Pada bulan ramadan ni tentu kita semua mahu mengandakan pahala. Jika sebelum ini kita sibuk bekerja, jadi ketika dalam tempoh PKP inilah masa untuk kita beramal lebih daripada kebiasaan.

Menerusi Twitter dikenali sebagai Poilet Taper berkongsi amalan ketika di bulan ramadan. Tweet daripada akaunnya memberi manfaat untuk diamalkan semasa dalam tempoh PKP. Beliau menyenaraikan 13 checklist yang perlu dibuat bermula azan subuh. Boleh  follow panduan ni.

13 PERKARA BUAT BERMULA AZAN SUBUH

Memandangkan Ramadhan dah nak dekat, ini 13 perkara kena selesaikan bermula azan Subuh sehingga sebelum bangkit dari tikar sejadah.

Checklist 13 Amalan Bulan Ramadan Bermula Azan Subuh Dan Selepas Solat Subuh. Sama-Sama Gandakan Pahala.

✅ Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].

✅ Solat Subuh berjemaah. Ia 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian [Al-Hadith]

✅ Isitighfār paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam [Al-Hadith].

IKLAN

✅ Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.

✅ Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.

 

✅ Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak sekali.

✅ Membaca ayat Kursi sebanyak sekali.

✅ Membaca ‘Subhänallāh’ sebanyak 33 kali.

IKLAN

✅ Membaca ‘Alhamdulillāh’ sebanyak 33 kali.

✅ Membaca ‘Allāhu akbar’ sebanyak 33 kali.

✅ Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].

✅ Berdoa.

Checklist 13 Amalan Bulan Ramadan Bermula Azan Subuh Dan Selepas Solat Subuh. Sama-Sama Gandakan Pahala.

✅ Membaca ‘Subhānallāhi wa bihamdihī subhānallāhil ‘azīm’ sebanyak 3 kali. Ia akan memberatkan neraca amalan kita di akhirat [Al-Hadith].

IKLAN

Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.

❤️ Amalkan ketika berseorangan.

❤️ Amalkan juga ketika bersama keluarga.

❤️ Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.

Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.

Sumber: Poilet Taper

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI