Anak-anak sememangnya banyak ragamnya, lebih-lebih lagi dalam bab makanan. Nasi antara makanan yang sukar digemari oleh majoriti golongan kanak-kanak yang sedang giat membesar.
Namun ianya penting untuk tumbesaran mereka. Jangan bimbang, kali ini resipi yang dikongsikan oleh @didapuryana ini memang dijamin akan menjadi menu kegemaran anak anda. Bagi penggemar sushi pula sememangnya menu ini sangat menepati citarasa dan selera anda.
– Satukan salmon, hot teriyaki sauce, halia kisar dan bawang putih kisar. Gaul sebati.
– Letakkan sedikit nasi kat atas seaweed. Masukkan kedalam muffin tray. Muffin tray tu sapu dengan minyak dulu ya nak elakkan dari seaweed melekat kat tray.
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal. Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicucu. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap daripada kita pastinya menggemari makanan laut seperti udang, sotong, ketam, siput, kerang dan yang paling utama ialah ikan. Semestinya makanan ini tidak boleh lari dari menjadi sebahagian daripada diet harian kita. Lagilah bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan makanan dari hasil laut ini.
Ikuti lanjut penjelasan Pakar Kimia Dr Fatimah Salim mengenai toksin dalam makanan laut.
Apakah kandungan kimia ikan?
Ikan kaya dengan bahan kimia seperti protein, iodine, vitamin (terutamanya vitamin D dan B12), mineral dan yang paling penting asid lemak omega-3 perlu (essential fatty acids) iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan pelbagai fungsi badan termasuk jantung, mata, sendi, otak dan kulit.
Selain daripada itu, ikan juga mungkin dicemari oleh logam berat (heavy metal). Sebahagian daripada logam berat (dalam kuantiti yang cukup) diperlukan sebagai zat mineral untuk mengekalkan keseimbangan fungsi sel-sel badan.
Apakah itu logam berat?
Logam berat merupakan mana-mana bahan kimia logam yang mempunyai perbandingan ketumpatan yang tinggi yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur (Periodic Table). Senarai yang biasa dijumpai mencemari air laut dan kehidupannya adalah seperti copper (Cu), iron (Fe), zinc (Zn), molybdenum (Mo), manganese (Mn), cobalt (Co), nickel (Ni), cadmium (Cd), lead (Pb), chromium (Cr), selenium (Se), mercury (Hg), uranium (U), cesium (Cs), silver (Ag), aluminium (Al), strontium (Sr) dan arsenic (As).
Senarai 6 terawal diperlukan dalam kuantiti yang cukup (tidak berlebihan) untuk menjalankan fungsi tubuh kita, manakala yang selebihnya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada badan.
Bagaimana logam berat ini terkumpul dalam air laut?
Logam berat merupakan komponen semulajadi kerak bumi yang mana disebabkan oleh perubahan suhu (weathering), kakisan (erosion), letusan gunung berapi dan aktiviti perlombongan menyebabkan mereka mengalir keluar ke laut. Namun penyumbang utama pencemaran logam berat dalam air laut ialah dari aktiviti industri dan pembuangan sisa bahan. Secara keseluruhan, paras logam dalam laut telah meningkat disebabkan aktiviti tersebut.
Bagaimana logam berat ini boleh berada di dalam ikan?
Logam berat yang telah mencemari air laut ini secara tidak langsung akan masuk ke dalam badan ikan melalui insang atau mulut ketika mereka berenang, bernafas dan makan. Selain daripada pencemaran logam dalam bentuk asal ini, terdapat juga logam berat yang telah diubah sifat kimianya oleh microorganisma seperti contoh ‘methylmercury’ yang mana merupakan struktur kimia mercury yang paling bahaya kerana kadar serapannya yang tinggi dalam badan.
Bagaimana logam berat ini memasuki badan kita?
Logam berat yang telah mencemari hidupan laut terutamanya ikan tadi akan memasuki badan melalui diet pemakanan kita.
Bergantung kepada kekerapan pengambilan, sistem penghadaman dan proses pengnyah-toksin badan individu, logam berat ini boleh berkumpul dalam tisu badan. Kesan pengumpulan jangka panjang logam berat ini boleh menjadi toksin yang akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terutamanya lead (plumbum), cadmium dan mercury. Antara kesannya adalah
1.menyebabkan kesakitan pada sendi (join pain)
2. gangguan saraf (numb) pada jari bibir, tangan, dan kaki.
3.mengganggu tumbesaran otot pada kanak-kanak (lambat berjalan dan bercakap)
4.meningkatkan kadar serangan jantung (tekanan darah tinggi)
5.gangguan sistem saraf kepada bayi dalam kandungan (birth defect)
6.menggangu proses perkembangan otak (intellectual disabilities) anak kecil seperti daya focus, ingatan
7.kerosakkan buah pinggang dan hati
8.mengubah genetik (genetic mutation) dan meningkatkan risiko kanser
9.merosakkan fungsi otak (brain damage)
Bagaimana membandingkan jumlah logam berat dalam ikan?
Secara umumnya, semakin besar saiz dan usia ikan tersebut, semakin banyak kandungan logam berat yang dikumpulnya. Maksudnya lebih lama ianya terdedah kepada pencemaran. Selain daripada itu, faktor lain juga harus di ambil kira seperti
• jenis ikan seperti (‘bottom feeder’ lebih tercemar kerana makanan mereka terdiri daripada logam berat yang termendak di dasar laut),
• tempat tangkapan ikan (air yang tinggi kadar pencemaran akan mengandungi jumlah logam berat yang banyak), dan
• tempat tinggal ikan (habitat yang tinggi kandungan logam berat)
Ikan pemangsa (bersaiz besar) yang terletak di bahagian atas rantaian makanan laut biasanya mengandungi lebih banyak logam berat kerana pengumpulan melalui pola pemakanannya. Proses penyingkiran semulajadi logam berat dalam badan ikan ini lebih lambat jika dibandingkan jumlah yang dikumpul daripada makanannya.
Bagaimana untuk menghalang/ mengurangkan kesan toksik logam berat dari makanan?
Untuk mengurangkan jumlah pengambilan logam berat daripada ikan, kurangkan atau elakkan ikan jenis pemangsa dan bersaiz besar seperti ikan parang , jerung, tenggiri dan tuna.
Untuk mengurangkan jumlah serapan logam berat dalam badan pula, biasakan makan makanan laut dengan sayuran hijau atau buah yang kaya dengan serat tidak larut serta komponen fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan. Makanan sebegini boleh membantu badan mengeluarkan logam berat ini secara semulajadi dari badan.
Serat tidak larut boleh bertindak sebagai pemerangkap logam berat dalam sistem penghadaman dan dibuang bersama di dalam najis. Antioksidan pula boleh bertindak sebagai agent pengepit (chelates) yang mengikat logam berat ini seterusnya membantu untuk mengeluarkannya dari badan secara semulajadi.
Risau makan ikan sebab kandungan logam berat?
Usah begitu. Logam-logam berat ini sememangnya tidak boleh dielakkan sepenuhnya kerana hampir kesemua makanan dan produk harian kita mengandungi logam berat, namun dalam kuantiti yang sangat sesikit.
Apa yang perlu dan boleh kita lalukan adalah dengan melatih diri dan anak-anak untuk biasakan makan sayuran hijau yang mana boleh membantu mengurangkan dan menyeimbangkan kesan toksin logam berat. Nikmatilah hidup dan usah keterlaluan sehingga sentiasa rasa tidak selamat. Yang penting, ambil tahu tahap kesihatan diri kerana badan kita adalah amanah Allah yang wajib dijaga sebaiknya.
Makan lah apa pun yang halal dan baik, namun bersederhana lah… Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Menceriakan waktu-waktu petang begini, menarik juga jika dapat menikmati cucur udang bersama ahli keluarga. Lagi puas hati kalau dimasak sendiri. Dapatlah kita anak beranak makan dengan berselera sambil ditemani secawan kopi terhidang di atas meja.
Untuk itu, demi menyajikan hidangan yang bukan sahaja enak rasanya malah cucur yang dimasak comel membulat dan gebu bentuknya, ada rahsianya. Nak tahu apakah itu, baca perkongsian daripada peniaga cucur udang ini yang tidak lokek dengan ilmu. Jom semak.
Cucur Kucai Udang Laku Keras
Saya jual RM1 4ketoi. Resepi yang simple.. Semua orang boleh buat… Saya halalkan resepi ini untuk kita semua
Bahan-bahan:
Tepung=1kg
Ibu roti@mauripan@yis=1/2peket
Garam=secukup rasa
Lada sulah=1sudu
Cili kisar=2sudu
Kucai =1ikat
Taugeh=RM1 cukup
Udang=saya pakai udang kertas jew
Air masak=agak-agak
Telur=1biji(letak boleh.. Tak letak pun tetap akan bulat & gebu)
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.