Cili Kisar Tahan Lebih Lama & Mudah Nak Guna Bila Dibekukan Begini. Boleh Cuba!

Share

Sering juga terjadi bila cili kisar yang disimpan di dalam peti sejuk tidak tahan lama dan berkulat, akhirnya terpaksa di buang begitu sahaja. Jadi apa kata anda gunakan teknik yang dikongsikan oleh Sue Azhar ini.

Malah bukan sahaja cili yang dikisar tahan lama, bahkan lebih mudah untuk digunakan setiap kali ingin memasak.

Saja nak share tips simpan cili kering blend tahan lama. Masing-masing ada cara tersendiri ada yang dah siap masak dan simpan. Ada yang nak masak baru nak blend. Jadinya,  kita ikut mana yang kita selesa kan

Ini cara saya..

  1. Cili yang telah siap dikisar masukkan ke dalam bekas kecil seperti ini.

Cili kering itu saya buang biji kemudian rebus hingga masak terlebih dahulu. Lepas itu blend dengan bawang merah dan bawang putih. Saya blend dengan air sahaja. Selain itu,  saya tidak tumis tapi kalau rajin boleh sahaja di tumis dan saya blend dengan air sahaja.
Sebelum masukkan cili kisar ke dalam bekas, letakkan sedikit minyak di dalamnya.

2. Tutup bekas berisi cili dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan.

3. Setelah beku keluarkan daripada bekas kecil untuk disatukan di dalam bekas besar untuk mudah dicapai bila hendak memasak.

Sumber : Sue Azhar

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/

, baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

om sertai E-Keluargagader CERIAKAN HATI DENGAN BUAT ROTI JALA VIRAL secara online, daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN