Tidak sempurna rasanya kalau makan mi goreng, mi kari atau chai kue tiaw tanpa kombinasi cili jeruk sebagai penyedap rasa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau makan di luar memang selalu ada sahaja cili jeruk ini terhidang di atas meja. Namun kalau makan di rumah, jarang sekali disediakan dek kerana dianggap tidak begitu penting pula.
Jadi apa kata, untuk pastikan hidangan mi yang dimasak bertambah enak rasanya sebaiknya gandingkan bersama cili jeruk yang disediakan sendiri. Biar pun nampak macam remeh, tapi kesannya memang mampu memancing selera.
Bukannya susah pun untuk membuatnya sebagaimana yang dikongsi oleh Nurul Nadia Dan Azhar ini. Selamat mencuba!
“Saya nak share cara saya buat cili jeruk.Biasa kalau ada tempahan mi goreng atau mi kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali. Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian. Cili jeruk yang biasa saya buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau.”
Tak perlu menu berat atau yang mahal untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga terutama anak-anak. Janji kreatif dan pelbagaikan resipi barulah anak-anak dan suami teruja kan.
Apa kata cuba Roti Telur ni, pasti anak-anak sukakannya nanti. Boleh dibuat sarapan mahupun untuk minum petang.
IDEA BREAKFAST PAGI NANTI
Morning. pagi ni cikza breakfast dgn roti telur resepi cikza bagi sekali
8 keping roti 4 keping chesdale 4 biji telur 1 biji bawang Holland 1 biji cili merah Daun sup, lada sulah, lada hitam dan serbuk secukup rasa.
Satu kan semua bahan, panas kn kuali leper letak kn sedikit planta.celup kn roti kedlm adunan telur tadi.kemudian boleh lh goreng roti.letakan chesdale ditengah roti semasa roti masih panas nk bgi chesdale tu cair.kemudian potong roti ikut kepandaian masing2.
Kredit: @Norizaawanghamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali memasak, penggunaan bawang merah menjadi antara bahan yang perlu dan utama bagi memberi rasa pada hidangan tumisan, gorengan atau sebagainya. Pun begitu, tahukah ibu-ibu bahawa bawang jika dimakan mentah mengandungi lebih banyak khasiat berbanding setelah dimasak.
Fakta ini dijelaskan oleh Dr Suri Roowi semoga memberi manfaat kepada semua.
KHASIAT BAWANG MENTAH YANG TIADA @ KURANG PADA BAWANG MASAK
BAWANG MENTAH
1. BAWANG MERAH kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid
2. Bahan ini bersifat antiplatelet (anti darah beku) dan antikanser
3. Jika kita makan BAWANG MENTAH, ia bagus untuk bantu elak sakit jantung dan stroke
BAWANG BILA DIMASAK
4. Sebaliknya, bahan anti darah beku akan mudah hilang jika di MASAK
BAWANG MERAH VS BAWANG KUNING
5. Bawang MERAH tinggi antioksidan dan vitamin C. Manakala bawang KUNING tinggi mineral.
6. Simpan bawang dalam FREEZER selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang.
7. Khasiat bawang sebenarnya lebih banyak dalam BAWANG MENTAH.
Justeru makan BAWANG MENTAH sebagai ULAM untuk cair darah dan antikanser.
Rujukan:
Nutrition Journal 2012: 11:7
Cancer Prev. Res. 2015 8(3): 181-188
Bulgarian Journal of Agric Sci. 21 (4): 736-741
sumber : Dr. Suri Roowi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan buat seisi keluarga kadang kala boleh menyebabkan ibu-ibu garu kepala. Pening dan buntu apa yang disediakan dan yang penting boleh memikat selera keluarga.
Untuk hidangan minum petang misalnya, tak perlu susah-susah cuba resipi yang rumit. Pilih je yang mudah-mudah dan paling penting sedap. Sebagai contohnya, resipi ini yang hanya menggunakan guna tepung gandum sebagai bahan utama.
Manakala bahan lain seperti gula, garam dan minyak masak adalah sampingan sahaja. Serius sangat ringkas dan mudah kan!Tak perlu nak pecahkan telur atau guna baking soda bagai.
Ibu-ibu cuba dulu resepi cucur manis stick ala churros yang dikongsikan oleh E-mah Najmah ini. Pasti anak-anak terpikat dengan rasanya yang sedap.
Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang. Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Kemain ligat kepala mak pikir nak masak apa, maka jadi lahh…
Cucur manis sticks 🎉🎉
Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Tak la malu sangat nak bagi laki makan 🤭😂 anak-anak pulak rasa macam chuross kahkah laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan perghh layannn.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum 2 cawan air 3-4 sudu besar gula 1 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam
Cara membuat:
Churos versi kampung 🤭😂 sedap dik, rangup di luar, lembut di dalamMula-mula masak air, gula, minyak & garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api.Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. So far yang ni best, tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula.Ni rupa lepas dah uli. Doh ni sepatutnya tak melekat kat tangan ye.Bentukkan panjang-panjang macam ni, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana. Kat rumah ni anak-anak ramai, kena buat kontot-kontot sikit, bagi dapat banyak 🤭Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang ya.Dah siap! 😁 luar rangup, tapi lembuttt je kat dalam. Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Atau nak buat bentuk lain, sukati heheCicah pulak dengan sos thai, nyummmm🤤🤤
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.