Cara Perap & Masak Ayam Goreng Berempah Yang Rangup, Simple Je Tapi Sedap. Terbaik!

Share

Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil.

Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.

Jom cuba resipi hasil perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad 

ini.

Siapa suka ayam goreng berempah mcm ni ..🙋🙋
Ouh ada yg minta resepi …ok lah kite bagi …tgk kt bawah ye👇👇

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MEKZA
#HomemadeByRoselyza
…………………………………………………………
BAHAN:
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4biji bawang merah (kisar)
3ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb Chili flake
2sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2sdb tepung beras @ tepung jagung (mana2 sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
(kalini sy x ltk lengkuas mcm biasa yg sy buat)

Cara:
Kisar semua bahan yg perlu dikisar, satukan semua bahan diatas dan gaul bersama ayam.

Perap dalam 1/2 jam ..(kalau nak cpt x pyh perap pun xpe) ..goreng dgn api yg kuat, minyak yg penuh. Minit last perlahankan api..warna dah menarik boleh lah diangkat. Ni cara mekza ye….kalau nk ikut..ikutlah…taknak ikut pun takpe..ikut cara masing2

 

IKLAN