Cara Pindah Anak Semaian Lagi Mudah Buat Macam Ni. Masukkan Cup Plastik, Terletak Elok Jadinya!

Share

Perasan tak bila kita baru-baru nak belajar menanam sayur-sayuran di laman rumah, bab hendak mengalih anak semaian ke dalam polybag atau pasu kadang-kadang berdepan dengan kesukaran. Maklumlah tiada teknik yang dipraktikan, jadi tidak hairanlah ada yang main tanam sahaja hingga merosakkan akar anak semaian dan akhirnya pokok tidak dapat hidup.

Jadi apa kata anda cuba cara atau teknik yang dikongsikan oleh Ros Jepun Laila ini, ianya cukup mudah dan ujarnya boleh dipraktikan untuk menanam sayur bagi tujuan makan sendiri.

Cara Mudah Tanam Bendi
1. Semai biji benih dalam cup plastik dan bila sudah keluar empat helai daun, barulah terus tanam di dalam polibeg bersama dengan cup tersebut. Polybag ada pelbagai saiz,  ada 14 × 14 ada yang kecil ada yang besar. Tapi sebaiknya jangan guna yang kecil sangat. Buat seperti  gambar di bawah.

2. Selepas 3 hari, keluarkan cup tersebut daripada polybag. Sekali gus akan terbentuk lubang di tengah-tengah polybag untuk kita tanam anak bendi tersebut.

3. Caranya, keluarkan anak pokok bendi daripada cup plastik dan masukkan ke dalam lubang yang sedia ada.

4. Siap dipindahkan, cantik je kan.

Tanam bendi untuk makan sendiri, tanam dalam polybag. Disarankan satu jenis sayur dalam 10 polybag

10 pokok dah ok dah untuk bendi
10 pokok terung
10 pokok cili
10 polibeg kangkung
10 polibeg bayam brazil
10 polibeg apa apa sayur yang awak suka
Dah boleh rotate untuk makan seminggu.

Sumber : Ros Jepun Laila

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader CERIAKAN HATI DENGAN BUAT ROTI JALA VIRAL secara online, daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN