“Cinta & Cahaya Kekuatan Bonda…” Akibat Kanser Limfoma, Berat Kini 35Kg & Jalani Radioterapi 10 Hari, Elyana Tetap Positif!

Share

Disebalik senyuman dan tawa penyanyi ini, hanya dia yang tahu betapa luluh hati apabila dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua.

Kegigihan penyanyi  ini melawan penyakitnya cukup dikagumi ramai. Malah, dia dan suami, Khairul Anuar Hussin tidak berputus ada mencari penawar menyembuhkan barah limfoma tahap empat yang dihidapi tersebut.

Melihar secara luaran, seakan-akan tidak percaya penyanyi Lagu Kalis Rindu tersebut menghidap penyakit kronik. Dari luaran Erneelya Elyana binti Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana nampak sihat dan bertenaga serta ceria.

Namun begitu, doktor mendapati kanser itu te­lah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha.

Menerusi ruangan Insta Storynya, Elyana ada berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Bukan itu sahaja, berat badannya turut merosot kepada 35kg.

“Saya tidak mendapatkan rawatan kemoterapi, sejak tahun lalu. Bukan sengaja tak nak dapatkan rawatan, tetapi berat badan susut membuatkan saya terpaksa menangguhkannya. Ini kerana bimbang tubuh tidak kuat untuk menanggung kesan rawatan. Selera makan saya pun berkurangan sejak itu.

Begitu pun, pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman ini tetap optimis dan positif. Malah kental untuk terus berjuang melawan penyakit nya.

Malah,  Elyana turut mendedahkan dia kini dalam proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.

“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.

“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” kongsinya lagi.

Elyana  sebelum ini mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya apabila berkongsi dirinya menghidap kanser limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.

Dalam pada itu, dia urut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan kesihatan dirinya.

Lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, Elyana akui masa yang berkualiti adalah ketika berada di rumah.

Elyana yang mempunyai dua anak, seorang anak kandung iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani baru menginjak usia 2 tahun. Merekalah yang menjadi sumber kekuatan untuknya melawan kesakitan yang dihidapi.

“Aktiviti yang kami selalu buat adalah dengan lepak di rumah. Di rumah kami dapat berehat dan bergurau bersama. Sebagai selebriti ada kalanya ditegur peminat untuk bergambar dan sebagainya. Jadi masa terbahagi dua. Tetapi di rumah fokus saya hanya pada keluarga semata-mata. Selalunya aktiviti kami lebih menjurus pada hal anak.

Sumber: elyanaofficial1 & Majalah Keluarga Edisi Mac-Apr 2019

Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini. 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

IKLAN