Cara Mudah Bersihkan Siput Sedut, Guna Pelepah Pisang Je. Cepat Bersih & Jari Pun Tak Luka!

Share

Siput sedut masak lemak cili api antara yang menjadi kegemaran ramai. Bab makan memang seronok, tapi bab nak masak mesti ramai yang tak berapa pandai kan. Lebih-lebih lagi bersihkan dan buang kotoran pada siput berkenaan.

Untuk ibu-ibu yang nak cuba masak siput sedut, nah admin kongsikan cara mudah menggunakan pelepah pisang untuk membuang kotoran yang ada pada siput berkenaan sebelum dimasak.

Tip ini dimuat naik oleh Nor Ismahani Mohd Ismail, 

yang katanya petua berkenaan dikongsikan oleh ayahnya. Selain siput cepat bersih, cara ini juga dapat mengelakkan daripada jari terluka.


Masa kat dapur tadi abah panggil..angah ambik gambar ni nanti tunjuk kat orang lain cara abah basuh siput sedut.

Abah basuh guna pelepah pisang supaya cepat bersih dan jari tak luka..pastu suruh ambik gambar dia potong hujung siput pulak..muskil ni nak tunjuk kat sapa🤔☺..

rupanya nak suruh buh dlm group ni☺😁.sebab mak selalu tunjuk kat abah resepi dan petua2 masakan yg selalu ahli group ni kongsi.

So taaddaa 👨‍🍳👩‍🍳terhasil la siput sedut masak lemak masakan dari mak abah saya hari ni

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN