Sehingga ke hari ini, tiada sesiapa mengetahui punca pasangan romantik Brad Pitt dan Angelina Jolie bercerai. Namun, baru-baru ini, terbongkar fakta baru mengenai kisah keganasan rumah tangga yang terjadi di antara kedua-dua pasangan ini.
Menerusi dokumen mahkamah yang didedahkan sepanjang keduanya bercerai, Jolie mendakwa Pitt telah mencekik salah seorang daripada enam anak mereka, memukul salah seorang yang lain pada bahagian muka dan menarik rambut serta menghempas dia di dalam sebuah pesawat peribadi.
Insiden tersebut berlaku pada September 2016 sewaktu mereka dalam perjalanan dari Perancis ke California.
Ia telah meninggalkan trauma yang dalam terhadap anak anak mereka dengan Jolie mengatakan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan siku.
Ads
Lima hari selepas kejadian yang amat mengerikan itu, Jolie memfailkan penceraian diikuti menjual pegangan bersama dalam pemilikan ladang dan kilang anggur pada September 2021.
Pitt bagaimanapun tidak bersetuju dan memfailkan saman terhadap Jolie kerana telah menjual ladang dan kilang anggur yang dimiliki bersama.
Ads
“Dia telah cuba membuat yang terbaik untuk melindungi anak anak mereka. Namun selepas Pitt mengeluarkan saman dan membekukan beberapa aset kerja bersama, ia memaksa Jolie untuk mendedahkan masalah mereka kepada umum,” tulis kenyataan yang dikeluarkan peguam Jolie seperti dilaporkan DailyMailuk.
Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.
Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.
Menyentuh perihal mendidik anak, seringkali kita dengar ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam mencoraknya kerana anak-anak itu ibarat kain putih.
Pun begitu bukan mudah untuk mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Sering kali juga jika berlaku masalah berkaitan dengan anak, mulalah ibu ayah menyalahkan antara satu sama lain kerana kononnya tidak pandai mengajar anak.
Apatah lagi ada segelintirnya tidak sabar, akan mula lah bergaduh setiap hari hingga memberi kesan pada sikap anak-anak pula.
Bahkan menurut perkongsian Adlil Rajiah, ada suami isteri yang suka menyalahkan satu sama lain bila ada benda tak kena dengan anak.
“Anak suka marah2, ikut perangai awak la ni.”
“Anak ketagih gajet, sebab awak la ajar dia.”
“Anak kurang ajar sebijik macam awak.”
Kalau macam ni la cara kita handle conflicts, bila entah malaysia nak maju
Saling menuding jari, saling menyalahkan, saling mengungkit. Memang la takde apa yang akan selesai.
Apa yang kita dapat bila saling menyalahkan, menuduh, mengungkit depan anak2?
Habuk pun tak dapat.
In fact, hati anak2 makin pecah bila tengok mak bapak saling menjatuhkan maruah. Serta merta hilang rasa hormat terhadap mak bapak.
Dan lama2, anak pula yang terbawa-bawa perangai “suka menyalahkan orang lain”.
Itu ke yang kita nak?
Please, parents. Jangan diikutkan sangat ego, nafsu dan emosi tu. Stop being emotionally immature.
TERUS FOKUS FIKIR PENYELESAIAN
Bukan fikir salah siapa. Tak payah buat perangai ahli politik depan anak2. Kita jauh lebih matang daripada tu.
Everytime ada isu dengan anak, ingat—itu anak KITA. SAMA2 BERTANGGUNGJAWAB.
Ini lah masanya kita tunjuk pada anak— kebersamaan dan teamwork ibu bapa dalam menyelesaikan konflik.
Cari satu masa, duduk berdua, bincang.
Bukan argue siapa punca atau siapa salah.
Itu semua tak selesaikan apa2.
Anak kat depan mata kita sekejap je, tuan puan. Jangan buang masa bergaduh.
Dapat detect satu masalah, terus cari jalan.
Tak tahu, tanya. Baca buku. Cari ilmu.
Tanya pakar. Minta bantuan.
Jangan cakap takde masa.
Buat anak dulu ada masa pulak.
Peranan kita ialah bimbing anak sampai mereka BOLEH HIDUP TANPA KITA. Bukan buat diorang confused dengan perangai kita.
Cara kita dan pasangan mendidik anak tak semestinya sama, and that’s okay.
Asalkan halatuju tu sama.
In parenting, TEAMWORK IS KEY.
Baru lah anak tak keliru, tak hilang hormat, dan pandai handle conflicts.
Perangai anak2 ni tak datang tiba2, semuanya bersebab dan dibentuk setiap hari.
Kalau dah anak tengok mak bapak bergaduh dan saling menyalahkan setiap hari, what kind of behaviour yang kita expect daripada mereka? Takkan soleh solehah pulak?
Pulihkan apa yang di dalam diri kita sendiri dulu. Build positive and supportive husband-wife relationship, dan insyaAllah anak will follow accordingly.
Ingat, anak takkan ingat nasihat atau pengorbanan kita. Tapi mereka akan ingat sampai bila2—apa yang kita buat mereka RASA. Selamat termenung,
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Komunikasi di dalam sesebuah rumah tangga amat penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri. Lagi-lagi jika tinggal berjauhan dengan pasangan. Kekangan bab kerjaya mahupun keluarga menuntut pasangan untuk berjauhan.
Dalam keterpaksaan melangkah kaki meninggalkan pasangan yang dicintai demi mencari rezeki. Dipanggil Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).
Seorang di utara, seorang di selatan menyebabkan hubungan adakalanya alami masalah. Tambahan bila dah ada anak, keadaan begini pasti akan lebih sukar. Namun, pasangan yang mengalami keadaan sebegini, perlu positif dengan apa yang dihadapi. Pasti ada hikmahnya.
Berjauhan bukan alasan untuk anda mengabaikan pasangan, sebaliknya masing-masing kena praktik tip untuk mengeratkan hubungan cinta suami isteri. Justeru, jarak tidak akan menjadi masalah dalam rumah tangga.
Hari tu saya ada dapat kes suami tekanan sebab tinggal jarak jauh dengan isteri. Kita biasa panggil PJJ.
PJJ ni istilah pendek untuk Percintaan Jarak Jauh. Haa! Nama pun sweet. Tapi berjarak fizikal. Seorang dekat Perlis sana, seorang dekat KL.
Mulanya baik-baik aja. Tapi lama-lama mesti ada hal yang buatkan mereka kerap bergaduh. Iyalah bila dah berjarak ni, ada sahaja hal yang jadikan mereka salah faham.
Iya, kita faham. Hidup rumahtangga yang macam ni tak mudah. Saya pun ada ramai kawan-kawan yang begini. Mereka ada kongsikan dengan saya beberapa tips.
Ini tips untuk rumahtangga PJJ;
1. Kena selalu berhubung.
Sekarang dah banyak medium nak berhubung. Berhubung yang ini kita fokus pada mesej. WhatsApp ada, Telegram ada atau FB messenger pun ok. Tak kesah lah kalau terpaksa mesej pagi, petang, siang, malam.
Supaya pasangan kita tahu, kita selalu ambil berat tentang dia.
2. Hantar pesanan bergambar.
Maksudnya hantar lah gambar selalu. Macam orang bercinta, kan selalu hantar gambar selfie. Dah kalian tinggal seorang, memang selfie lah kerjanya.
Tengah masak pun hantar gambar, tengah jem hantar gambar, dekat pasar hantar gambar. Kadang tengah kena marah dengan bos pun sempat hantar gambar.
3. Telefon hari-hari.
Ini antara tips yang paling utama dia kata. Dengar suara pasangan kita. Kalau duduk serumah, boleh bersembang bila masing-masing dah balik rumah.
Kalau duduk berjauhan ni, kena juga dengar suara pasangan hari-hari. Ini terapi dalam rumahtangga. Suara dan kata-kata pasangan kita tu, kadang jadi ubat ketenangan.
Alah nak bercakap telefon sekarang dah murah. Kalau pakai WhatsApp call tu, kalian boleh bercakap tanpa henti berjam-jam. Sebab pakai data internet.
Kalau ambil pakej famili dengan telco, boleh dapat pakej telefon tanpa limit. Telefonlah 24 jam pun tak apa.
4. Tulis kad atau surat cinta ke pasangan.
Ini rare. Tapi yang biasa buat akan rasa istimewa. Kalian yang PJJ kan duduk rumah asing-asing. Haa! Kirimlah surat.
Tak payah tulis panjang-panjang, tulis sikit sikit pun tak apa. Sembur pewangi sikit, lepas tu pos.
Pasangan PJJ je mengerti perasaan bila surat ni sampai. Kan?
5. Bagi hadiah.
Ini biasanya buat kejutan (baca surprise). Sekarang pun dah banyak servis hantar bunga, belon, teddy bear, kek dan macam-macam lagi.
Kalian order, nanti sampai lah ke rumah atau tempat kerja pasangan.
Ada lagi best, tempah Grab Food hantar terus ke rumah pasangan kalian. Ini pun sedap. Hari tu isteri saya buat ke saya masa dia dalam wad. Kahkah.
Dia dalam wad, saya dengan anak-anak dekat rumah. Punyalah dia fikirkan kami ni, tahu-tahu Grab Food sampai hantar makan. Terharu weh!
6. Ini poin penting. Kalau berlaku salah faham, telefon dan bincang terus.
Hal kalau dah sampai level kena bercakap serius dan key tinggi, kalian telefon lah terus. Hubungi dan bercakap guna suara terus.
Elakkan berbincang hal penting guna mesej. Mesej dekat WhatsApp ni tak ada suara. Kadang intonasi kita bagi lain, pasangan kita faham lain.
Sudahlah tengah bercakap hal salah faham, bertambah keruh lagi lepas tu bila dia salah tafsir maksud mesej kita.
Begitulah. Ada banyak lagi. Tapi ini yang saya rasa utama. Soal nak kena jujur, percayakan pasangan itu dah jadi soal nombor 1 lah. Kita tak bercakaplah tentang itu.
Kalau itu pun kalian tak buat, barailah cerita dia.
Baik, rumahtangga PJJ ini ujian dia besar. Maka, tak ada lain kekuatan yang kita harap dalam menghadapi hari-hari kita cuma pada Allah.
Setelah usaha yang kalian buat atas rumahtangga kalian, serahlah kepercayaan dan keyakinan kalian pada Tuhan. Berbaik sangka tanpa ada ragu sedikit pun.
Jaga hubungan kalian dengan Allah. Sembahyang jaga. Ini paling utama. Maksiat jauhkan. Mudah-mudahan Allah pelihara rumahtangga kalian selamanya.
Amin.
Firdaus Mokhtar, Pesanan ini untuk suami isteri PJJ sahaja tahu. Bukan pakwe makwe PJJ. Aku sebat kau karang kalau pakwe makwe PJJ nak amal tips ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak kenal dengan selebriti popular, Neelofa yang sebelum ini berupakan pengacara bagi program Meletop.
Sejak mendirikan rumahtangga bersama suaminya PU Riz, Neloofa banyak mengurangkan aktiviti seninya dan fokus pada perniagaan dan keluarga.
Kini Neelofa sedang mengandungkan anak kedua selepas mendapat anak lelaki sulong, Muhamad Bilal.
Menerusi video di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menjawab pertanyaan ‘nak berapa orang anak’. Jawab Haris, 28, Neelofa mahukan bilangan anak seperti satu pasukan bola sepak.
Seingat saya, dia (Neelofa) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja.
Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya.
Sementara itu, Neelofa menyatakan Haris bertuah kerana dikurniakan isteri yang seronok memiliki ramai anak. Kata hos Next To Neelofa 2 ini, dia tidak pernah mengehadkan jumlah anak selagi mempunyai kudrat untuk menguruskan.
Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menekankan ibu bapa perlu berkemampuan untuk menjaga dan membesarkan anak-anak.
Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.