Cara Simpan Lebihan Santan Kotak, Tak Lah Rosak Bila Nak Guna. Petua Terbaik Untuk Ibu-Ibu Elak Membazir!

Share

Santan kotak kalau kita beli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.

Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Hafizah Hayat di facebooknya ini boleh kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.

Ya Allah , kenapa la boleh tak terfikir .
Packing kecik-kecik , letak kat tempat beku.

Nak pakai nati defrost danblend guna air panas.
Santan pon tak ketul -ketul .

Terima kasihlah owner gambar , share ilmu ni . Kalau tidak sampai kesudah takut beli santan kotak besar .Yela takut tak habis dan basikan.

Salam Ramadan Dari kakbunga sekeluarga

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi tip apabila menggunakan santan kotak besar. Menurut Saudari Diana Afiqah, selepas menggunakan santak kotak, kelepet kan atas dan boleh digunakan lagi santan tu jika diperlukan.


Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.

Caranya:
1. Basahkan kertas surat khabar.

2. Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah.

3. Bungkus kemas dan simpan di dalam peti sejuk.

4. Hasilkan santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santannya.

Kredit: Nelisa Sofea

IKLAN