Bagi pelayar laman sosial Facebook yang minat memasak, pasti sudah tidak asing lagi dengan pemilik akaun bernama Ben Safwan. Apa tidaknya, begitu banyak resipi yang telah dikongsikan olehnya dan secara tidak langsung ramai juga golongan mak-mak mengagumi kehebatannya sebagai seorang ayah yang pandai memasak.

Kehebatannya memasak bukan datang begitu sahaja, ini sebagaimana perkongsiannya sebelum ini mengatakan dia turut belajar daripada ibu mertuanya dalam menyediakan Daging Masak Kicap yang enak.

“Waktu mula-mula kahwin dulu, Ben makan daging masak kicap mak mertua. Aduhai sedap betul. Sekarang dah boleh buat sendiri sebab dah belajar dengan dia. Terima kasih mak!

“Ben kongsikan pula di sini. Boleh guna daging import atau daging tempatan. Ben suka daging lembu tempatan. Kuantiti bahan resepi untuk 500 gram daging,” tulisnya.

Jadi buat anda yang ingin menyediakan menu daging korban, apa kata sediakan resipi seperti yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini. Nampak begitu menyelerakan dan mudah disediakan.

Resipi Daging Masak Kicap & Nak Hasilkan Daging Terasa Lembut, Begini Cara Masaknya!

IKLAN

Bahan :

500 gram daging lembu dihiris nipis melintang.

Gaul dan perap 10 minit bersama 1/2 sudu makan serbuk kunyit,1 sudu makan cili kisar,1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk,1 sudu makan bawang kisar,2 sudu makan kicap pekat,2 sudu makan kicap manis,1/2 sudu makan gula dan 1 1/2 sudu teh garam .

Resipi Daging Masak Kicap & Nak Hasilkan Daging Terasa Lembut, Begini Cara Masaknya!

IKLAN

Dalam kuali,tumiskan 1 batang kecil kulit kayu manis bersama 3-4 biji buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah + bawang putih+ halia kisar dan 1 1/2 sudu makan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

Baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.

Resipi Daging Masak Kicap & Nak Hasilkan Daging Terasa Lembut, Begini Cara Masaknya!

Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa ) dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya.

IKLAN

Dah siap.

Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.

Resipi Daging Masak Kicap & Nak Hasilkan Daging Terasa Lembut, Begini Cara Masaknya!

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Resipi Daging Masak Kicap & Nak Hasilkan Daging Terasa Lembut, Begini Cara Masaknya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI