Asam Pedas Ikan Pari memanglah enak. Apatah lagi kalau dilengkapkan lagi dengan sepinggan nasi panas ketika berbuka petang ni. Memang tak toleh kiri kanan.
Akan tetapi menyediakan makanan yang satu ini tidaklah semudah ketika menjamahkan. Harus menyiangnya terlebih dahulu dan kena pastikan ianya segar dan tidak berbau hancing.
Ikan pari sering dikatakan berbau hancing mungkin disebabkan oleh jenis pemakanan yang diambilnya dan bukanlah cara kita mencucinya. Jadi ketika nak beli, kenalah pastikan yang betul-betul segar. Jom intai tip ni.
Cara Pilih Ikan Pari Segar
Ketika berada di pasar, kena belek-belek ikan supaya senang nak tentukan ikan mana yang lebih segar. Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Ambillah ikan yang berwarna kemerah-merahan.
Begitu juga dengan ikan ketuka yang hampir sama dengan ikan pari. Sebaiknya tekan badan ikan terlebih dahulu dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik. Ciumlah baunya samada hancing atau tidak. Pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana
ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa
membantutkan selera.
Ads
Cara Siang Ikan Pari
1. Terlangkupkan ikan pari tersebut. Biar nampak tulang belakangnya.
2. Gunakan pisau yang tajam, potong (dengan jarak kira-kira satu inci dari tulang belakang), dari hujung atas kepala hingga bawah.
Buat kiri dan kanan.
3. Buang bahagian tengah yang bertulang beserta isi perut. Ambil bahagian kiri dan kanan sahaja.
Ads
4. bersihkan dengan air asam jawa.
Atasi Bau Hancing
Bahan-bahan:
Ikan pari/ketuka
Asam jawa
Air
Ads
Caranya:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka dan basuh bersih.
2. Rendamkan dengan air asam jawa dan biarkan sekejap.
3. Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
4. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada angin tiba-tiba pelakon Jasmin Hamid selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya.
Aktres yang sebelum bergelar ibu tunggal hampir 10 tahun memilih pengurusnya sendiri, Nazmir Abd Rahim, 35, sebagai suami.
Pelakon drama yang terkenal dengan watak Mak Ngah Gayah berkata pada ketika dia bergelut dengan banyak hal, Nazmir setia di sisi.
“Dia yang banyak jaga dan ambil berat fasal saya. Termasuklah ketika saya banyak mengingati soal mati dan banyak fikir itu ini.
“Saya anggap semua ini suratan yang membuka banyak hikmah tersendiri,” katanya.
Pernikahan tersebut dikongsikan sendiri Jasmin Hamid menerusi laman Instagramnya. Dalam perkongsian Itu, jelas dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan segala perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT buat dirinya selama ini.
“Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Sebagai seorang hambaNya yang beriman, wajib percaya bahawa JODOH, MAUT dan REZEKI adalah RAHSIA ALLAH.
“Semoga dengan pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk kami lebih dekatkan diri pada ALLAH SWT. Ia juga adalah BERKAT DOA ibu bapa,sanak saudara, sahabat handai yang penyokong saya,” ujar Jasmin menerusi kapsyennya.
Pelakon Cukup Derita Itu juga berharap agar perkahwinannya itu dapat menjadi asbab buat dirinya untuk sentiasa dekat bersama Sang Pencipta.
Ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berharap agar tiada pihak yang akan berkecil hati memandangkan dia hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
“Di mana kalian sentiasa doakan yang baik-baik buat saya. Saya hanya buat yang AFDHAL sahaja. Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja.Terima Kasih you all. Hebat Bukan?,” akhirinya.
Sementara itu,pelakon Zarina Zainuddin turut berkongsi berita tersebut, sekali gus membongkar siapakah lelaki bertuah menjadi suami Jasmin. Rupa-rupanya Amir merupakan pengurus peribadi Jasmin selama ini.
“Allahuakhbar.. indah takdir ini dari usik usik kami di set shooting menjadi kenyataan .. inilah jodoh Allah yang atur segalanya.. 8 tahun amir jadi p a min .. dia lah yang lalui segala suka duka teman bercerita yang lebih memahami .. yang banyak membantu segala urusan min.
