Semua orang akan ada sisi lucunya yang tersendiri. Begitu juga dengan penyanyi, Adira Suhaimi apabila baru-baru ini berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok miliknya telah menimbulkan pelbagai reaksi pengikutnya dan warganet.
Ini ekoran sebuah video yang memaparkan Adira sedang berkelah bersama anak-anaknya di luar rumahnya namun rata-rata netizen mengkritik persekitaran halaman rumahnya yang ditumbuhi dengan rumput yang meninggi sekaligus nampak begitu semak samun.
Susulan itu, tidak sampai tiga hari pelantun lagu terkenal Illusi memuat naik video terkini menunjukkan halaman rumahnya kini telahpun bersih dan tidak lagi semak dengan rumput.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Adira yang dikatakan sangat masuk air.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang bertanya sama ada Adira telah menukar kerjaya daripada penyanyi menjadi seorang pelawak.
“Dalam masa dua hari setel hahaha. Sabar jela, rumput rumah orang pun dok jaga..” kata seorang netizen.
“Menganjing betul, boleh tahan masuk air juga ek,” tulis netizen lain.
“Ulang-ulang aku tengok perangai Adira ni. Hamek kau dia dah mesin siap menari lagi,” tambah netizen lain.
Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita perlu menghormati mereka kerana merekalah tempat kita bergantung harapan semasa kecil. Adalah menjadi tangungjawab kita untuk membahagiakan ibu bapa walaupun ibu bapa uzur. Malah ketika ibu ayah sakit atau uzur anaklah yang harus menguruskan semua bukannya berebutkan harta benda semata. Jom semak perkongsian Firdaus Shakirin ini. Moga bermanfaat bersama.
Pesan kat adik-beradik…
Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dgn nama sendiri…
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnt…jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka…
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nnt bahagian kita lebih dr adik beradik yg lain ke, jgn pikir, jgn berharap…jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Jangan…
Sebab nnt bila xdpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt2 “hak” kita…
Hak apa yg kita nak? Hak apa yg kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita2 kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa2 dr mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan…tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”…
Time sakit xnak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
Moga kita menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Pak Utih’ page tentang SOP sebelum membuka pintu untuk membenarkan tetamu masuk ke dalam rumah ini menarik untuk dipraktikan.
Kiranya, bila ikut SOP ni bukan sahaja tetamu selesa malah yang lagi penting kita sebagaimana tuan rumah pun tak berasa malu atau segan.
ISTERI STRES TETAMU DATANG RUMAH BERSEPAH
“Ting tong”, loceng pintu berdengung memberitahu ada orang di luar pintu pagar. Anak yang terkecil berlari mengintai di cendela rumah di tingkat atas sambil menjerit, “Ayah, kawan ayah datang!”.
Bingkas Si Ayah bangun dari baringan di sofa ‘landing’nya di ruang tamu di depan tv, bergegas dengan hanya berkain pelikat terus membuka pintu dan menjemput rakan-rakannya masuk.
Minah, isteri Abu, terpinga-pinga dan tidak sempat hendak turun ke bawah mengemas ruang tamu, sudah kedengaran riuh rendah kegirangan rakan-rakan ayah yang telah duduk di ruang tamu sedangkan ruang tamu itu masih berselerak macam kapal karam.
Abu kelihatan biasa saja sambil mempelawa rakan-rakannya duduk, dia membongkok-bongkok mengutip setimbun kain baju yang berlonggok di atas sofa dan menguis-uis botol susu anak kecil dengan kakinya yang bersepah di atas lantai ke bawah meja sambil menenangkan teman-temannya dengan ungkapan yang biasa didengari oleh penghuni rumah itu, “Maaf je la, kami ni dua dua kerja, berseleraklah sikit, maklumlah petang-petang ni”.
Minah tersangat malu kepada tetamu-tetamu suaminya itu walaupun yang datang itu hanyalah lelaki rakan suaminya yang dia tahu bahawa orang lelaki kebanyakannya memang tidak kisah tentang kecantikan dan kebersihan rumah.
Geram dan marah sangat Minah kepada suaminya kerana tak sabar-sabar menjemput rakannya masuk sedangkan ruang tamu itu masih berselerak lintang pukang.
Sifat kewanitaan yang inginkan persembahan tercantik untuk tetamu yang berada di rumahnya telah mengecewakan hatinya.
Sedang Minah mengelabah di belakang pintu dapur, Abu masuk ke dapur membuat isyarat tangan meminta isterinya membuat teh untuk empat orang dan terus kembali ke ruang tamu menyambung berborak isu orang-orang lelaki dengan riuh rendah ketawa riang.
Bertambah geram Minah kepada Abu kerana sedap sahaja mengarah buat teh sedangkan dia tahu yang gula sudah habis kerana membancuh sirap untuk rakan-rakan anaknya yang datang tengahari tadi.
