Cara Masak Kari Ayam Pekat Emak Versi Orang Malbari. Cukup Mudah & Gerenti Sedap Sehingga Menjilat Jari. Lelaki Ini Kongsikan Resipinya!

Share

Pelbagai cara dan kaedah untuk memasak kari. Ada yang suka kuahnya pekat, ada pula yang gemar cair. Ada yang suka letak santan dan sebaliknya. Semuanya ikut citarasa sendiri dan juga ahli keluarga.

Saudara Khairul Hakimin Muhammad 

menerusi facebooknya berkongsi resipi kari pekat ayam air tangan ibunya. Menurutnya, resipi tersebut dimasak mengikut cara orang Malbari.

Bagi ibu-ibu yang gemar menu berasaskan kari bolehlah kalau nak cuba resipi ini pula. Tengok pun dah terliur, tak sabar admin nak cuba di rumah nanti.


Semalam berjaya tengok emak masak kari ayam pekat beliau. Kali ini beliau masak cara orang Malbari (orang berbangsa India yang memang dah Islam). Senang juga dan rasa kari yang ini subhanallah, boleh jadi sup duk meratah sepanjang malam. Haha.

Ok jom. Boleh dengar suara emak explain dalam resipi kali ini. Haha

Kari Ayam Pekat Emak KHM.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam,

2 biji bawang merah India dihiris,

3 biji bawang merah India **

2 inci halia **

5 ulas bawang putih **

kisar bahan bertanda **

3 biji tomato kurang masak,

3 tangkai daun kari,

2 sudu besar rempah campur (biji sawi, jintan manis dan halba)

3 batang kayu manis,

5 kuntum bunga lawang,

5 biji buah pelaga,

2 sudu besar pes asam jawa,

8 sudu besar rempah kari ayam (beli di kedai Malbari),

Sedikit air,

5 biji cili hijau,

2 sudu besar gula pasir,

2 sudu besar garam.

Cara membuat:

  1. Tumis tomato yang dibelah 4 bersama daun kari, rempah campur, bawang merah yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai bawangnya kekuningan.

2. Terus masukkan ayam yang telah disembelih, dibuang bulu, dibasuh. Ha lengkap, tanya lagi tak tahulah. Kacau rata.

3. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar kasar pula. Kacau lagi.

4. Masukkan rempah kari. Ha tak payah tumis tahu. Lagi sedap nok.

5. Masukkan 1/4 cawan air. Kacau lagi.

6. Masukkan 1 cawan air lagi.

7. Kasi tutup, biar dalam 10 minit.

8. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan 1/4 cawan air, cili hijau, garam dan gula. Kacau lagi dalam 10 minit, Siap!

Tadaaaaa! Selamat mencubaaaa!

#ResipiKHM

IKLAN