Sambutan ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang bertemakan ‘Garland Belon’ telah mencuri perhatian netizen.
Permintaan anak tunggal pasangan selebriti ini yang mahukan kejutan pada hari lahirnya nyata telah direalisasikan dengan penuh momen manis.
10 HADIAH, 10 KEK
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram dapat dilihat suasana sekitar majlis ulang tahun Aisyah di mana dia mengenakan baju berwarna putih.
Majlis tersebut bertambah meriah apabila terdapat 10 biji kek sebagai simbolik usianya yang kini berusia 10 tahun.
Katanya lagi tahun ini, anaknya itu turut membuat permintaan tambahan untuk mendapat 10 hadiah sempena ulang tahun ke 10!
Ads
“10 tahun , seperti biasa, 10 cake.. tapi tahun ni dia mintak up , nak 10 hadiah ..”
Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menyatakan Aisyah sudah memberi tahu keinginannya mahukan sebuah majlis ‘surprised’ tanpa mengetahui tema apa sejak tahun lepas lagi.
Dalam pada itu, coretan Che Ta mengenai anak tunggal kesayanganya itu begitu penuh makna.
“10 tahun yg lalu , syukur alhamdulillah Allah kurniakan anak pompuan yg cukup sempurna yg menjadi dambaan seorang ibu.”
Katanya Aaisyah sejak lahir seorang anak yang mudah dijaga sehingga besar. Namun apabila meningkat usia, permintaan anak bongsu itu membuatkan abang-abangnya ‘geleng kepala’.
“Daqi kecik sampai lah besaq, paling senang nk jaga, paling senang nak bela .. cuma bila besaq ni dia punya demanding, abg2 dia pun geleng kepala . daddy akan layan caqa daddy , mummy akan layan caqa mak2 .”
Ads
Bagaimana pun sebagai ibu bapa, Che Ta dan suami ada cara tersendiri untuk mendidik Aaisyah.
Di pengujung coretan, Che Ta mendoakan kesejahteraan anaknya termasuk hal menutup aurat.
“Mummy nak aaisyah membesar sbg anak gadis yg baik , sopan santun , hormat org tua, insyaallah pas ni dpt tutup aurat dgn sempurna ok.”
Ibu hamil 8 bulan yang dilaporkan hilang bersama anak 4 tahun ditemui di KLIA. Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Ibu Hamil 8 Bulan Yang Dilaporkan Hilang Bersama Anak 4 Tahun Ditemui Di KLIA
Kakaknya, Adlin Mohd Zakaria, 36, melahirkan rasa bersyukur adiknya, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dan anak saudaranya, Aydan Noah Mohd Shahmi ditemukan dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah, adik dan anak selamat dijumpai. Terima kasih banyak kepada pihak polis dan semua yang telah membantu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Khamis.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kehilangan wanita terbabit bersama anaknya selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan pada Rabu.
Nur Nadia kali terakhir meninggalkan rumah dengan memandu Perodua Axia berwarna biru gelap pada jam 12 tengah hari, namun tidak pulang ke rumah di Kampung Chendering sehingga lewat petang itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan mengesahkan dua beranak itu telah dijumpai di KLIA oleh pihak polis pada kira-kira jam 2 petang.
“Wanita itu bersama anak lelaki dalam keadaan selamat dan sekarang mereka berada di Balai Polis KLIA,” katanya ringkas.
Himpunan solidariti buat Zara Qairina dapat sokongan padu, bergema laungan tuntut keadilan. Ribuan orang membanjiri kawasan himpunan di Sandakan pada malam Jumaat bagi menunjukkan solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Himpunan Solidariti Buat Zara Qairina Dapat Sokongan Padu, Bergema Laungan Tuntut Keadilan
Acara yang dijadualkan bermula sekitar jam 7 malam dan berakhir pada 9 malam itu pada awalnya berlangsung dengan teratur. Namun, suasana menjadi semakin sesak apabila jumlah kehadiran terus meningkat apabila ramai hadir untuk menyatakan sokongan dan solidariti terhadap pelajar Tingkatan Satu berkenaan.
SEPANJANG HIMPUNAN, PESERTA DILIHAT MELAUNGKAN SLOGAN MENUNTUT KEADILAN DAN MENGGESA PIHAK BERKUASA MENGAMBIL LANGKAH TEGAS TERHADAP INDIVIDU YANG DIDAKWA TERLIBAT DALAM INSIDEN BULI SEHINGGA MERAGUT NYAWA ALLAHYARHAM.
Selain di Sandakan, perhimpunan serupa turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain seperti di Lahad Datu dan Tawau, dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Pihak penganjur menegaskan bahawa himpunan ini diadakan secara aman sambil menyeru masyarakat untuk terus bersatu menyuarakan keadilan buat adik Zara Qairina.
KWSP: Simpanan untuk masa depan, bukan alat untuk bayar hutang kredit. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah salah satu tabung simpanan yang paling penting bagi rakyat Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan kita mempunyai wang yang cukup untuk kegunaan selepas bersara, terutamanya apabila kita mencapai umur 55 tahun.
