“Comel Betul! Ini Contoh Husband & Wife Goals.” Mengaji Sama-Sama, Netizen Kagum & Puji Mizz Nina & Noh Hujan

Share

Pasangan ini cukup terkenal dalam usaha-usaha kemanusiaan. Baik Noh Hujan mahupun Mizz Nina, masing-masing sering mengikuti misi kemanusiaan di luar negara. Bukan itu sahaja, banyak perubahan pada diri masing-masing usai mengambil jalan mendekatkan diri padaNya.

Terbaru, pasangan itu sekali lagi mendapat perhatian dan pujian netizen di laman Twitter apabila video mereka berdua sedang membaca kitab suci al-Quran meraih lebih 65,900 tontonan dan 5,100 perkongsian.

Mengaji bersama-sama…

Tweet berkenaan berkongsi semula sebuah Instastory milik Mizz Nina yang memperlihatkan dia dan suaminya sedang mengaji al-Quran bersama-sama. Sweetkan?

comel betul noh dgn mizznina ni ?❤️ pic.twitter.com/WWw6pdl9fw

Sempena masuk bulan Zulhijjah…

Lebih menarik apabila mereka mengambil keberkatan sempena 1 Zulhijjah dan Mizz Nina turut berkongsikan kebaikan tarikh tersebut melalui posting di Instagramnya.

“It’s friday AND it’s the first of Dhul hijjah. The first day of the best 10 days of the year! Double blessing, Alhamdulillah!

There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than the blessed 10 days and nights of Dhul hijjah. Let’s not waste these blessed 10 days and make it the best 10 days of our life!

Also, don’t forget to read your Al-Kahf today! Make lots of duaa ??

Itu yang dikongsikan oleh Mizz Nina menerusi laman instagramnya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang postif dari pengikutnya, rata-rata memuji dan kagum dengan  pasangan suami isteri ini yang sentiasa mengutamakan dari sudut rohani walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Boleh jadikan inspirasi tau!

Sumber : Dead Guts_Mizz Nina Oh My Media

 

IKLAN