Keletah anak dara pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering menjadi tumpuan ramai. Menginjak usia 9 tahun, Aaisyah memang gemar bergaya. Apa sahaja yang digayakannya sentiasa nampak ‘terletak.’
Persis seorang model, sama seperti ibunya yang mesra disapa Che Ta, gadis kecil ini bijak mengatur langkah ketika berada di depan kamera. Setiap gaya yang ditampilkannya menarik perhatian ramai terutama ketika beraksi persis seorang model.
Aaisyah Dhia Rana Anak Dara Che Ta
Aaisyah ternyata menjiwai watak dan menunjukkan riak wajah seperti model berpengalaman sedangkan dia baru berusia sembilan tahun. Bermacam-macam aksi comel Aasiyah dapat kita lihat dari dahulu hingga kini. Gaya bercakap dalam loghat utara pula adakalanya mencuit hati.
“Ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. Tak boleh cari makan ibunya nanti,”
Jom kita jamu mata antara gaya comel Aaisyah Dhia Rana.
Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Besar Khaleeda Bustamam meluangkan masa menyantuni remaja perempuan Sindrom Down, Bella, 13, dalam satu majlis tertutup di sini pada Jumaat.
Pertemuan tersebut dikongsikan dalam Facebook dan Instragram Che’ Puan Besar yang memuat naik beberapa keping gambar ketika meluangkan masa melawat Bella dan rakan-rakannya.
Menerusi hantaran tersebut, Che’ Puan Besar Khaleeda memaklumkan Bella yang sebelum ini menjadi mangsa dera telah dipindahkan ke Johor Bahru.
“Pada masa ini, adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu.
“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan perkara ini khususnya Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin-Nisa Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor,” kata Che’ Puan Khaleeda.
Che’ Puan Khaleeda merupakan antara individu lantang memperjuangkan kes penderaan kanak-kanak yang menimpa kanak-kanak istimewa seperti Bella selepas dianiaya dan diabaikan ketika berada dalam jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.
Pada 3 Mei lalu, Che’ Puan Khaleeda merakamkan penghargaan kepada aktivis, peguam lantikan Tunku Ismail, pasukan pendakwaan dan individu yang prihatin dengan kes remaja terbabit
Terdahulu, Hakim Mahkamah Sedyen Kuala Lumpur, Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya.
Bagaimanapun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak bermula 3 Mei lalu.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Remaja sindrom down itu sebelum ini mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya.
Sumber: Instagram @ymchepuankhaleeda
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.
Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali itu kini sah mendapat penjagaan ke atas dua anak perempuan hasil persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.
Fitria memaklumkan bahawa perbincangan mengenai hal tersebut telah berlangsung sejak Mac lalu, dan kedua-duanya berjaya mencapai persetujuan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
“SYUKUR ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA SAYA DIBERI HAK UNTUK MENJAGA ANAK-ANAK. SEGALANYA TELAH DIURUSKAN OLEH PEGUAM, KINI TANGGUNGJAWAB PENUH MENJAGA ANAK-ANAK BERADA DI BAHU SAYA,” KATANYA KETIKA DITEMUI DI LUAR MAHKAMAH.
Warganegara Indonesia itu sebelum ini memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas dua anak mereka — Shanika Salsabilah, 10, dan Shania Safina, 8 — pada Mac tahun lalu.
Hakim Syarie Salehan Yatim membuat keputusan berdasarkan dokumen perjanjian yang ditandatangani kedua-dua belah pihak. Berdasarkan keputusan tersebut, Fitria diberikan hak penjagaan penuh manakala Safee dibenarkan melawat anak-anaknya sekali sebulan bermula hari ini.
Dalam prosiding tersebut, Fitria diwakili peguam Nur Sabrina Abdul Rahim dan Putri Ummi Kartini Abd Latiff. Manakala Safee diwakili peguam Noor Azlina Che Hasan.
Menurut Putri Ummi Kartini, kes ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya melibatkan amanah terhadap anak-anak.
“Kedua-dua pihak telah mencapai kesepakatan dengan baik tanpa sebarang isu besar. Terma perjanjian tidak boleh didedahkan, namun hak penjagaan diberikan kepada ibu dan bapa pula mendapat hak lawatan yang dipersetujui bersama.
“Isu penjagaan anak tidak seharusnya dilihat sebagai perebutan. Walaupun satu pihak diberi hak jagaan, pihak satu lagi tetap diberi hak lawatan. Anak adalah amanah Tuhan, maka kedua-dua ibu bapa harus bertanggungjawab,” jelas beliau.
Sementara itu, cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada Safee tidak berhasil apabila beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen dan terus meninggalkan mahkamah selepas prosiding berakhir.
Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.
Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.
1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.
2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.
9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.