Santan kotak kalau kita beli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Hafizah Hayat di facebooknya ini boleh kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ya Allah , kenapa la boleh tak terfikir . Packing kecik-kecik , letak kat tempat beku.
Nak pakai nati defrost danblend guna air panas. Santan pon tak ketul -ketul .
Ads
Terima kasihlah owner gambar , share ilmu ni . Kalau tidak sampai kesudah takut beli santan kotak besar .Yela takut tak habis dan basikan.
Salam Ramadan Dari kakbunga sekeluarga
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi tip apabila menggunakan santan kotak besar. Menurut Saudari Diana Afiqah, selepas menggunakan santak kotak, kelepet kan atas dan boleh digunakan lagi santan tu jika diperlukan.
Ads
Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.
Penggunaan media sosial diakui menjadi keutamaan bagi kita semua dan sering dianggap penting sebagai medium untuk berkongsi cerita apa yang berlaku di dalam kehidupan sehari-harian.
Bahkan bila dilihat senario masa kini, hingga ada yang berlebih menunjuk-menunjuk kemewahan, kekayaan dan harta yang dimiliki di media sosial. Trend ini dilihat tidak sihat dan atas sebab itu terpanggil untuk Peguam Nor Zabetha berkongsi pandangan dan pengalamannnya yang diharapkan dapat memberi pengajaran untuk kita semua.
Budaya ‘Fit In’ Jadi Ikutan
Macam-macam cara orang gunakan untuk ‘fit in’. Hendak sesuaikan diri atau juga hendak menjadi ‘champion’ atau hebat di mata masyarakat. Tambah pula zaman media sosial ini. Sebab itu wujud budaya seperti ‘flex’. Barangkali juga untuk mendapat perhatian dan ‘respect’ orang ramai.
Cumanya, kalau terlalu diikutkan sangat ‘trend’, lama-kelamaan mengundang rasa marah, benci atau kecaman orang awam. Niat asalnya, kita hendak orang lihat dan nampak kita hebat.
Berpada-pada. Sudah cukup baik. Melihat video seperti influencer menunjukkan koleksi jamnya, “Oh! Ini tak mahal sangat. Ini harganya berapa ratus ribu je”.
“Takkan saya hendak tunjuk kaya saya sehingga saya hendak tunjuk duit berjuta dalam peti besi tu”.
Ada juga influencer yang tercabar bila diperli asetnya masih dalam pinjaman bank, untuk membuktikan dia susun duit-duit dalam peti di rumahnya dan menceritakan bahawa ada jutaan ringgit lagi.
Saya selalu terfikir apa tujuan perbuatan yang begini. Untuk dilihat hebat? Untuk disanjung? Jika itu tujuannya, di ruang komen yang saya baca bukan kata-kata pujian tetapi sebaliknya.
Yang Kecil Pun Tahu Membanding Jenama
Budaya begini sudah menjadi ikutan pula dalam masyarakat kita. Malahan menjadi ikutan remaja-remaja dan generasi baru. Yang kecil pun sudah tahu membandingkan jenama.
Kalau ke sekolah berbag Smiggle itu pastinya hebat. Jenama mengambarkan status antara mereka dan menyebabkan rasa penting dan hebat anak-anak ini.
Siapa yang tidak pernah melalui zaman yang tidak ‘terikut-ikut’ waktu remaja ini. Majoriti kita, sudah tentu pernah. Kita hendak ‘fit in’ supaya tidak terasa terasing dari kawan-kawan. Supaya nampak sama-sama hebat.
Teringat kisah sendiri, waktu mula-mula di Universiti dulu. Saya ini pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di taman perumahan, ibu saya sewaktu membesarkan kami adalah seorang kerani. Jadi kami tidak mewah.
Kalau disebutkan segala jenama barangan mahal memang tidak tahu. Secret Recipe atau kedai yang lebih kurang sama, belum pernah jejak kaki sehinggalah mula bekerja sendiri. Kalau ada makan di Universiti pun, kawan-kawan yang belanja. Waktu menbesar, makanan seperti KFC dan McDonald pun sekali-sekala.
Jadi apabila ke Universiti, latar belakangnya berbeza-beza. Kehidupan baru buat saya dan mengenali manusia baru. Ada beberapa kawan yang saya kenali sangat peka dan ambil tahu tentang jenama. Kadangkala bila bersembang jenuh kepala saya menangkap apa yang disebut.
Selalunya saya tidak menyampuk dan diam sahaja bila masuk topik begini. Perkara saya tidak tahu, jangan tunjuk pandai. Waktu ini usia saya baru 18 tahun. Telefon paling canggih waktu ini Nokia 3310. Tidak sama macam telefon Android atau Iphone sekarang. Kalau tidak tahu, kita terus Google sahaja.
“Beth pernah pergi Kinokuniya?”
Satu hari, seorang rakan rancak bercerita. Nama-nama restoran yang ada di Mall, kedai itu dan kedai ini. Tiba-tiba dia tanya soalan “Beth pernah pergi Kinokuniya?”. Saya terdiam dan tergamam. Aduh! Waktu ini hendak jujur atau kita kena cuba ‘fit in’ supaya kelihatan ‘cool’.
Tidak sempat buat keputusan. Masa hanya tinggal beberapa saat untuk menjawab. Baik! Saya ‘fit in’. Dengan yakinnya saya jawab “Tak pernah makan lagi dekat restaurant Jepun. Sedap ke?”.
Maka terdiamlah kawan yang bertanyakan soalan. Hendak dia ketawakan biadap. Seorang lagi pun terdiam. Kami terdiam beberapa saat.
Sambil rakan saya itu, kelihatan jelas hendak mematahkan jawapan yang paling ‘innocent’ dan betapa dia tidak sampai hati menjelaskan Kinokuniya adalah sebuah kedai buku yang terletak di KLCC. Kami semua diam.
Sejak itu, saya lebih peka dan ambil tahu tentang hal-hal begini. Cuma patutnya waktu itu, jika saya tidak tahu, eloklah saya jujur sahaja. Barangkali jiwa remaja dan tidak mahu ketinggalan selepas masuk ke dunia baru iaitu Universiti.
Alhamdulillah, apabila mula bekerja dan kehidupan yang lebih bagus. Rezeki juga murah dan diberikan kelapangan untuk mencuba segalanya.
Beberapa perkara yang saya belajar tentang kehidupan. Jika hendak dihormati tidak sepertinya dengan menayangkan atau membuktikan apa yang kita ada. Biarlah kejayaan kita ‘bercakap’ sendiri. ‘Action speak louder than words’.
Paling utama ‘Just be yourself’. Hendak cuba ‘fit in’. Hendak jadi orang lain yang bukan diri sendiri, sangat memenatkan sebenarnya kerana kita hidup untuk memuaskan anggapan orang lain. Penat untuk puaskan hati manusia kerana tidak pernah puas.
Kalau bukan diri kita, mengaku sahaja bukan. Orang lebih sayang dan suka dengan manusia yang jenis merendah diri dan jujur. Menjadi manusia begini hatinya tenang dan tidak memenatkan.
Jadi diri sendiri dan ada dengan mereka yang boleh menerima kita seadanya.
Alangkah enaknya kalau waktu panas-panas ini kita sekeluarga dapat menikmati minuman cendol dalam keadaan selesa di rumah. Memandangkan cendol merupakan minuman yang cukup popular dan menjadi treadmark sepanjang masa.
Sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni. Mana tahu, bermula dengan suka-suka untuk menyediakan cendol untuk keluarga, menjadi titik tolak bermulanya langkah anda untuk berniaga dan seterusnya menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan di masa akan datang.
Jom semak bagaimana cara penyediaannya.
CENDOL
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Melihat orang tersayang tersenyum gembira sudah membuatkan hati kita rasa bahagia kan. Biarpun pemberian kita tidak seberapa namun ingatan dan rasa dihargai membuatkan hadiah yang diterima itu luar biasa lumayan.
Bab berkongsi dan memberi memang cukup sinonim dengan kaum ibu kan. Benda simple seperti resipi pun boleh dikongsi, belum lagi tentang tudung, pakaian dan pelbagai lagi.
Itulah naluri seorang wanita yang suka memberi kepada orang yang mereka sayangi. tanda diri sangat menghargai. Baik kepada anak, suami, ahli keluarga mahupun rakan-rakan.
Bahkan, perkongsian yang dimuat naik saudara Redza Zainolini menunjukan betapa kegembiraan dan kebahagiaan seseorang wanita itu bila mana dapat melihat atau menggembirakan orang lain. Dengan kata lain, mereka lebih memikirkan orang lain berbanding diri sendiri.
Ada satu pagi, isteri saya minta bukakan bungkusan yang baru sampai.
Saya tengok ada 3 bungkusan. Bungkusan pertama ada tudung. Bungkusan kedua ada benih tumbuhan.
Baru saya nak buka bungkusan ketiga, dia dah datang dan buka sendiri.
“Barang kemas siapa punya ni?”
“Takde, saya beli untuk kawan. Nanti dia nak datang, tak tahu nak hadiahkan apa. Tu yang saya belikan untuk dia. Kawan dunia akhirat ni.”
Terkedu juga saya. Dalam hati saya cakap, “Dasyatnya hadiah yang dia nak bagi kawan.”
Tudung dan benih tu pun bukan untuk diri sendiri. Dia beli untuk adik beradik dan mak.
Malam tu, saya tak boleh tidur. Asyik terfikir kenapa isteri suka hadiahkan macam-macam pada keluarga dan kawan.
Untuk diri saya pun, macam-macam yang dia belikan. Saya pura-pura cakap tak suka. Tapi bila saya fikir-fikir balik, saya seronok sebenarnya dapat hadiah ni.
Yang pelik tu, kalau jumpa barang yang dia suka dan memang nampak elok, mesti dia cakap tak apa lah. Lain kali boleh beli katanya.
Eh, geram pula saya.
Dulu pernah kasut dia dah lusuh, saya bawa dia pergi ke 3 buah kedai kasut. Siap pujuk macam-macam barulah dia nak beli untuk diri sendiri.
Membebel juga saya ni, “Untuk anak-anak dan saya awak beli macam-macam, cubalah beli untuk diri sendiri pula.”
Bila dah beli barang dia, nampak dia senyum siap tersengih-sengih. Dia punya gembira, saya rasa sampai bawa ke alam mimpi. Haha.
Lama-lama baru saya faham. Selama ni yang isteri saya sibuk beli barang secara online tu, dia belikan untuk orang lain.
Beli untuk mak, beli untuk anak-anak, beli untuk saya, beli untuk kawan.
Untuk diri sendiri, dia kata kemudian pun tak apa.
Dalam satu buku, diceritakan yang lelaki tu ialah “hunter”. Mereka keluar rumah dan membawa balik makan dan minum untuk keluarga.
Wanita pula ialah “gatherers”. Mereka suka mencari barang-barang untuk keluarga.
Bila wanita dapat jumpa barang yang dicari dan diberi pada ahli keluarga serta orang yang mereka sayang, itulah titik bahagia buat mereka.
Sejak dulu, wanita tu sifatnya memang suka lebihkan orang lain dulu banding dirinya sendiri.
Dan bila suami balas semula usaha isteri tu dengan beri perhatian, luang masa mendengar dan beri hadiah pada isteri, titik bahagia tu makin membesar dan memenuhi tangki emosinya.
Itulah bahagia.
Bantu saya #sebarkan perkongsian ni pada pasangan yang lain. Moga ada manfaat pada kita semua.
Saya kongsikan lebih banyak ilmu kesihatan kanak-kanak dan kekeluargaan di Channel Telegram. Klik sini https://t.me/NotaRedzaZainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.