
Che Ta bukan mak mentua cerewet – “Nanti menantu takut nak balik rumah kita.” Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.
Sebaliknya, dia lebih memilih untuk menyemai kasih dan menjaga hubungan baik dengan bakal menantu demi kesejahteraan keluarga.
“SAYA BUKAN SEJENIS MAK MENTUA YANG CEREWET. KALAU NAK CEREWET DENGAN MENANTU, TAKUT NANTI ANAK KITA TAK NAK BALIK RUMAH KITA.
Nak pikat anak kita, kena pikat dulu menantu,” ujar Che Ta.
Pelakon yang sinonim dengan watak Kiah Pekasam itu turut mendedahkan bahawa pendekatannya terhadap bakal menantu banyak dipengaruhi oleh pengalaman peribadi bersama bekas ibu mentuanya.
“Saya belajar daripada pengalaman bersama bekas ibu mentua saya dulu. Dia tidak pernah menyuruh dan memaksa saya.
Contohnya dia akan cakap hari ini mama buat pulut kuning, teringat kat Rozi, Rozi kan suka. Secara tidak langsung dia nak suruh saya balik rumah dia.
Jadi saya belajar semua benda tu daripada dia dan saya akan gunakan cara yang sama untuk bakal menantu saya nanti,” katanya lagi.
Untuk makluman, sekitar Ogos tahun lalu, Che Ta pernah berkongsi perihal persiapan merisik bakal menantunya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak sulungnya, Ammar Effendy, 29. Pasangan ini dijangka akan bernikah dalam masa terdekat.
Sumber: Kosmo online
Baca artikel lain juga: Aaisyah Dhia Rana Anak Dara Che Ta, Pakailah Apa Sahaja, Nampak Elok Terletak
Wanita Awet Muda Bila Pakai Emas, Ini Tip Beli Barang Kemas Macam Che Ta
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my