Jika sebelum ini setiap kali ingin memasak nasi impit, mesti cari ketupat segera yang ada dijual di pasaran. Jadi apa kata raya kali ini kita buat kelainan dengan sediakan sendiri nasi impit sepertimana yang dikongsikan oleh Nor Abdul.
Ini perkongsiannya.
Hari ni sis nak share cara mudah buat nasi impit. Cepat, Murah, diyakini bersih dan senang!
Bahan bahan yang diperlukan :-
-Plastik 8×5 (kualiti tebal – RM8.50 500pcs. 1 helai kos tak sampai 2sen)
-Beras paling murah (Macam sis punya ni 1KG RM4 je.. cari yang murah je. Beras hancur pun takpe. Jangan pakai beras basmathi pulak. 1kg ni boleh dapat dalam 5-6 packs nasi impit size tapak tangan
-Cawan
Ads
Cara cara:-
1. Masukkan 1 cawan beras ke dalam plastik. Kemudian boleh sealkan. Kalau takde sealer boleh je guna lilin atau lighter, kemudian lalukan ke plastik tu. buatla apa apa cara pun janji beras tu tak keluar. Jangan kau letak selofan tape atau stapler udah.
Ads
2. Dah siap seal, tebuk lubang guna pisau boleh atau garfu pun boleh. Tebuk depan belakang. Kecik kecik je janji ada ruang air boleh masuk. Jangan sampai bocor plastik tu udah.
Ads
3. Dah siap, masukkan lah dalam periuk, dan rebus sampai masak. Biasanya dlm 30mins, siap dah.
4. Senang kan? Tak payah susah nak masak nasi, himpit nasi tekan tekan bagai. Buat je sendiri macam ni kat rumah, lagi senang.. Murah, confirm cantik kejadiannya. Dan yang pasti, Lagi cantik dari beli nasi impit siap kat kedai tu
Tiada siapa yang mahukan pasangan yang kita kahwini berdepan dengan ujian kesihatan yang serius. Kalau boleh biarlah sentiasa hidup sejahtera, bahagia dan gembira. Pun begitu bukan semua yang kita harapkan kekal untuk selamanya, apatah lagi hidup ini penuh dengan ujian.
Apa yang pasti menjaga orang sakit tidak semudah yang disangka, bukan hanya perlu memberi ubat sudah memadai. Hakikatnya banyak yang perlu dilakukan, bahkan ‘jaga’ itu juga memerlukan pengorbanan yang dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab.
Jika yang sakit itu ibu ayah, mungkin ada adik beradik lain juga dapat sama-sama membantu menjaga orang tua yang uzur. Namun bila isteri atau suami yang sakit, pastinya tanggungjawab tersebut digalas di bahu pasangan sepenuhnya.
Itulah juga yang dilakukan oleh seorang suami ini, terus sabar menjaga isteri dengan sebaik mungkin apabila disahkan menghidap kanser payudara pada pertengahan tahun 2019 lagi.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, difahamkan Ibrahim, 54, sudah tidak kekok untuk menguruskan isterinya, Kamariah Yusoff, 57, yang semakin lemah.
Tanpa rasa jijik mencuci luka di seluruh dada dan perut isteri yang menderita kanser payudara, rutin harian itu dilakukan Ibrahim Mamat tanpa mengeluh.
Menurutnya, isterinya menghidap kanser payudara pada pertengahan 2019 lalu, namun mereka berikhtiar melalui rawatan alternatif kerana Kamariah bimbang payudaranya akan dibuang.
“Pada mulanya hanya satu ketulan kecil tumbuh di payu dara kiri dan disangka ketulan biasa menyebabkan kami mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan alternatif.
“Lama-kelamaan, ia semakin teruk dan pecah kerana ada lelehan nanah keluar sebelum isteri mengadu rasa sakit menyebabkan saya membawanya ke hospital.
“Isteri kemudian disahkan menghidap kanser payudara tahap empat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semut Api, Jalan PCB, di sini, semalam.
Tukang rumah itu berkata, isterinya juga kehilangan berat badan yang banyak iaitu daripada berat asal 65 kilogram (kg) kepada 30 kg disebabkan penyakit berkenaan.
Jaga Sebaiknya
Menurutnya, perasaan hiba kerap bertandang setiap kali mencuci luka di bahagian hadapan tubuh isterinya dari leher sehingga perut kerana tidak tahan mendengar rintihan kesakitan.
