Memang sakit hati apabila melihat cili padi yang baru dibeli minggu lepas sudah menampakkan layunya. Malah ada juga yang sudah mula busuk dan berair walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Sebenarnya ada cara bagi memastikan cili padi mampu bertahan walaupun telah lama. Perkongsian seorang wanita yang menjalankan perniagaan restoran ini patut anda cuba. Ikuti tips daripadanya.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Kredit Foto: ummiazilla.blogspot.my
Ads
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Ads
Bawang Putih
Ads
Salah satu kaedah lagi adalah dengan meletakkan bawang putih bersama-sama cili padi. Ambil dua ulas bawang putih dan letakkan di dalam bekas cili padi yang telah dibuang tangkainya. Hasilnya cili mampu bertahan lama. Paling penting tak busuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan makanan yang menjadi kegemaran keluarga bukan sahaja boleh dinikmati bersama anak beranak.
Namun jika dijual boleh juga dijadikan sumber pendapatan untuk keluarga.
Contohnya dengan berniaga Muffin Milo Coklat ini, bukan sahaja rasanya digemari ramai malah membuatnya juga cukup mudah.
Jadi bolehlah anda cuba dan jadikan ini sebagai salah satu cara untuk anda menambah pendapatan keluarga.
Muffin milo coklat mudah
BAHAN-BAHAN:
-8 biji telur gred A atau B
-450g gula perang atau gula halus kalau tak nak manis guna gula perang atau kurangkan(2 cawan )
-1 sb emolco coklat
-330g/3 cawan self raising + 1 sk soda bikarbonat(ayak)
-100g milo
-50g serbuk coklat
*campurkan tepung dengan serbuk coklat dan milo dalam 1 bekas ya
-350g majerin cair/2 cawan ( cairkan dulu awal-awal sukat dalam cawan atau dah cair baru timbang)
-1/2 cawan air panas
cara-cara :
1. Telur dan gula, satukan. Kacau-kacau sebati dengan senduk ke whisk ke dengan hand mixer pun boleh.
2.Tambah emolco dan kacau sebati.
3.Tambahkan tepung yang telah disatukan tadi berselang dengan majerin.Buat sampai habis.
4. Akhir sekali tambah air panas dan kacau rata.
Ekstra info : Nak tambah coklat chips boleh nak tambah coklat rice pun boleh.
5. Masuk dalam paper cup atau muffin cup. Nak tabur badam nips atau coklat chips pun boleh.
6. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit atau kukus 15-20 minit.
Mudah kan? Semoga anda dapat buat dengan jayanya ok.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan masih belum lagi bercadang ingin melaksanakan semula Perintah kawalan Pergerakan di seluruh negara.
Menurut Muhyiddin, jika PKP atau Total Lockdown ini dilaksanakan sekali lagi, boleh memberikan kesan besar yang dikhuatiri meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.
Apa yang akan dilakukan kerajaan adalah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di mana-mana kawasan yang merekodkan kes positif Covid-19 yang tinggi.
“Saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang mengenai anak-anak yang hadir ke sekolah. Setakat ini kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah. Kawasan-kawasan yang zon merah tersebut adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak Dan Semporna, Sabah.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memantau keadaan kes COVID di sekolah di seluruh negara. Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, KPM akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menanganinya. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah Jika perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara.
“Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan rentas negeri, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan berbincang dan membuat keputusan mengenainya. Saya memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan supaya tidak ada sesiapa yang terkandas.
“Saya diberitahu mesyuarat MKN yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan pagi tadi telah membuat keputusan untuk menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang akan berkuatkuasa mulai hari esok.
Perdana Menteri dalam pada itu berkata, setelah berbincang dengan Dato’ Seri Ismail Sabri, beliau telah membuat keputusan untuk memberi lebih banyak masa sebelum sekatan ini dilakukan.
“Keputusan ini saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat perubahan kepada jadual perjalanan mereka. Tarikh baru sekatan pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020.
Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menghadkan majlis dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak Covid-19. Ini termasuk persidangan besar, kenduri kahwin serta majlis perhimpunan orang ramai. Walaubagaimana pun, kerajaan akan mendapatkan input dari KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk cadangan mengadakan SOP tambahan jika perlu.
Tegasnya lagi, yang perlu dilakukan pada masa ini ialah semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
“Petugas barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan. Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan!
Marilah kita hadapi perang menentang Covid-19 secara bersama. Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini. Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi. InsyaAllah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Prosedur bekam dan derma darah jika kita lihat seakan sama iaitu dengan mengeluarkan darah daripada badan, namun kedua-duanya mempunyai kebaikan dan manfaatnya yang berbeza. Hal ini dijelaskan dengan lebih detail oleh seorang doktor, dan diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan untuk kita sekeluarga.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
BEKAM VS DERMA DARAH
Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.
Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan. Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya!
Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah, insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik.
Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia.
Antara kebaikan berbekam yang saya ingin kongsikan hasil pembacaan berkenaan kajian saintifk yang dijalankan :
1) Bekam meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap stress. Kawasan bekam akan mengalami keradangan hasil tekanan darah di dalam cawan dan pengaktifan sel darah. Badan juga menjadi lebih bertenaga hasil daripada penjanaan bateri sel badan iaitu mitokondria yang membebaskan ATP (tenaga).
• Manipulasi redoks mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai masalah alergi, autoimmune, kanser, jangkitan kuman dll.
( Bergantung individu case by case bukan pukul rata )
2) Bekam membuang “substance P” (penyebab radang) daripada saraf hujung sumber kesakitan (nociceptor). Hasilnya kesakitan akan berkurangan.
Maka sebab itu bekam sangat popular untuk mengurangkan sakit kepala,carpal tunnel syndrome, lutut, sakit belakang dll kerana ia mampu mengurangkan kesakitan dengan KETARA.
3) Bekam meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan “growth factor” hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah. Vasculoendothelial growth factor (VEGF) contohnya penting untuk pembinaan salur darah baru. FGF pula merupakan growth factor yang mempunyai pelbagai fungsi (pluripotent growth factor). Antara fungsinya mengikut beberapa kajian ialah membina salur darah baru di jantung (angiogenesis), menyusun dan menumbuhkan sel-sel kulit, memulihkan luka dan penting bagi perkembangan sistem saraf badan.
4) Terdapat juga kajian menunjukkan bekam mengurangkan kerosakan buah pinggang, merendahkan gula darah, memperbaiki profil kolesterol (meningkatkan HDL, mengurangkan TG dan LDL) darah. Terdapat juga kajian ke atas perokok yang berbekam menunjukkan saturasi oksigen yang lebih tinggi dan lebih senang bernafas.
Banyak lagi yang saya belum baca, tetapi rasanya kebaikan bekam yang saya nyatakan tu BANYAK BEZA manfaatnya berbanding derma darah. Namun saya masih berpendapat manfaat derma darah paling utama iaitu untuk menyelamatkan nyawa lebih bermakna jika ikhlas insha Allah.
Tujuan saya menulis bukanlah untuk membuktikan BEKAM lebih baik berbanding derma darah atau sebaliknya. Saya juga bukan yang paling layak. Mana-mana yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Prof Dr. Aziz dari HUSM untuk pandangan kepakarannya dalam kajian terapi bekam ini.
Hajat saya ingin menangkis pandangan negatif menganggap bahawa terapi bekam merupakan terapi PSEUDOSCIENCE yang tiada asas saintifik. Ia mungkin bukan EVIDENCE BASED MEDICINE (EBM) peringkat tertinggi bagi anda, tapi berlambak kajian ada di pubmed dan journal-journal saintifik.
IQRA’ ya akhi.
Semoga kita tergolong dalam saintis-saintis dan perawat yang mengangkat tradisi perawatan sunnah ini insha Allah. Insha Allah terapi bekam akan menjadi terapi oldschool terbaru dalam bidang REGENERATIVE MEDICINE!