Jika ada daging kisar yang tidak habis digunakan, cara nak simpan cukup mudah dan menjimatkan masa jika nak defrost.
Nak guna je ambik banyak mana yang anda inginkan, jadi tak perlu nak defrost semua sekali.
Tip ini dikongsikan oleh Yatie Eimra menerusi laman Facebook.
Ads
Daging kisar camni, biasanya saya guna sebagai rencah je dalam masakan sayur, dll. Korang pernah tak alami masalah nak guna sikit je, tapi terpakse defrost semua sekali.
Bukan setakat amek masa nak defrost, tapi bila kerap defrost & freeze semula ni buatkan daging kisar cepat rosak & galakkan pembiakkan bakteria gak.
Sebelum ni, lepas beli saya simpan dalam freezer jap sampai separa beku, lepas tu potong kiub. Tapi masalahnya, bila terlupa dah beku terus 😅
Ads
Sekarang ni lepas beli, saya terus masukkan daging kisar dalam ice tray macam ni. Kat rumah ni, memang ada bermacam² jenis ice tray untuk fungsi yang berbeza². 😆 Ada yang khas untuk ais, untuk daging kisar, untuk puri buah² bayi, lom lagi broth bagai🤭
Ice tray jenis ni takde penutup, jadi saya balut dengan cling wrap dulu supaya daging tak kena udara sejuk secara direct & jadik kering. Bila dah beku nanti, pindahkan je masuk bekas. Bila nak guna, ambil je ikut kuantiti yang nak guna😊
Ads
#yatieimra
#tipdapur
#simpandagingkisar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahun ini pastinya sambutan Deepavali suram kerana negara dilanda pandemik Covid-19 , ditambah pula kerajaan melaksanakan PKPB. Namun bagi keluarga L. Linda Kasturi dan R. Karthik mungkin sedikit berbeza. Apa tidaknya, tahun ini lebih bermakna apabila mereka akan menyambut perayaan itu Sabtu ini dengan kehadiran ’ayah dan ibu baharu’ yang berbeza bangsa dan agama.
Lebih unik, Linda dan suaminya, Karthik, masing-masing berusia 39 dan 35 tahun itu turut mempelawa Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang mesra dipanggil ayah dan ibu untuk tinggal bersama sejak enam bulan lalu, walaupun mereka tidak pernah mengenali sebelum ini.
Bercerita lanjut mengenainya, Linda berkata Mohamad Fakhrulzaman dan Rohayati hanya dikenali ketika beliau dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu ekoran kesempitan hidup.
Kehidupan mereka terjejas teruk selepas Mohamad Fakhrulzaman yang bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
“Niat saya ketika itu adalah hanya untuk membeli peti ais namun terbit rasa simpati terhadap nasib ‘ayah’ kehilangan kerja di sebuah restoran sejak PKP dan keadaan itu memaksa mereka menjual barangan perabot untuk menyara hidup dan membayar sewa rumah.
“Saya kemudian mengajak ayah dan ibu tinggal bersama saya kerana rumah saya mempunyai ruang yang cukup luas dan selesa baginya,” kata Linda ketika ditemui di sini, hari ini.
Seperti prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, kehidupan kesemua mereka penuh dengan toleransi dalam pelbagai aspek termasuk dalam soal keagamaan dan makanan meskipun berbeza agama dan bangsa.
“Soal makan minum tiada masalah kerana penyediaan makanan di rumah adalah halal dan bersih. Saya dan keluarga juga menghormati kepercayaan dan agama dianuti oleh ibu dan ayah dengan menyediakan ruang khas solat kepada mereka,” katanya dan menambah beliau turut menjaga ibunya S.Kamala Devi, 60.
Ibu kepada dua orang anak itu yang berusia 10 bulan dan 11 tahun itu berkata kehadiran pasangan berkenaan telah ‘melengkapkan’ lagi keluarganya dan bertekad untuk menjaga mereka selama yang mampu.
“Biarlah ibu dan ayah berada di sini.Saya juga ada niat untuk membina sebuah rumah di sebelah rumah saya ini kerana anak-anak sudah mula rapat dan sangat menyayangi mereka,” katanya dan menambah sambutan Deepavali kali ini akan disambut secara sederhana berikutan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).
Sementara itu, Mohamad Fakhrulzaman yang menghidap angin ahmar sejak tahun lepas berkata keluarga berkenaan melayannya dan isteri seperti keluarga sendiri malah dia sendiri berasa selesa dan tidak kekok bergaul walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Linda dan keluarganya banyak membantu saya dan isteri selain menjaga kami dengan baik. Saya amat terhutang budi kepada Linda kerana sanggup membawa saya tinggal bersama dengan keluarganya dan makanan diberikan halal. Saya tidak kisah apa orang luar nak kata tetapi saya dan keluarga ini sahaja yang tahu betapa erat dan kasihnya kami sekeluarga,” katanya.
Bapa kepada lima orang anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun itu berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada kesemua anak-anaknya dengan empat daripadanya berada dalam jagaan ibu kandungnya di Maran, Pahang, manakala seorang lagi di bawah jagaan ibu kepada isterinya di Indonesia kerana bersekolah di sebuah madrasah di Jawa Timur.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecantikan dalaman yang datangnya daripada kepuasan maksima, kebahagiaan dan kasih sayang daripada pasangan lebih memberi makna dalam erti kecantikan sebenar. Melakukan hubungan intim adalah salah satu cabang kecantikan yang dimaksudkan ini.
Wow! Tapi itulah satu fakta mengenai seks yang sememangnya tidak mampu ditolak sama sekali. Oleh itu, isteri jangan sekali-kali mengelak jika diajak suami untuk bersama.
Selain mood yang lebih baik, wanita juga tampil aura cantik setiap kali bersama. Orang kata serinya lain macam setiap kali selepas bersama suami. Sejujurnya, wanita tampil lebih cantik, berseri dan memperlihatkan aura sebenarnya dengan hanya melakukan seks yang hebat. Bagaimana?
Menurut Dr. Mehmet Oz, seorang doktor ternama daripada Amerika Syarikat yang mengelolakan segmen You Beauty, dalam sebuah majalah di New York, hubungan intim adalah jalan paling mudah dan pantas untuk wanita terlihat lebih cantik.
Pengaliran Darah Lancar
Menurut Dr. Michael Roizen dari Klinik Cleveland Roizen, ketika melakukan hubungan seks, wanita seolah-olah mendapat satu semangat yang jitu daripada aktiviti tersebut. Keadaan ini akan membuatkan darah dan hormon berjalan dengan cukup lancar sehingga terpancar cahaya kemerah-merahan pada kulit. Hal yang sama juga berlaku kepada lelaki.
Kecantikan Alami
Setiap kali ‘bersama’ dengan suami tercinta, seorang wanita akan memperlihatkan pipinya yang kemerah-merahan secara semulajadi. Bukan itu sahaja, malah bibir juga terlihat lebih mulus dan mekar berbanding palitan gincu bibir biasa. Soal kulit? Jangan tidak tahu bahawa kulit wanita juga akan mula memancarkan sinarnya secara alami dan ini menjadikan kulit kelihatan hebat dan bersinar dari dalam.
Redakan Stress
Aliran darah yang baik sememangnya mampu meredakan tekanan pada sesiapa jua. Menurut Mary J Rapini, aturan seks yang hebat dan teratur mampu meredakan setiap organ tubuh untuk berada dalam keadaan lebih baik. Malah seks juga memberi kesan menenangkan yang cukup baik. Kurangnya tekanan membuatkan anda tampil lebih cantik dan berseri-seri.
Kurangnya Risiko Kedutan
Bagaimana hal ini terjadi? Kedutan di kulit banyak dipengaruhi oleh lebihan cahaya matahari yang tembus secara terus kepada kulit. Namun tekanan kepada arteri juga membuatkan kedutan menjadi lebih hebat. Apabila aliran darah berjalan dengan lancar, nutrisi dan oksigen dapat dialirkan dengan lebih baik, maka kurangnya tekanan kepada arteri dan sekaligus mengurangkan kedutan pada wajah.
Rambut Lebih Cantik
Setiap folikel rambut memiliki pembuluh darah dan aliran darahnya yang tersendiri. Aliran darah yang baik dan lancar akan membekalkan nutrisi kepada setiap pembuluh darah di rambut. Keadaan ini akan membuatkan setiap folikelnya terjaga dengan cantik dan sihat. Rambut anda pastinya lebih cantik, sihat dan bersinar.
Payudara Cantik
Setiap kali melakukan hubungan seksual, payudara seorang wanita akan membesar sebanyak 25 peratus. Malah ketinggian puting juga akan meningkat setengah inci daripada biasa. Hal ini pastinya adalah terapi paling hebat untuk wanita tampil yakin jika dibandingkan apabila mereka terpaksa menggunakan push up bra saban hari.
Bakar Kalori
Bersenam dan membakar kalori menjadi satu kepayahan melampau bagi wanita terutama yang mempunyai anak kecil. Usah jadikan ia alasan untuk anda sebaliknya pilihlah aktiviti seks yang mampu membuatkan kalori anda terbakar dengan baik. Melakukan seks sama seperti melakukan zumba. Cukup hanya 15 minit setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tidak berbangga bila mana anak-anak mampu dan boleh membaca dan menulis pada usia seawal tiga atau empat tahun. Sementelah anak-anak sebaya mereka masih belum mampu.
Kerana itu, pelbagai cara dan kaedah yang cuba digarapkan dan diajar kepada anak-anak bagi tujuan tersebut. Kebiasaannya, buku-buku dan alat menulis seperti pensel akan dibeli dan diberikan kepada mereka.
Sebaliknya, pendekatan berbeza diparktikkan oleh seorang Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak, Puan Ashikin Hashim yang menguna pakai kaedah di luar kebiasaan yang mungkin tidak difikirkan oleh ibu bapa untuk melakukannya.
Caranya cukup mudah dan tidak mengeluarkan belanja mahal pun iatu dengan menggumpal kertas, mengguna gunting, mengcop dan sebagainya.
Jom ikut kaedah yang guru ini kongsikan di laman facebooknya. Moga ibu bapa mendapat manfaat daripadanya!
Nak ajar anak pandai menulis?
Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah.
Bukan bagi worksheet banyak-banyak.
Habis tu???? Nak buat macam mana ya?
Siapa nak tahu, sila angkat tangan.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.
Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.
Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja.
Hadkan penggunaan gajet 🙂
Ashikin Hashim 🙂 Early Childhood Practitioner
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...