Siput sedut masak lemak cili api antara yang menjadi kegemaran ramai. Bab makan memang seronok, tapi bab nak masak mesti ramai yang tak berapa pandai kan. Lebih-lebih lagi bersihkan dan buang kotoran pada siput berkenaan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba masak siput sedut, nah admin kongsikan cara mudah menggunakan pelepah pisang untuk membuang kotoran yang ada pada siput berkenaan sebelum dimasak.
yang katanya petua berkenaan dikongsikan oleh ayahnya. Selain siput cepat bersih, cara ini juga dapat mengelakkan daripada jari terluka.
Ads
Masa kat dapur tadi abah panggil..angah ambik gambar ni nanti tunjuk kat orang lain cara abah basuh siput sedut.
Ads
Abah basuh guna pelepah pisang supaya cepat bersih dan jari tak luka..pastu suruh ambik gambar dia potong hujung siput pulak..muskil ni nak tunjuk kat sapa🤔☺..
Ads
rupanya nak suruh buh dlm group ni☺😁.sebab mak selalu tunjuk kat abah resepi dan petua2 masakan yg selalu ahli group ni kongsi.
Umumnya bila adanya musim durian, itulah saat-saat yang mengujakan dan dinanti-nantikan oleh peminat raja buah.
Bahkan sering juga kita dengar, peminat tegar buah durian ini berulang kali mengatakan “Siapa tak maka durian memang rugi”. Ini bagi membuktikan betapa sedap dan enaknya buah durian tersebut.
Namun bagi yang tidak suka makan durian, nyata mereka ada alasannya yang tersendiri. Bukan sahaja kerana tidak boleh terima bau durian yang kuat, malah jika dicuba untuk makan durian, perut pula terasa sakit, pening kepala dan mual.
Nak tahu sebab apa ini terjadi, ayuh kita baca perkongsian Dr. Hafiz Sulaiman ini.
PUNCA SAKIT LEPAS MAKAN DURIAN DAN SOLUSI
Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?
Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan.
Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Malah durian tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur darah.
Tapii..
Kenapa pening, tekanan darah naik lepas makan durian?
Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi asid amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan @ “angin” akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:
– Pengecutan salur darah ( mampu cetus migrain)
– Pening melayang ( risiko cetus vertigo)
– Tekanan darah meningkat (hypertension)
– Jantung berdegup kencang (palpitation)
– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)
– Kembung ( angin SIBO)
– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)
Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. Mati? boleh jadi.
Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!
Jadi orang ada masalah angin jangan combo pulak makan durian dengan makanan streskan perut ini:
#1: Pulihkan Perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.
#3: Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.
Jangan fikir banyak sangat. Kalau takde masalah kesihatan..Makan sahaja durian dengan penuh kesyukuran kerana durian sememangnya adalah superfood.
Makan durian bawa manfaat jika sederhana.Jika tak cakna jadi musibat kita merana.
Setiap tahun, tak kisah la ketika perayaan apa sekalipun, biskut ini semestinya menjadi perhatian ramai. Apa lagi kalau bukan tart nenas!
Kalau dikira pada bentuknya pula, ada sesetengah orang lebih gemar dengan tart nenas gulung inti di dalam, ada yang suka jenis bunga pelbagai bentuk, malah ada juga yang lebih gemar makan kosong tanpa inti!
Nak buat tart nenas ni bukannya susah tau, especially nak buat jenis bunga hanya perlu tekap dan letak atas tray. Kalau yang gulung sedikit renyah kerana memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan bentuk yang cantik.
Yang mana setiap tahun kerjanya hanya beli sahaja, apa kata tahun ini cabar diri untuk buat sendiri je tart nenas kat rumah! Intinya tu kalau tak rajin nak buat sendiri, beli je yang ready made di kedai barang bakeri, mudah kan? Hehe. Tinggal nak buat kulitnya sahaja je. Nak tahu buat macam mana, meh tengok resipi di bawah!
TART NENAS BUNGA Azlina Ina
BAHAN A
Tepung gandum 3 1/4 cawan
2sb tepung jagung
2sb tepung kastard
BAHAN B
seketul buttercup 250g
3 sb susu pekat (gune susu boleh gula kastor halus boleh tp susu lg mudah sbb mudah sebati )
3sb susu tepung
2 sb minyak sapi Ghee blend
1 bijik kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarne kuning
Inti
Jem nenas/strawberry/nuttella
Cara-caranya:
2. Campurkan semua bahan B dan kacau sebati (menggunakan senduk/spatula pun boleh)
3. Kemudian dalam bekas lain campurkan semua bahan A dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan B hingga abis dan jadi doh cantik
4. Sebelum bakar – sapu tray dengan butter
5. Terap kan ikut suke bunga apa, kemudian letak inti nenas
6. Panaskan oven 170 selama 5 minit
7. Masukkn tart dan bakar suhu 160 masa 25 minit tengok oven korang jugak la…selamat mencuba!
p/s: Oven saya kecik hanya guna suhu 150c 25 minit ..kalau suhu 155c 25 minit dah agak garing..tapi sedap makan garing…rupa jela kurang lawa agak burn🤭
Memasak di rumah untuk hidangan seisi keluarga pastinya suatu yang menyeronokkan. Maklumlah rasa puas hati, apabila melihat ahli keluarga terutama suami memuji masakan.
Isteri yang rajin masak tentu buat suami sayang. Jadi tentu tercari-cari resipi viral yang sedap.
Jadi sempena cuti-cuti esok hujung minggu, apa kata cuba resipi Ikan Siakap Stim Terlajak Sedap!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAHAN: * Ikan siakap * Bawang putih (dicincang/ potong dadu) * Halia (dihiris) * 1 batang Serai (dihiris) & 2 batang untuk letak dalam ikan. * Cili padi merah & hijau * Asam Limau * Daun ketumbar – akarnya direbus sekali dengan ikan * Garam @ sos ikan untuk perasa.
CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan siakap, kalau taknak bau hanyir cuci dengan asam limau @ lemon.
2. Kemudian letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan & serai di celah-celah ikan.
3. Rebus pakai kuali je, letak akar daun ketumbar dan daun ketumbar sekali.
4. Letak sekali bahan-bahan yang disediakan tadi sehingga masak.
5. Untuk perasa saya letak sos ikan, nak letak garam pon boleh.
6. Rebus dalam 10 minit
7. Cili padi saya letak last skali takut pedas sangat
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.