Kelam kabutlah Si Minah menyuruh anak lelakinya berlari ke kedai di hadapan rumah membeli sekilo gula. Mujurlah anak lelaki itu mahu membantu emaknya. Kalau tidak, bertambah streslah Si Minah memujuk anak lelakinya itu terutama sekali kalau budak itu sedang asyik menonton cerita kartun kegemarannya.
Setelah minuman dan kueh mueh disediakan di atas dulang di atas meja dapur, Minah naik semula ke biliknya menyambung tidur di atas katil dengan hati yang masih membara marah kepada suaminya. Nasib baiklah yang datang hanya orang lelaki, kalau ada orang perempuan bersama-sama tadi, pasti Minah tersangat malu akan keadaan ruang tamu yang bersepah itu.
Apakah cara untuk menambahbaiki sistem menyambut tetamu ABU dan Minah agar ceria dan masing-masing dapat pahala.
Berikut cadangan Standard Operating Prosedures (SOP) yang boleh diamalkan di rumah untuk menerima tetamu.
1. Sehari sebelum hari minggu atau hari cuti umum, pastikan semua bahan-bahan makanan sama ada bahan basah atau kering untuk memasak “jika tetamu datang” tersedia di dalam simpanan di dapur.
2. Jika ada tetamu datang membunyikan loceng, sesiapa saja yang berada di tingkap menghadap ke hadapan rumah, hendaklah memberitahu siapa yang datang. Jika tetamu itu rakan-rakan ayah, maka ayahlah mesti pergi menyambut mereka di pintu pagar dan bersembang sekejap di situ sambil tunggu arahan berikutnya daripada pasukan di dalam rumah. Jangan pelawa masuk lagi.
3. Mereka yang ada di dalam rumah, hendaklah segera membantu emak membersih, mengemas dan menghias ruang tamu hingga ke piawai IKEA showroom. (Jangan lupa toilet yang dekat dengan ruang tetamu, mesti dikemaskan juga).
4. Apabila telah sempurna, maka ibu akan menjenguk di pintu dan mempelawa tetamu yang masih di pagar untuk masuk dengan menyebut, “Masuklah”. Maka ayah akan menjemput semuanya masuk ke dalam rumah.
5. Pada masa ini, semua anak-anak turun berbaris menyambut tetamu dan bersalaman dengan mereka mengikut keselesaan. Jika tetamu itu semuanya perempuan, maka anaka-anak lelaki hanya senyum mengangguk-anggukkan kepala dan anak-anak perempuan pula berjabat tangan atau mencium pipi dan memperkenalkan diri masing-masing kepada tetamu itu.
6. Suamilah yang mengaturkan di mana tetamu-tetamu itu duduk. Jika yang datang itu sekeluarga lelaki dan perempuan, eloklah tetamu lelaki diasingkan duduk di sofa di ruang utama dan perempuan pula di meja lain atau meja makan yang telah tersedia dengan hidangan kueh raya. Pengasingan ini memudahkan kaum lelaki bercerita senada dalam hal-hal kegemaran lelaki seperti politik, kisah kehebatan zaman remaja, bola dan yang serupa dengannya dan wanita pula dengan isu-isu poular mereka seperti hal-hal peribadi keluarga masing-masing, kecantikan hiasan diri, perbincangan mengenai makanan yang terhidang dan gossip dikalangan mereka. Peranan suami mengatur tetamu ini menggambarkan autoriti seorang pemimpin di rumah itu.
7. Semasa tetamu menjamu selera, jika ayah menjadi hos, dia tidak dibenarkan makan bersama tetamu. Dia hendaklah sentiasa memerhatikan di dapur jika ada isyarat-isyarat tambahan daripada isterinya. Apabila semua keperluan makanan telah tesedia, maka barulah ayah dibenarkan makan. Itupun mesti mendapat keizinan daripada isterinya melalui isyarat dari dapur. Tujuan peraturan ini ialah agar segala kelengkapan dan makanan sempurna dan cukup untuk tetamu menjamunya dengan berkonsepkan “Tetamu didahulukan, Keselesaan mereka diutamakan”.
8. Apabila tetamu mula beredar meninggalkan ruang tamu, semua anak-anak turun dan sekali lagi berbaris mengucapkan terima kasih kepada tetamu dan bersalaman mengikuti keselesaan masing-masing. Jika tetamu itu datang satu keluarga, maka semua anak-anak turun menghantar tetamu ke kereta mereka di luar pagar. Masa ini, anak lelaki yang minat kamera, amatlah digalakkan mengambil gambar sekeluarga bersama tetamu di hadapan rumah sebagai tanda hormat dan terima kasih atas kunjungan mereka itu.
9. Setelah melambai kepada tetamu, semua seisi keluarga kembali ke dalam rumah, bersama mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk cawan dan piring seperti sedia kala untuk bersedia menerima kunjungan tetamu yang lain pula.
10. Selesai mengemas, hos yang mengetuai layanan tetamu tadi hendaklah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu melayan tetamunya tadi dan mendoakan agar Allah memberikan kebaikan seisi keluarga di dunia dan kemenangan di akhirat atas usaha melayan tetamu tadi.
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...