Comel Je Cucur Manis Bulat-Bulat! Tak Susah Pun Nak Buat, Rasanya Juga Sedap Ikut Selera Anak-Anak

Share

Bila dah selalu masak kat rumah ni, boleh buntu tau nak masak apa walaupun hanya sarapan pagi atau minum petang. Tak perlu menu yang hebat pun, buat je cucur manis ikut resipi dari Cik Pooja ni ditemani kopi atau milo secawan, memang terbaik! Jom cuba

Cucur Manis Bulat-Bulat

Bahan-bahannya:

3cwn tepung gandum

4sudu besar gula

1sudu kecil garam

3cwn air

Cara-caranya:

1) gaul semua bahan mesra

2) Dalam pada yang sama,  renehkan air smpai menggelegak@mendidih

3) *bila air panas dah gelegak@mendidih gluk3😄😄😄…siram je atas gaulan tepung td

4) Gaulkan sebati seikhlas hati smpai jd doh gini…sebati molek doh ni…
*tggu sejuk baru di gentel bulat2 ikut saiz yg kome nak yea😁

5) Ni dah siap gentel… masa nak gentel tu tepung akan melekat2 ckit ditgn…jd cikpooja oleskan tgn ngan minyak masak…jd mudah la keje menggentel

6) time menggoreng…
👉panaskan minyak masak(pastikan betul2 panas)
👉gunakan api yg sedang2 kuat je yea…tapi bukan seMAKSIMUM api yea…kang rentung😄

7) masa menggoreng tu kene balik2kan cucuq kita tu yea…macam goreng donat jugak…
*kene kacau2 dia supaya dia masak sekata
*bila dah nmpk garing ditahap yg kome nak…boleh la angkat

haaaaa…dah siap dah…

IKLAN