“Cara Menabung Orang Boros.” Wanita Ni Kongsi Tip Simpan Duit Ikut Tarikh Hari Bulan. Cukup Setahun Dapat RM5767!

Share

Tahun baru azam pun mesti baru kan, apa agaknya azam anda tahun ini. Ada tak yang nak menyimpan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Ramai yang mungkin memberi alsan sukar untuk menyimpan, ada sahaja perkara yang membuatkan hasrat tersebut tidak dapat dicapai. Tetapi kalau anda tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan mempunyai duit simpanan.

Jom cuba cara yang dikongsikan oleh Anaa Sofianaa  ini.


CARA MENABUNG ORANG BOROS
Yaa! Saya laa itu orangnya. Boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula. Haha!
Jadi disini Anaa mau share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?


Menyimpan ikut tarikh Hari Bulan
1 hb Rm1
2 hb Rm2
3 hb Rm3
4 hb Rm4
dan begitulah seterusnya sampai la hujung bulan
30 hb Rm30
31 hb Rm31
Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yg penting ikut tarikh Hari Bulan yaa! Jadi kalau genap 12 bulan= setahun, kita akan dapat total Rm5767
Ini cara paling best yg semua orang boleh buat tau! Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ni sebab masa tu pkp dan lepas total ada la juga dapat Rm4310
Sebab Anaa jenis suka barangan dapur, (nota buat bakal suami = dulang hantaran nanti bagi set barang dapur ok. Haha) jadi terbeli laa set set kuali ni haaa! Ibu ibu ja tahu ni berapa harganya

Lagi satu alasan anaa, for future nanti lepas berumah tangga senang sikit ada sudah barang dapur sendiri.
Boleh pakai cara ni bagi
1. abang kaka yg mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri
2. bujangan yg mahu kawin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran)
3. ibu ibu yg mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
4. ayah ayah yg mahu ubahsuai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain
Ini tabung untuk reward diri saja tau! So pakai la untuk apa yg dihajati yg paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik & keluarga. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yg Tuhan bagi walaupun sekecil kecil nilainya.

Total setahun. Tahun ni terpaksa skip March, April & May sebab PKP.

Total Setahun

Ini contoh jadual menabung yaa. Untuk setahun. Jadi boleh tick hari-hari. Ikut hari tu. Berapa hari bulan, ikutlah nilai hari tersebut. Rm1 Rm2 Rm3 Rm4 Rm5 & seterusnya. Contoh januari, tick sampai bawah, lagi best hari-hari buat manatau terlupa sudah masuk tabung atau belum. Jadi better kita main tick2 yaa. Di hujung tu boleh total per month. January berapa total & seterusnya laa. Dibawah sekali nanti hujung tahun baru total semua sekali per month tu.

Dapatlah reward diri dengan set set kuali harga kayangan ni. Sebelum ni dapat cuci mata ja. Alhamdulillah tercapai juga hajat akhirnya

Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2021
Jom menabung!

IKLAN