Kita selalu dengar orang bercakap cara mana kita melayan anak-anak cara itu jugalah nanti anak-anak akan melayan kita kelak. Jika kita acuh tak acuh dengan mereka, begitulah juga mereka tidak akan ambil berat tentang kita bila sudah tua nanti. Apa pun, usaha dan doa perlu disertakan agar anak-anak yang kita lahirkan dapat membesar dengan emosi yang sihat dan menjadi anak yang baik.
Menyentuh tentang cara bagaimana ibu ayah boleh lakukan ketika membesarkan anak-anak, bolehlah ikuti perkongsian daripada Dr Redza Zainol sebagai panduan. Dr Reda ada menyenaraikan 10 perkara, sama-sama hadam dan praktikkan.
Buat 10 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Pandang mata dan letak phone ke tepi bila bercakap dengan anak.
2. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih kasih.
3. Gunakan nada suara yang rendah bila bercakap dengan anak.
4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking. Response and not react.
5. Pantau bila anak guna gajet. Jangan percaya pada semua kandungan video yang mereka tengok.
Ads
6. Lebih banyak beri kata galakan daripada mengugut anak.
7. Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara mereka kena usaha untuk dapatkan.
8. Hargai setiap hasil kerja anak walaupun tak sempurna. Mereka gunakan kita sebagai cermin untuk mengesahkan (validate) emosi sendiri.
Ads
9. Jangan berbohong pada anak walau niat untuk mendidik. Jelaskan perkara ikut perkembangan usia mereka.
10. Tanya bagaimana hari mereka setiap hari. Jadilah tempat utama untuk anak luahkan emosi mereka.
Barulah bonding kita dengan anak jadi lebih kuat berbanding bonding anak dengan kawannya. Bila mereka jadi remaja, anak lebih dengar cakap kita banding dengar cakap kawannya.
Pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup. Kalau dulu hidup bermewah-mewah, namun kini terpaksa melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi.
Kalau dulu, segalanya di depan mata, namun kini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya.
Kalau dulu hidup penuh glamor, anak seni yang mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia ini terpaksa berniaga demi kelangsungan hidup. Bermula 29 Jun yang lalu, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin memberanikan diri memasak dan menjual nasi minyak dan nasi ayam berkenaan bagi menambah pendapatan keluarga.
ibu tunggal kepada enam cahaya mata dalam pada itu tidak menyangka percaturannya untuk berniaga makanan tersebut menampakkan hasil. Amelina mula aktif mengiklankan cabang rezeki baharunya menerusi Instagram, nasi minyak versinya terdiri daripada lauk ayam masak merah, salad dan pecal timun.
“Dulu setakat masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza.
“Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut. Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha.
“Malah mujur peminat saya membantu. Merekalah beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order’. Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.
“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” katanya.
Akui Amelina lagi, tidak pernah terlintas dalam fikirannya suatu hari dia akan berniaga makanan hasil air tangan sendiri.
“Satu perkara yang saya tak pernah fikir adalah nak berniaga daripada ‘air tangan’ sendiri. Dahulu memang tiada keyakinan sebab selalu pegang mikrofon sahaja takut kalau pegang sudip tak sedap. Tapi, Alhamdulillah kata pelanggan yang rasa sedap nasi minyak, sesedap suara saya,” ujarnya lagi.
Paling mengharukannya apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi tetap berkeras nak membeli dan menyokong.
“Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.
“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan,” katanya.
Amelina berkata, buat masa ini dia hanya menetapkan Selasa untuk tempahan nasi ayam, manakala Khamis dan Jumaat pula nasi minyak.
“Setakat ini jadilah buka tempahan dua hari dalam seminggu. Itupun, rezeki saya sampat tak menang tangan.
“Saya pun berserah dalam hal berniaga. Allah sudah tetapkan rezeki masing masing.
“Apa yang lebih utama biarpun pek pembungkusan kedua jenis nasi ini biasa, apa yang lebih utama adalah rasa. Biar berbaloi beli.
“Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini. Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.
Menamakan jenis menu makanannya daripada judul lagu dangdut pernah dipopularkannya, Amelina mendedahkan yang dia memasak pada mulanya atas dasar mencuba nasib.
“Macam resipi nasi minyak pun saya belajar daripada mak. Setiap tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh.
“Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi. Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.
“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.
Amelina kini berjauhan dengan empat anaknya yang bersekolah dan tinggal bersama ibunya di Nilai, Negeri Sembilan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan. Hanya dua anak tinggal bersamanya saat ini.
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat tiba di Tanah Air selepas selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci .
Berita ini dikongsikan oleh Alif sendiri di satu entri terbaru di laman Instagramnya.
Paling menyentuh hati, dalam video pendek berdurasi 39 saat itu merakamkan Alif meluru ke arah ibunya sebaik sahaja mereka bertemu.
Alif kemudiaannya memeluk erat ibunya sebelum mencium ibunya dengan penuh kasih sayang.
“Ada hamba Allah berikan video ini pada saya. Terima kasih kerana merakamkan momen ini.
“Semalam Alif sambut mama ayah balik dari Tanah Haram. syukur kedua-duanya pulang dengan selamat.
“Buat semua jemaah haji yang baru pulang, semoga Allah S.W.T menerima segala ibadah mu, semoga Allah besarkan pahala mu dan semoga Allah ganti dan gandakan apa yang telah kau belanjakan. Ameen,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat video tersebut. Malah, ada yang meluahkan rasa kerinduan terhadap ibu ayah selepas melihat video tersebut.
Memancing selera anak-anak dengan kita membeli Mozzarella Stick yang sedia ada dijual dikedai-kedai terpilih, pasti tidak akan menghampakan. Anak-anak tentunya makan berselera hinggakan seakan nampak macam tidak puas makan pula jadinya. Maklumlah, kalau hendak beli dalam kuantiti yang banyak, boleh tahan juga harganya.
Jadi apa kata kita buat sendiri dengan hanya menggunakan roti bersama 3 bahan lainnya, Mozzarella Stick dapat kita hidangkan untuk keluarga makan berkali-kali hingga kekenyangan.
Menyediakannya juga cukup mudah dan ini caranya.
Mozzarella Stick Senang Namatey
Beli yang siap, dapat sikit je kan. Anak-anak piranha pulak ramai ni yang kelaparan. Buat sendiri je lah. Dapat banyak. Senang namatey pulak tu.
Guna roti je guys.
Bahan-bahan:
Roti, keju mozzarella, mentega, daun thyme
Cara penyediaan:
1. Buang tepi-tepi dia tu, bagi tinggal bahagian yang berwarna putih je. Gelekkan.
Oh ya, nota penting. Bahagian tepi-tepi yang dipotong tu jangan buang. Simpan tepi luuu.
2. Sapukan butter sikit pada roti tadi. Susun mozzarella memanjang. Taburkan daun thyme kalau suka.
3. Lepas tu gulung macam ni. Untuk lekatkan gulungan, saya basahkan sikit dengan susu dan cantum. Sapukan butter dan tabur lagi daun thyme. Tak letak pun tak apa, tapi kalau letak lagi sedap.
4.Bakar tak perlu api kuat dan lama sangat, cukuplah sekadar mozzarella di dalam tadi cair. Agak-agak je lah ya dalam 10-15 minit, lapisan roti dah garing dan rangup. Cuba patahkan sikit sebatang dan bila mozzarella dah boleh ditarik macam tu…dah masak eloklah tu.
Jadi lebihan tepi-tepi roti tadi buat apa je? Macam biasa jangan buang. Kumpul macam ni ha.
2. Tuangkan ke dalam lebihan roti tadi. Tabur kismis atau apa-apa dried fruit yang ada. Letak coklat chips pun sedap. Bakarlah ya sampai masak. Api atas bawah, suhu dan masa ikut oven masing-masing.
Tadaaa… Dah jadi dua hidangan kan. Tanpa pembaziran.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.