KWSP: Simpanan Untuk Masa Depan, Bukan ‘Alat’ Bayar Hutang Kredit
Namun begitu, terdapat trend yang semakin membimbangkan di mana sesetengah pihak mengesyorkan idea yang berbahaya – mengambil pinjaman kredit sekarang dan merancang untuk membayar balik hutang tersebut menggunakan simpanan KWSP apabila kita boleh mengeluarkannya. Ini adalah amalan yang perlu dielakkan kerana ia berpotensi menjejaskan masa depan kewangan kita.
KWSP ditubuhkan dengan tujuan utama untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai sumber kewangan yang mencukupi selepas mereka bersara. Setiap bulan, sebahagian daripada gaji kita akan disimpan dalam KWSP, di mana ia akan terus berkembang melalui faedah tahunan.
Pada usia 55 tahun, kita berpeluang mengeluarkan simpanan ini untuk menampung kos hidup selepas tidak lagi bekerja. KWSP adalah pelindung bagi hari-hari persaraan kita, dan ianya sangat penting untuk kelangsungan hidup tanpa pendapatan tetap.
Risiko Mengambil Pinjaman Kredit Sekarang
Mengambil pinjaman kredit dengan harapan untuk membayar balik menggunakan simpanan KWSP adalah satu risiko besar yang boleh membawa pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan. Berikut adalah beberapa sebab kenapa idea ini berbahaya:
Beban Faedah yang Tinggi
Pinjaman kredit, terutamanya kad kredit atau pinjaman peribadi, biasanya mempunyai kadar faedah yang tinggi. Ini bermakna jumlah hutang yang perlu dibayar balik akan meningkat dari masa ke masa. Jika kita menangguhkan pembayaran dengan harapan untuk membayarnya menggunakan KWSP, faedah tersebut akan terus bertambah, menyebabkan jumlah hutang menjadi lebih besar daripada yang dijangka.
Tidak Ada Jaminan Masa Depan
Kita tidak tahu dengan pasti apa yang akan berlaku pada masa depan. Rancangan untuk menggunakan KWSP untuk membayar balik hutang mungkin terjejas jika terdapat keperluan lain yang lebih mendesak, seperti kos perubatan atau perbelanjaan keluarga. Ini boleh menyebabkan kita terperangkap dalam kitaran hutang yang sukar untuk dilangsaikan.
Simpanan KWSP Semakin Berkurang Setiap kali kita mengeluarkan simpanan KWSP untuk membayar balik hutang, simpanan untuk persaraan kita akan berkurangan. Ini boleh menyebabkan kita kekurangan wang untuk menampung kehidupan selepas bersara, yang merupakan tempoh di mana kita sangat memerlukan wang untuk perbelanjaan harian, perubatan, dan lain-lain.
Elakkan Ditipu dengan Tawaran Pinjaman Tidak Beretika
Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kelemahan kewangan orang ramai untuk menawarkan pinjaman kredit dengan syarat mudah, sambil mengesyorkan idea berbahaya seperti membayar balik pinjaman menggunakan KWSP pada masa hadapan.
Ini adalah taktik yang menipu dan perlu dielakkan. Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis seperti “kelulusan mudah” atau “faedah rendah,” kerana kebanyakan tawaran ini akan menyebabkan kita berdepan dengan beban kewangan yang lebih besar di kemudian hari.
Kredit foto: Freepik
Kawal Hutang, Simpan untuk Masa Depan
Daripada mengambil pinjaman kredit dengan niat untuk membayar balik menggunakan KWSP, lebih baik kita menguruskan hutang dengan bijak dan menjaga simpanan KWSP untuk persaraan.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan terjerat dalam masalah kewangan:
Buat Belanjawan Peribadi
Pastikan kita mempunyai bajet bulanan yang teratur untuk mengawal perbelanjaan dan memastikan kita tidak berbelanja melebihi kemampuan.
Elakkan Penggunaan Kredit Berlebihan
Gunakan kad kredit atau ambil pinjaman hanya apabila perlu dan pastikan kita mampu untuk membayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.
Simpan Kewangan Kecemasan
Sebagai tambahan kepada KWSP, kita juga harus mempunyai simpanan kecemasan yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka.
Dapatkan Nasihat Kewangan
Jika mengalami kesulitan dalam mengurus kewangan, dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah. Mereka boleh membantu merangka pelan kewangan yang lebih baik.
Kesimpulanya KWSP adalah sumber simpanan yang sangat berharga yang telah direka khusus untuk kegunaan ketika kita bersara. Menggunakannya untuk membayar balik hutang kredit adalah tindakan yang tidak bijak dan boleh menyebabkan masalah kewangan yang lebih besar pada masa depan.
Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu mengelakkan diri daripada terjerat dengan tawaran pinjaman yang tidak beretika dan memastikan kita menjaga simpanan KWSP untuk masa depan yang lebih selesa.
Ingatlah, masa depan kewangan kita bergantung kepada keputusan yang kita buat hari ini.