Belajar cara tanam pokok pudina menggunakan keratan batang dengan teknik hidroponik menarik juga untuk difahami. Apatah lagi dikatakan dengan cara ini, penjagaan tanaman lebih mudah dan tidak memerlukan kita sentiasa menyiramnya. Sesuai sangat untuk sesiapa yang walau sibuk berkerja namun dalam masa yang sama ingin bercucuk tanam.
Memilih untuk menanam pokok pudina ini banyak manfaatnya. Selain daun pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam laksa, pewangi untuk nasi briyani dan juga boleh dimasukkan ke dalam air minuman untuk memberi rasa kesegaran yang cukup istimewa. Jadi ada baiknya di rumah kita juga ada di tanam sepasu dua pokok pudina ini untuk memudahkan kita menggunakannya bila perlu. Malah menarik juga andai dijadikan pokok hiasan di laman rumah.
Jadi jom semak cara penanaman yang dikongsikan oleh Nor Aini ini.
.
Saya share lah cara nak tanam daun pudina secara hidroponik. Selain daun pudina boleh juga tanam pokok lain, macam sawi, daun sup, bayam.
Step dia refer gambar ye. Moga bermanfaat. Nak guna nanti just petik je belakang umah
Ni bahan-bahan yang perlu.
.
1) Bbotol terpakai, saya guna botol minyak. Potong dua. Yang bawah tu bagi besar sikit, boleh boh air banyak-banyak.
2) Penapis filter ikan tu. Ada yang guna tali mop, tak kisahla, janji boleh serap.
Ads
3) Seedling soil atau cocopeat. Tanah sabut. Guna yang ni senang akar nak menjalar nanti.
4) Bekas kecik tu penggalak akar. Tak de pun tak pe. Kalau ada just celup batang pudina sebelum cucuk kat tanah nanti.
5) Baja ab. Boleh beli kat nurseri atau online. Baru first time guna. Cara bancuh dia 1 liter air +5ml baja a+5ml baja b. Baja ab ni bukan baja organik. SO sapa tak suka tak payah guna.
**kalau xde pun takpe. Sebelum ni saya buboh air je. Baja guna baja biji tu, campak je dalam bekas air tu. Kadang-kadang campur baja ezigrow.
Ads
6) Keratan batang daun pudina. Daun bahagian bawah buang. Nanti kita bubuh dalam teh o panas.
.
7) Span ikan tadi potong bagi panjang sikit dan masukkan kat lubang penutup minyak macam ni.
.
8) Pastikan ada lebih sikit ye, supaya air cepat serap ke tanah nanti
9) Letak cocopeat
.
Ads
10)Bancuhan baja ab dan air tadi masukkan kat bekas bahagian bawah ni.
.
11)Nanti kalau air kurang boleh tambahkan je. Kalau tak guna baja ab, just tambah air je. Selalunya dalam 4 5 hari boleh tahan air tu. Seminggu sekali masukkan baja biji yang organik tu.
12) Keratan batang pudina tu celup dalam serbuk penggalak akar ni.
.
13) Pastu cucuk ke tanah. Siap.
.
14) Letak kat tempat redup ye.. Jangan bagi direct matahari. Awal-awal ni kita spray air bagi tanah tu basah. Daun sup pun kena Tempat redup.
.
15. Dah siap. Saya letak kat belakang rumah bawah bumbung.. Kadang-kadang ada matahari menyinar sikit-sikit.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Menurut Dr Hamid Arsht punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidak diketahui .
Justeru, bagi memastikan hal ini tidak mengundang masalah kepada sistem peranakan, seseorang wanita patut mengamalkan makanan tersebut.
Punca sebenar bagi penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut
Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabka wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormon Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enzim aromatase diperlukan.
Langka-langkah mengawal estrogen.
1, Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron
3.Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
1.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggung jawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7. Oat
Oat adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9. Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping mengandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented seperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bakteria baik untuk badan dan melawan bakteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
13.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak berdiet memang bukan mudah, lebih-lebih lagi kerana terpaksa menyusukan bayi yang masih kecil.
Jangan putus harapan untuk kurus. Mungkin mencuba seperti yang disarankan oleh wanita ini dapat membantu ibu tampil jelita.
