Siapa yang mengikuti sosial media pelakon, Fikry Ibrahim semestinya tahu hubungan baiknya dengan ibu tersayang, Bibi Zaleha. Sebelum ini, pernah tular Fikry membawa ibunya bercuti ke Langkawi.
Dalam perkongsian terbaharunya, Fikry sekali lagi memuat naik satu video di mana dia sempat mengusik ibunya dengan meminta ratu hatinya itu untuk mengucup pipinya. Namun, ibu kepada pelakon ‘Kerana Dia Suka’ itu dilihat tersipu malu dan mencetus rasa terhibur di kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dimuat naiknya itu. Terdapat juga netizen yang sempat memuji sikap Fikry yang dianggap bakal menjadi suami yang baik kepada isterinya kelak.
Wang dan masa yang terhad selalu menjadi punca utama kita untuk membawa anak-anak merehatkan minda. Namun perkongsian seorang bapa yang juga penulis kekeluargaan, Firdaus Syakirin ini membuka mata semua.
Benar wang yang banyak bukanlah kunci utama untuk membuka peluang membawa anak bercuti. Berehat, healing dan bercutilah mengikut kewangan kita. Yang penting kita rehat dan mencipta memori dengan anak dan keluarga.
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok la cara sikit.
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Jadi tak seronok jugak.
Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah hari-hari. Si anak p belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui.
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat. Dan la masing-masing burn out…terus tak harmoni isi rumah tu.
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak, tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan. Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita sering mendengar peribahasa Melayu ada menyebut; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang memberi maksud bila saling tolong menolong semua kerja akan menjadi mudah dan senang dilakukan.
Begitu juga halnya bila suami kalau membantu isteri dalam urusan mengurus rumahtangga, kalau tak banyak kerja suami boleh dibuat, sedikit pun jadi dan sebenarnya amat dihargai oleh isteri.
Bahkan melalui perkongsian daripada seorang suami ini boleh dijadikan panduan mengenai tugas bagaimana yang en suami boleh lakukan dengan cara yang paling mudah.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya ringkas seringkas-ringkasnya cara nak bantu dan mudahkan urusan isteri untuk para suami buat.
1. Kalau tak nak basuh semua pinggan, basuh pinggan sendiri sahaja.
2. Kalau tak nak masak semua lauk, tolong masak nasi sahaja.
3. Kalau tak nak kemas meja sebelum makan, tolong susunkan pinggan dan lain-lain sebelum makan.
4. Kalau tak boleh tolong basuh baju, tolong letakkan pakaian sendiri dalam bakul baju kotor.
5. Kalau tak nak basuh tandas, bersihkan sepenuhnya selepas guna.
6. Kalau tak mampu nak lipat semua baju seluar, jangan sepahkan bila ambil pakaian sendiri.
7. Kalau tak nak mop semua lantai, jangan kotorkan atau lap terus bila tertumpahkan apa-apa.
8. Kalau tak rasa nak kemas satu rumah, jangan sepahkan ruang tamu.
9. Kalau rasa diri tak romantik, janganlah garang sangat.
10. Kalau nak yakinkan isteri yang anda tak curang, jangan kunci telefon.
11. Kalau tak sabar nak jaga anak, jangan marahkan isteri apabila dia marah anak. Itu adalah perkara yang normal dalam mendidik anak.
12. Kalau perlukan masa peribadi sendiri, beri juga masa peribadi untuk isteri.
Ringkas bukan? Ini benda yang paling minimum dan sangat mudah. Jika anda buat ini, saya pasti ramai isteri yang akan lebih tenang. Saya bukan cadangkan para suami buat semua benda ini sahaja, tetapi ini untuk yang baru nak bermula atau selama ini tertanya-tanya “apa lagi yang isteri aku nak?”
Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tidak hanya sebelah pihak yang memainkan peranan sebaliknya suami isteri kena saling bekerjasama barulah rumah tangga bahagia.
Nak beli jiwa isteri bukannya susah, hargainya selalu. Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya.
Demikian juga suami, penat mana sekalipun bila pulang ke rumah disambut senyuman manis dan layanan baik sang isteri pasti hilang segala masalah.
Setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita.
Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya. Itu yang dikongsikan oleh puan Intan Dzulkefli.
Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.
Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.
Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari – baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.
Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.
Ada mulut, bertanyalah. Pujilah. Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan. Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak. Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan. Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan kita.
Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan. Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?‘
Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.
Ambil berat kepada pasangan kita. Please.
#intandzulkefli
#randomthoughts
Tengku Amir Shah mengumumkan kelahiran puteri sulung, Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah. Berita gembira itu menerima ucapan tahniah dan doa daripada rakyat Selangor.