“Berbahagialah dikau wahai sahabatku syg ♥️🥰 doaku semuga Amir dapat bersamamu hingga ke Jannah .. ni nak panggil kak ke yang 😀😀😀 .. adoiii .. apa pun boleh lama2 okay ler tue 😀😀😀🥰♥️ Love u dunia akhirat babe @jasminhamidjh ♥️.” tulis Zarina lagi.
Mesti ada yang penggemar strawberry atau bakers yang selalu guna strawberry dilema untuk simpan buah strawberry supaya tahan lama kan.
Meh sini sis nk share cara simpan buah strawberry supaya tahan lama, tk berkulat dan berair.. Insya allah boleh tahan satu mggu hingga dua mggu ( bergantung pada kesegaran buahnya) tips untuk thu buah segar atau tak, kena tgok daunnya.. Klu daun masih hijau, tak de kuning2 atau hitam, insya allah buah masih segar..
Benda pertama kena buat mesti lah kena pegi beli buah strawberry dulu terpulang la nak gi beli kat mana. Asalkan buah strawberry tau..
Boleh tgok step pada setiap gambar ye
Selamat mencuba!
Kredit: Rahayu Rusli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini. Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.”
Demikian perkongsian seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya.
Semakin Berkurang Berbanding Dulu
Jelasnya lagi, sejak awal Julai mendapati kemasukan pesakit Covid warga emas mulai menurun. Manakala seminggu yang lalu jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.
“Referral dari ED kepada team ICU untuk pesakit Covid kritikal semakin berkurang.
“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.
“Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.
“InsyaAllah vaccine works!”
Bagaimana pun katanya, jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.
“Masih ada referral pesakit Covid kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat.
“Ada juga pesakit Covid kritikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung.
“Empat pesakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesakit lain yang tak sempat menerima vaksin. Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal,”ujarnya.
Bagaimana pun katanya, jumlah pesakit di ICU masih ramai kesan kemasukan pesakit sebulan yang lepas. Bahkan jumlah mereka yang meninggal sebelum mendapat rawatan di hospiral juga masih ramai.
“Kita belum lagi menang. Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid kritikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka.
Kita berusaha dan bertawakkal. InsyaAllah vaccine works!,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan berharap agar negara segera pulih daripada wabak ini. Bahkan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman menjadi pesakit Covid-19 dan bersyukur cepat pulih memandangkan telah menerima vaksin sebelum itu.
“Alhamdulillah saya stage4 dan sudah vaksin 2dos Astrazeneca. Syukur saya discaj dgn paru paru bersih dan tiada komplikasi. Saya kena wad seminggu cukup hingga habis tempoh sebab saya obesiti dan darah tinggi, doktor pastikan saya betul2 sihat dan tamat kuarantin. Terima kasih doktor dan jururawat 6c, hospital selayang” -Hidayah Mustapha
“Demi malaysia ku.. mudah mudahan.. sbgai rakyat sy juga berusaha mnjaga sop sebaik mungkin… alhamdullilah 2nd dose yesterday… hopefully sihat dan dijauhi dr wabak…tinggal utk vaccine ank2 yg berumur 12 tahun keats shj”-Suhaila Shahid
“Alhamdulillah di sebalik kedukaan ada sedikit berita kegembiraan buat kami di lembah klang…terima kasih buat semua frontliner yg bertungkus lumus…yg pasti kita belum menang jgn terlalu leka ..tp yakin kita akan menang inshaAllah.”-Wahidah Abu Talil
“Alhamdulillah. Semoga jumlah kes semakin menurun. Harap ramai yg dh sedar kepentingan vaksin dan mematuhi SOP. Terima kasih kpd para frontliners. Moga anda terus kuat mental n fizikal.” Aamiin-Anaz Zaman
“Syukur alhamdulillah. Rasa nak nangis baca ni doktor. Sebak🥺. Kat lembah klang ni dh mcm ketakutan nak ke mana2. Semoga cepatlah proses vaksin. Semoga dengan usaha ini Allah lindungi kita dan memberi kesembuhan terbaik. Semoga frontliners dilindungi dan diberikan kesihatan yg baik. Hanya Allah dpt mmbalas jasa kalian.”-Sarah Roslan
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.