan adalah menolak mana yang perlu dibayar dan dibelanjakan, dan selebihnya barulah dijadikan sebagai wang simpanan.
Pun begitu menurut Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir, Pengasas & perunding utama HIJRAHWEALTH Management Sdn Bhd, formula kekayaan yang sebenar adalah Gaji – Simpan = Belanja.
“Setelah dapat duit gaji, perkara pertama perlu dilakukan adalah simpan dahulu. Hal ini jika dipraktikkan akan selamat. Bila peruntukkan duit simpan diambil awal, akan mengekang belanja terlebih.
“Contoh gaji RM1,500 terus simpan 20%. Itu adalah peratusan minimum yang perlu disimpan terlebih dahulu. Jadi ini bermakna RM300 daripada gaji sudah disimpan dan hanya boleh belanja RM1,200 sahaja.
“Pun begitu 20% ramai yang mengatakan terasa untuk menyimpan. Tapi dengan car aitu sahaja dapat mantapkan lagi kewangan kita. Dengan disiplin yang kuat, sedar tak sedar anda dapat menyimpan 2 bulan setengah gaji untuk setahun, anggaplah ia bonus untuk diri sendiri.
“Untuk pastikan berjaya menyimpan secara konsisten 20% setiap kali dapat gaji, perlu ada disiplin dan istiqomah. Doa dengan Allah untuk beri kekuatan agar hati tidak berbolak balik dengan wang yang telah disimpan. Bila kita tahu itu terbaik untuk kita, maka kita perlulah lakukan untuk masa depan,” jelasnya panjang lebar.
Kurangkan Makan Di Luar
“Buat apa yang anda suka untuk tambah income, jika tidak boleh kacau sangat dengan gaji yang sedia ada. Apa yang penting usahakan juga untuk menyimpan 20% itu untuk masa depan. Berjimatlah, itu antara solusinya.
“Kajian ada menunjukkan perbelanjaan paling tinggi itu adalah disebabkan kos makan diluar, jadi kena berjimat dengan makan di rumah, bawa bekal ke tempat kerja dan sebagainya. Sebab apa, kita tidak mahu, duit simpanan untuk masa kecemasan pun tiada disebabkan tidak menyimpan.
“Ada orang RM1,000 ringgit sekali pun, tiada dalam simpanan. Ini cukup membimbangkan dan sewajarnya wang kecemasan perlu diadakan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji,”terangnya lagi.
Fahamkan Ianya Aset Atau Liabiliti
“Trending mungkin juga mengacau perancangan kita, kena lihat diri sendiri jangan melangkau kemampuan dengan terikut-ikut trending semasa. Contoh memiliki telefon terkini dipasaran, apa yang ingin dimiliki, ajukan terlebih dahulu pada diri sama ada ia adalah keperluan atau kemahuan semata-mata.
“Ingat, perlu itu adakah perlu yang mahal atau memadai sahaja yang murah. Apa yang perlu didahulukan dan bukannya kemahuan hingga sanggup menanggung hutang dan membebankan diri sendiri.
“Namun kalau perlu berhutang juga kena pastikan setiap pembelian tersebut boleh menjadi aset atau liabiliti. Aset adalah sesuatu yang dibeli tetapi memungkinkan duit masuk ke dalam poket dengan menggunakan barangan yang dibeli tersebut.
“Namun membeli barang yang tidak memberi hasil pulangan hanya untuk kepuasan sahaja, barangan tersebut akan menjadi liabiliti, duit poket akan keluar dan sekali gus menambah bebanan hutang dan menyukarkan lagi untuk membuat tabungan,” terangnya lagi.
Bahkan banyak lagi perkongsian bermanfaat daripada Puan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir dan anda boleh tonton di video ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Akhirnya kemelut dalam perkahwinan pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle temui jalan penamat apabila mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada petang Khamis.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahri melafazkan talak tersebut menerusi panggilan video susulan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.
Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira jam 3.22 petang.
“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” lafaz Farid secara atas talian.
Diana atau nama sebenarnya Danielle Danny Beeson kelihatan tenang ketika lafaz dibacakan.
Peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan sebelum itu memberitahu pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadaka prosiding secara dalam talian selepas anak guamnya bersetuju melafazkan talak.
Dalam pada itu, Fakhrol memaklumkan Farid tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan susulan baru pulih daripada jangkitan Covid-19 sebelum ini.
“Hal ini (ketiadaan Farid) agak last minute. Dia masih tidak berapa sihat. Ada kesan sampingan Covid-19.
“Kami sudah berbicang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Diana yang ditemui di luar mahkamah sebelum prosiding berlangsung memberitahu tidak meletakkan sebarang jangkaan dan sedia dengan keputusan dibuat mahkamah.
“Saya tidak meletakkan sebarabng harapan untuk hari ini. Apa sahaja yang berlaku kita kena bersedia,” ucapnya.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Dalam permohonan cerai itu, Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan), selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri yang juga alasannya untuk bercerai.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora 8.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau cakap mengenai wajah yang cerah, putih dan gebu, rasanya semua wanita inginkan wajah putih mulus. Produk di pasaran dengan bahan pemutih antara yang berjaya menjadikan wajah semakin cerah.
Wajah putih gebu selalunya diimpikan semua wanita. Lebih-lebih lagi bila wanita yang sibuk dengan urusan anak-anak dan langsung tidak ada masa untuk fikirkan soal cantik.
Sambil sibuk melayan anak, ibu-ibu kena cuba petua ini yang dikatakan membantu buat kulit lebih cerah dan licin. Tak perlukan kos yang mahal, semua bahan dirumah boleh anda aplikasikan di kulit wajah.
SCRUB KUNYIT
Skrub kunyit boleh anda aplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisah hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Biarkan kering seketika dan selepas itu sentallah wajah dengan gosokan perlahan bagi menanggalkan segala bintik hitam. Wajah juga tampil lebih cerah.
PUTIH TELUR
Telur bermanfaat untuk melembapkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi untuk menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih telur di wajah umpama memakai masker. Biarkan seketika dan basuh bersih. Tidak hanya menganjal dan mencerah, putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.
LEMON
Lemon memang sangat banyak manfaatnya pada tubuh dan wajah. Lemon dikatakan sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit yang mati dan menjadikan kulit putih secara semula jadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Jadi, lemon kena sentiasa ada di rumah.
AVOKADO
Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.
TOMATO
Tomato juga digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit yang mati pada wajah. Gunakan masker tomato di malam hari dan bilas dengan air suam di pagi hari. Setiap hari melakukannya boleh mencerahkan kulit secara semula jadi dari dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.