Cara Mudah Masak Pulut, Tak Patah Cantik Je Jadi Sebutir & Tak Melekat Kat Periuk!

Share

Lain orang lain caranya dalam memasak pulut. Ada yang kena rendam dulu lah, ada yang boleh masak terus, ada yang perlu juga kukus dan macam-macamlah!

Alang-alang sekarang ni durian macam dah muncul semula tu, boleh la beli buat rasa-rasa atau teringin sangat makan dengan pulut, boleh la tanak guna cara ni. Menariknya di perkongsian ini, sama ada pulut ini ditanak di dalam periuk batu atau periuk cap boya, kedua-dua hasilnya tetap menjadi!

Jadi, bagi memastikan pulut anda terhasil cantik dan tidak melekat, di bawah ada tip berguna dari Puan Naimah Kasim yang boleh anda ikuti.

PULUT DURIAN KUAH SANTAN

Pulut tanak kuah santan, sesuai untuk dimakan dengan durian atau pelam.

Cara buat pulut:

1. Basuh beras pulut (tak perlu rendam). Letakkan air lebih macam masak nasi, tak perlu disukat airnya. Jangan kacau langsung supaya pulut tak hancur.

2. Bila mendidih kuat, perlahankan api dan buang air tinggal sikit saja. Buang air agak-agak lah ya, paras sikit atas pulut. Kalau lebih nanti lembik, kalau kurang sangat takut tak masak pula.

3. Dilarang kacau sama sekali lepas air dibuang.

4. Tutup periuk dengan penutupnya dan api diperlahankan.

 

5. Kemudian, boleh kacau sedikit dan tutup semula dengan penutup periuk.

 

6. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik tak patah-patah pun. Sedap dimakan dengan durian atau pelam bersama kuah santan.

 

Kuah santan cara pertama

Dulu-dulu arwah emak guna santan segar dari kelapa yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.

Kuah santan cara kedua

Sekarang terpengaruh dengan siam, santan masak sekejap atas api yang perlahan.
Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.

Kacau selalu supaya tak pecah minyak.

 

Apabila ada sahabat komen pakai periuk batu tu sebab tak lekat, jom cuba periuk cap boya. Kebetulan saya balik kampung, tiba-tiba kakak bagitahu ada durian dan minta kita tolong tanak lah pulut.

Semangat lah kita sebab semalaman berhajat nak cari durian. Guna lah periuk cap boya, itu saja yang ada dekat rumah kakak. Alhamdulillah, hajat nak makan pulut durian tercapai walau asalnya hanya terdetik sorang-sorang dalam hati.

Alhamdulillah ala kullihal. Salam Jumaat yang barokah buat semua sahabat.

Sumber: Naimah Kasim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKLAN