Bila melakukan sesuatu dengan adanya minat dan ilmu pasti akan mendatangkan hasil yang memberi kepuasan pada diri.
Ini sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang suami ini tentang minat dan kecintaan isterinya dalam bercucuk tanam.
Siapa sangka dari suka-suka berkebun sayur kini menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat mereka sekeluarga.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya dan semoga dapat menyuntik inspirasi buat yang membaca.
Tip Macamana Isteri Buat Duit Poket Dari Tanam Sayur Keliling Rumah
Saya ada satu cerita.
Saya tinggal dikampung di Muar, Johor. 178km dari bandaraya Kuala Lumpur. Isteri saya berasal dari Klang. Dibesarkan dibandar.
Tetapi dia ni berjiwa kampung. Satu masa dulu masa baru kahwin saya pernah lihat dia duduk sendiri disatu sudut. Rupanya dia sedang asik tengok semut dan siput babi berjalan. Dikampung perkara itu biasa. Tapi bagi dia satu perkara yang luar biasa.
Hari ini setelah lebih 20 tahun kami bersama. Cintanya pada kampung makin mendalam. Sebenarnya dia seorang guru, baru kerja setahun ikut saya ke UK. Balik dari UK dia jaga arwah mak saya yang perlu pemerhatian kesihatannya. Itu sebab dia tak kerja. Lagipun anak kami sembilan orang. 14 kali satu hari berulang alik hantar anak pergi balik sekolah.
Ads
Sebenarnya orang perempuan ni lebih cekap dari lelaki. Saya bukakan dia bisnes catering. Boleh tahan juga banyak job kerja kahwin bila cuti. Tapi semua dah pekerja buat sebab dah 7 tahun kami buka. Bukanlah besar tapi cukuplah pusing gaji pekerja. Setiap minggu masakan 2K-3K untuk 3 event. Kami memang tak ambil banyak-banyak.
Hari ni bukan saya cerita nak puji. Tapi saya fikir saya harus berkongsi. Tika ramai yang bermasalah dengan PKP dan ekonomi yang makin mencabar. Saya kongsikan tip bagi wanita diluar sana yang boleh buat duit dari tanam sayur tepi rumah. Lebih lagi kalau duduk kampung. Boleh juga bantu suami untuk keperluan keluarga.
Tip buat duit dari tanam sayur.
1. Pertamanya perlu ada kehendak dan kemahuan. Sistem fertigasi tak sesusah mana. ianya boleh dijalankan oleh seorang wanita. Tak ada perkara yang berat-berat. Sambil ambil anak dari sekolah dan memasak boleh ada projek fertigasi sendiri. Mulanya isteri buat dari suka-suka sekarang sudah menjadi hobi.
Ads
2. Pada mulanya isteri saya menanam sayur hanyalah untuk readah. Rasa relax bila melihat sayur menghijau. Niatnya bila ada sayur boleh sedekah kat jiran-jiran dan guna sendiri sebab sayur kami tak ada bahan kimia. Sihat untuk dimakan anak-anak.
3. Jadi aktiviti kami anak beranak. Pagi-pagi pergi kebun dapatkan peluh. Anak-anak tolong bersihkan kebun bila hari cuti sekolah.
4. Kini isteri saya menanam lebih 10 jenis sayuran dikebun kecilnya. Ada timun, timun jepun, petola, cili besar, cili padi, terung, cemur, tomato, sawi, kangkung, bendi dan lain-lain yang diselang selikan.
5. Hampir 3 tahun kami menanam. Pembekal berebut nak ambil sayur kami kerana segar dan kurang menggunakan racun kimia dan banyak menggunakan racun organik. Itu tanggung jawab kita supaya yang membelinya lebih sihat.
Ads
6.Buat wanita diluar sana. Jika serious mungkin setengah ekar je tanah anda boleh menjana sama dengan gaji cikgu gred 48 hanya berkebun part time. Boleh cari duit jajan. Sayur boleh petik petang atau pun pagi.
Apa tidaknya sekali hantar sayur dapat RM300. Sebulan dah berapa. Dah Ada duit sikit boleh panggil kawan-kawan kampung tak ada kerja upah petik cili dan lain-lain kerja. Kalau dah OK, suami pun boleh Bersara awal fokus berkebun.
Saya bukanlah sifu dalam pertanian. Tapi bolehlah berkongsi macam mana pasang sistem fertigasi. 1000 polybeg kalau buat sendiri modal cuma 3-4K je. Masalahnya macam mana nak buat sendiri. Sebenarnya senang. Asal tahu konsep boleh je minta tolong abang, adik, jiran buatkan.
Jangan suka lagi
Jangan kata semua tu tak ada modal. Tentu Ada modalnya, tapi terpulang masing-masing macam mana nak pusing-pusing. Jangan buat banyak dulu. Buat 500 polybeg je dah cukup. Dah pandai jaga pokok boleh buat besar lagi.
Sebenarnya baik kalau boleh jumpa dan ajar macam mana nak buat sistem fertigasi juga tanam sayur. Tapi Saya faham masalahnya masa Dan jarak ke Muar jauh. Lebih lagi musim PKP ni Saya percaya ramai yang minat bertani walaupun kecil-kecilan kat belakang rumah. Dari semak baik diusahakan.
Dari hobi sebenarnya boleh jadikan pendapatan. Saya memang ada anjurkan kursus penanaman cara fertigasi. Saje suka tengok anak melayu kita sesama maju. Saya faham ramai antara isteri kita berurusan dengan kerja, anak-anak dan kerja rumah.
Sekarang ni nak mudah, tak perlu nak bercat, tampal je wallpaper untuk naikkan seri rumah. Ada yang rajin setiap tahun mesti nak bertukar wallpaper, tapi risau kalau cat dinding di bawahnya akan tertanggal sekali dek gam wallpaper tu.
Haaa ini ada teknik mudah untuk anda tanggalkan wallpaper tanpa merosakkan cat asal di bawah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @shah_gegar . Jom lihat caranya!
CARA TANGGALKAN WALLPAPER DI RUMAH TANPA ROSAKKAN CAT
Bahan-bahannya:
– Softlan
– Pengikis (scrapper)
– Botol Spray
– Air panas
Cara-caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam botol air.
2. Kemudian masukkan sedikit softlan.
3. Masukkan pula air paip.
4. Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.
5. Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray. Biarkan kembang seketika.
6. Kemudian gunakan scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.
Hasilnya memang terbaik. Memang confirm takkan tertanggal cat. Selamat mencuba!
Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak-anak berjaya bila besar kelak. Justeru, pelbagai cara dan pendekatan digunakan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha.
Gemar berkongsi aktiviti anak-anak-nya, cara Hanis mendidik dan mengajar menjadi contoh terutama buat pasangan muda di luar sana. Tidak hairanlah ramai yang menjadikan isteri kesayangan Hairul Azreen ini sebagai ibu idola.
Manakan tidak, caranya yang cukup lemah lembut dan sentiasa sabar dengan anak-anak membuatkan ramai yang memujinya. Apatah lagi, kecerdikan dan kecomelan anak-anak membuatkan ramai geram.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Terbaru, Hanis memuat naik beberapa video anak-anaknya sedang belajar di rumah. Didalam video tersebut kelihatan seorang guru perempuan Rupa-rupanya Hanis dan Hairul tutrut menyediakan guru untuk mendidik anak-anak mereka.
Memberi gelaran ‘nanny’ kepada guru berkenaan, kelihatan dia sedang mengajar Yusuf dan Alisa beberapa aktiviti.
Kids activity ideas by their nanny, Aunty Kiera ❤️,’
Demikian kapsyen yang dimuat naik Hanis bersama video dan sekeping gambar guru berkenaan bersama Yusuf dan Alisa.
n.hdyhabdullahsangat bagus aktivti mcm nie utk anak² yg baru membesar.. meransang diaorg pnye psiko motor halus kasar.. kipidap aunty kiera yusuf dan alisa😍😍
raihanahafidz98Walaupon x penah jumpa. Tp fall in love sgt dgn dua beradik ni🥺 abg pon gentleman sgt, tggu adik buat then betulkan. X berebut👍
nazureenaida rasa macam tengah belajar sekali, seolah-olah ada kat situ 😩 best tengok nanny diorang ni pandai layan diorangg!! 👍🏻
ainnrahmatAlahaiii lovenya you both Yusuf and Alisa 🥰❤♥️ semoga nanti kak ain kahwin, kak ain dikurniakan zuriat yg soleh & bijak like you both. Ameen 🤍
kakarara75Sebab nak tengok anak haniszalikha laa sis appload instagram ..tertarik kecomelan Yusof and Alisha
Dr Hamid Arshat bukan sahaja Dr Pakar Sakit Puan, bahkan beliau merupakan antara individu yang sentiasa memuat naik perkongsian yang sangat bermanfaat dan boleh jadi panduan dalam hidup kita.
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hidup, perlu kuat iman dan taqwa, perlu gaya hidup sihat tanpa stress, berilmu dan kemahiran tinggi, berdisiplin, bijak dalam pengurusan, berakhlak mulia dan kuatkan Silaturrahim.
Itu antara intipati pesanan Dr Hamid buat cucunya yang dimuat naik di facebook pada tahun 2007 namun diulang tayang semula tahun ini.
Moga ia bermanfaat untuk semua.
PESANAN KEPADAA CUCU2 SAYA SEMPENA TAHUN BARU 2017
Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat. Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.
1. Tidur awal. Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil ‘power nap’ antara 10 – 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.
3. Bangun awal. Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak. Baca doa bangun tidur ‘Alhamdulillahi lazi ahyayna ba’da amatana wa alaihinusyur’ disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri. Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah. Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain
3. Sarapan seperti raja. Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja. Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug. Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.
4. Supplemen vitamins dan lain2. Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 – 2 gm sehari. Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.
4. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan. Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain. Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar. Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan. Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.
5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari. Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah. Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.
6. Exercise paru2, mata dan kaki. Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk. Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.
7. Amalkan catit dalam buku jurnal dan diari. Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar. Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2. Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.
8. Catitkan cita2, azam dan sasaran di merata2 tempat. Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek. Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.
9. Amalkan baca dan terus membaca. Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia. Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.
10. Uruskan masa dengan bijak. Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2. Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan televisyen atau bermain video games.
11. Banyak minum air. Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ. Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam. Minum juz buahan segar – air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi. Minum air halia atau cuka apel debgan madu.
12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja. Jadi orang yang ‘action oriented’ yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa. Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.
13. Sangka baik terhadap orang lain. Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain – kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain. Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.
14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain. Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan – nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.
15. Cakap lunak dan sedap didengar. Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah. Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
16. Senyum dan ucap salam selalu. Jangan terlalu serius. Senyum dan ketawa boleh kurangkan mental stress. Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Mungkin ini akan membuka pintu perkenalan.
17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan. Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali. Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri. Jangan buang tenaga membenci orang lain. Sedia memaafkan orang lain – satu pahala besar dari Allah.
18. Terima teguran dan pendapat orang lain. Jangan cuba menang dalam semua perbincangan. Menerima dan menghormati pendapat orang lain boleh menjadikan kita dihormati walau pun mungkin kita tidak setuju. Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.
19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.
20. Kawal kemarahan. Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.
21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya. Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.
22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita. Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan ‘alhamdulillah’. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.
23. Muasabah diri. Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.
24. Kegagalan tangga kepada kejayaan. Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.
25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah. Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.
26. Jadi seorang pemberi dan pemurah. Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.
27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong. Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak. Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.
28. Mengetahui had diri. Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat. Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. ‘Reach out’ kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam. Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.
30. Janji mesti ditepati. Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati. Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.
31. Bijak mengurus kewangan. Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB. Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu. Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded. Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai. Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun. Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.
32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa. Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting. Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.
RUMUSAN Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup. Perlu kuat iman dan taqwa Perlu cara gaya hidup sihat tanpa stress. Berilmu dan kemahiran tinggi. Berdisiplin. Bijak dalam pengurusan. Berakhlak mulia. Kuatkan Silaturrahim.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.