Gadis bernama Sophia Safian yang berkongsi di facebooknya ini boleh kita jadikan sumber inspirasi untuk turunkan berat dan dapatkan berat ideal. Menariknya dari berat 90 kg hingga berjaya mencecah 63 kg, wanita ini berjaya
mengurangkan sebanyak 27 kg dalam masa 3 bulan sahaja. Wow, super hebat!
Diet pisang buat perut sentiasa kenyang malah masih dibekalkan dengan khasiat pisang. Pun begitu, kalau mak-mak nak cuba, janganlah berlebih-lebihan pula ya. Kena selang selikan dengan makanan sihat lain supaya lebih seimbang. Ikut
je cara gadis ni ajarkan. Jom cuba!
NI BUKAN IKLAN PRODUK KURUS!
Sapo sini yang badan jenis rangka besar & tinggi (163cm) macam hakak ce ngaku . Tak pe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90kilo ke atas pun,
“KALAU NIAT & SEMANGAT NAK KURUS RAYA TAHUN 2018, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH ! TAK NAK JANGAN BUAT TERUS”
DALAM TEMPOH 3 BULAN NI hakak dah berjaya loose dari waist 34 to 31 inch, dari 90 kilo to 63 kilo, next TARGET waist 30 inch, berat 60kg.
Meh hakak share sikit camne korang boleh start diet bulan Mac sampai dekat nak raya nanti.
1st step, WAJIB ADA “GENG KURUS” (Cara mudah ajak BFF kurus bersama)
2nd step, (sila baca penerangan di bawah)
DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2)
Jenis pisang: Cavendish
Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer hakak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya,
BANGUN PAGI
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
3. Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo
TENGAHARI
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
2. Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM
1. Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang. Macam tu lah yang hakak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my god! Menjadi babe, reduce 5kilo sape nak kasi!”
Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni hakak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.
TIPS PERUT KEMPIS :
Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami )
Selamat mencuba!
cc: Thanks to my lovely BFF dunia akhirat Anas Ashikin yang menjadi PUNCA UTAMA kenapa hakak boleh diet sampai sekarang. Kalau tak de geng kurus bersama pun tak jalan jugak, betul tak geng? So nak kurus mesti kena ada kawan, baru semangat nak kurus menjadi-jadi.
Sumber: Sophia Safian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita selalu dengar orang bercakap cara mana kita melayan anak-anak cara itu jugalah nanti anak-anak akan melayan kita kelak. Jika kita acuh tak acuh dengan mereka, begitulah juga mereka tidak akan ambil berat tentang kita bila sudah tua nanti. Apa pun, usaha dan doa perlu disertakan agar anak-anak yang kita lahirkan dapat membesar dengan emosi yang sihat dan menjadi anak yang baik.
Menyentuh tentang cara bagaimana ibu ayah boleh lakukan ketika membesarkan anak-anak, bolehlah ikuti perkongsian daripada Dr Redza Zainol sebagai panduan. Dr Reda ada menyenaraikan 10 perkara, sama-sama hadam dan praktikkan.
Buat 10 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Pandang mata dan letak phone ke tepi bila bercakap dengan anak.
2. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih kasih.
3. Gunakan nada suara yang rendah bila bercakap dengan anak.
4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking. Response and not react.
5. Pantau bila anak guna gajet. Jangan percaya pada semua kandungan video yang mereka tengok.
6. Lebih banyak beri kata galakan daripada mengugut anak.
7. Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara mereka kena usaha untuk dapatkan.
8. Hargai setiap hasil kerja anak walaupun tak sempurna. Mereka gunakan kita sebagai cermin untuk mengesahkan (validate) emosi sendiri.
9. Jangan berbohong pada anak walau niat untuk mendidik. Jelaskan perkara ikut perkembangan usia mereka.
10. Tanya bagaimana hari mereka setiap hari. Jadilah tempat utama untuk anak luahkan emosi mereka.
Barulah bonding kita dengan anak jadi lebih kuat berbanding bonding anak dengan kawannya. Bila mereka jadi remaja, anak lebih dengar cakap kita banding dengar cakap kawannya.
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.