“Isteri sering tidak dapat melelapkan mata kerana berasa terlalu sakit sehingga terpaksa mengambil ubat tidur selain ubat tahan sakit.
“Saya juga kerap mengelap tubuhnya terutama di bahagian luka untuk memberi keselesaan kerana sering mengadu rasa panas malah adakalanya diminta dilap dengan ketulan ais,” katanya yang menetap di rumah sewa dengan bayaran RM350 sebulan.Ibrahim juga menyifatkan isterinya sangat kuat semangat kerana masih menggagahkan diri bangun untuk ke tandas dan menunaikan solat lima waktu walaupun dalam keadaan duduk.
“Saya tidak menerima kerja di lokasi yang jauh kerana isteri tidak boleh ditinggalkan lama dan jika keluar bekerja sekalipun, saya hanya memperuntukkan masa beberapa jam sahaja.
“Dengan pendapatan tidak menentu, kami berjimat menggunakan elaun bulanan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh membantu Ibrahim dengan menghubungi talian 017-3031254.
Petua orang dulu-dulu kalau hendak dihimpunkan memang banyak. Sama ada petua kecantikan mahu pun petua penjagaan kesihatan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Menyentuh tentang keberkesanannya, tidak dinafikan ada yang serasi mengikut diri seseorang.
Jadi tidak salah kiranya kita zaman sekarang mencuba petua tersebut. Contohnya dalam hal mengawal kadar kolestrol dalam tubuh badan kita. Orang dulu-dulu ada caranya yang tersendiri selain tidak menafikan perlunya mendapatkan pemeriksaan doktor.
PETUA TURUNKAN KOLESTROL & BERAT BADAN
Bahan-bahannya
3 sudu besar biji Barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air
1 hirisan lemon
Ini sukatan untuk satu gelas,kalau nak lebih tambahkan aiq lagi.
Cara penyediaannya:
1. sebelum rebus Barli tu,basuh dan rendam dulu selama 2-3 jam
2. pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air, gunakan api yang kecil@sederhana
3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan Barli dan Barli dah nampak empuk
4. Kemudian sejuk
5. Bila dah sejuk,tuang ke dlm gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli(boleh jugak nak digantikan gula)
6. Perahkan sedikit lemon@masukkan hirisan lemon ke dlm gelas. Kacau rata.sedia untuk diminum.sesuai sgt anak2 minum time balik sekolah.betoi2 menyegarkan
Selain petua di atas, boleh juga diamalkan minum air jus daripada nanas dan sawi sebagaimana yang dikongsikan oleh Zaleha Muhammad.
BAHAN-BAHANNYA :-
* Buah nanas
* Sayur sawi
CARA-CARANYA:
1) Dikisar halus bahan tu sampai jadi jus.
2) Minum 1 kali sehari, setiap hari.
KHASIAT BUAH NENAS YANG RAMAI ORANG TAK TAHU :-
1) Melegakan masalah sem belit
2) Mengurangkan dan menghilangkan rasamual
3) Mempunyai agen anti penbekuandarah
4) Sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
5) Mengembalikan kolagen untuk membuatkan anda kelihatan sentiasa muda
KHASIAT SAYUR SAWI YANG RAMAI ORANG TAK TAHU :-
1) Dapat menguatkan dan menyihatkan tulang kita.
2) Sayur sawi dan sayuran hijau yang lain dapat membantu untuk mencegah kanser
3) Amat digalakkan untuk pesakit diabetis jadikan amalkan pemakanan seharian.
3) Menyihatkan rambut dan kulit kerana mampu untuk memperbanyakkan kolagen dalam badan kita.
4) Sayur sawi juga dapat membantu untuk anda mendapatkan tidur yang selesa.
Andai tidak suka dengan rasa gabungan ramuan tersebut, anda juga boleh mencuba petua ini yang diamalkan oleh Aishah Saud untuk menurunkan kolestrol. Terbukti amalan ini serasi buatnya dan dikongsikan di media sosial perbezaan bacaan kolestrol, dari 7.9 kini turun kepada 5.9 setelah amalkan minum tersebut.
Jom ketahui apa ramuannya.
Bahan-bahan:
Halia – ketuk
Serai – ketuk
Halba
Air 3 cawan
(Rebus semua Kat ats dlm 15 minit)
Siap perah lemon. Boleh juga letak madu sikit.
Dalam beberapa petua yang dikongsikan ini, boleh dicuba satu persatu dan lihat keserasian dengan tubuh badan. Semoga amalan ini setidak-tidaknya sebagai usaha untuk kita menjaga kesihatan yang lebih baik. Selamat mencuba.
Punya sembilan orang anak? Wow..rezeki melimpah ruah daripada Allah SWT. Harta paling berharga yang kita miliki pastinya adalah anak-anak. Punya sembilan orang anak pastinya anugerah terhebat yang Allah berikan.
Pun begitu menjaga harta yang satu ini tidaklah mudah. Seorang anak pun ibu sudah mengeluh penat, inikan pula sembilan orang. Akan tetapi bagi ibu ini, Juriah Halimatun Ahmad, dia dan suamilah sentiasa bersyukur dikurniakan Allah rezeki, harta dunia akhirat ini.
Ikuti cerita penuh inspirasi dalam membesarkan anak-anak kecilnya. Jom jadikan contoh. Kuncinya sabar itu kena sentiasa ada.
JANGAN PUTUS HARAP DENGAN ANAK-ANAK. ALLAH KAN ADA..
‘Penatnya bang.. Gegirl sepahkan barang, budak-budak bergaduh. Yang seorang ni pulak tak nak pun tolong mummy. Baby pulak asyik melalak.. Huhu.. ‘ Naik lenjan mama fatim.
Biasakan dengan keluhan macam ni?
Itu la yang kadang-kadang mama fatim selalu keluh kesah. Selalu mengadu pada suami. Walaupun dia bekerja dari pagi sampai petang, cuma sesekali kena out station keluar berhari-hari.
Ada masa naik rimas, ada masa geram dengan anak-anak . Kadang, makan pun tak sempat. Sembahyang pun ada masanya nak cepat-cepat .
Tahu apa ayah diorang jawab ‘Kesian kat Ju. Sabar ye..’ Itu la yang selalunya ayah diorang tenangkan perasaan mama fatim ni. Itu je. Suruh sabar je.
Tahu rasa macam mana? Ibu-ibu yang ada anak je tahu perasaannya, kan?
Bukan senang nak jaga anak-anak, 9 orang tau. Walaupun ada yang dah remaja, yang sepatutnya boleh menolong, tapi anak tetap anak, remaja dengan perangai remaja nya, yang kecil dengan perangai kanak-kanak nya, yang baby pun sama. Kadang-kadang, boleh menjeruk rasa, sakitnya tu di sini! Haha!
Cuma satu sahaja yang mama fatim tahu, walau marah macam mana pun pada anak-anak, mulut mama fatim tak pernah nak maki hamun, nak doakan yang tidak baik pada anak-anak. Setiap malam, sebelum tidur, mama fatim pasti doakan yang terbaik pada anak-anak.
Ada sekali tu waktu mama fatim marah sangat pada anak-anak dan whatsapp pada ayah diorang , tahu tak apa ayah diorang cakap? ”
‘Sabar Ju.. Waktu ni lah mulut Ju paling berbisa sekali. Sumpahlah diorang semua tu kebaikan. Mudah-mudahan makbul’.
Adehh.. Bagus kan nasihat ayah diorang ni. Nasib baik dapat ayah yang baik macam tu. Satu peringatan si ayah untuk mummy diorang ni.
Simpan saja ‘sakitnya tu di sini’. Haha!
Doakan Kebaikan
Jadi, jangan putus harap dengan anak-anak. Doakan sahaja mereka kebaikan. Walaupun anak buat jahat, buat tak bagus macam mana pun, minta Allah bagi kebaikan pada mereka dan kita mendapat kebaikan dan pahala yang besar.
Kalau nak tahu, mulut emak ni memang paling bisa untuk anak-anak tau! Terutama tengah marah. Ingat tu.. Marah biar bertempat, dan biar berpada-pada.
Doakan agar kebaikan dan kejayaan sentiasa ada untuk anak-anak. Doakan mereka dijauhkan dari membuat perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa besar. Doakan mereka tetap beriman kepada Allah.
Moga-moga, Allah kabulkan doa supaya anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah untuk memberi kebaikan dunia dan akhirat, serta kebaikan kepada kita sebagai ibubapa.
Jadi, jangan lupa, waktu mulut tengah berbisa tu, doa untuk anak-anak tau!
Boleh tolong SHARE, sebab kadang-kadang tak ramai ibu-ibu yang tahu mulut mereka ni bisa betul kalau berdoa untuk anak-anak tu. Jadi, ambil peluang doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.
Kredit: Juriah Halimatun Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di