Seperti kata perumpamaan, isteri adalah cerminan suami. Bagaimana baik didikan suami, itulah jua yang ditonjolkan si steri. Begitu juga sebaliknya.
Gambaran si isteri itu, boleh menunjukkan siapa suaminya.
Jika si suami solat pun tak pernah, bagaimana dia mahu mendidik anak-anak isterinya kekal istiqimah bersolat 5 waktu dan solat sunat lainnya.
Jika si suami janggal dan kekok lidah membaca al-Quran, bagaimana dia mahu mengajar isteri dan anak-anaknya menyintai Kalamullah.
Ads
Jika si suami tak kisah pun berseluar pendek di luar dan mendedahkan auratnya. Maka isteri dan anak-anaknya juga akan jadi begitu.
Jika si suami sukakan maksiat, hiburan lagha dalam rumah tangga maka tak mustahil anak-anak dan isterinya juga terikut sama.
Ads
Jika si suami tak pernah bercakap pasal agama dalam keluarga, tentang didikan ilmu, teguran dan nasihat tentu saja akan jadi kelu untuk menegur jika ada ahli keluarga buat salah.
Begitulah serba sedikit contoh bagaimana gambaran hasil didikan dan pimpinan si suami. Lurus si suami, InsyaAllah yang lain juga mudah diurus.
Ya, ada juga kes terpencil si suami baik dan soleh tapi anak-anak isteri tak mahu ikut juga. Ada bukan tak ada. Barangkali itu ujian setakat mana amalan kesabaran si suami dalam memimpin.
Gambar hiasan
Pokok pangkalnya, nak gapai title keluarga bahagia itu jangan sesekali abaikan hidup beragama. Jangan lupa Allah. Follow apa yang Rasulullah SAW ajar, InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Sumber : Farid Rashidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengalaman pertama kali berjumpa dengan doktor gigi sememangnya sangat mendebarkan. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.
Jadi sebagai ibu bapa kena pandai ‘membeli jiwa’ anak supaya bersetuju untuk diperiksa gigi mereka.
Comel dan lucu melihat gelagat figura seni yang juga pennyanyi nombor satu negara ini memujuk anak perempuannya untuk berjumpa doktor gigi. Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza, selepas beberapa kali memujuk barulah Siti Aafiyah bersetuju .
“Hari ni bawa Aafiyah jumpa dentist untuk pertama kali.. Ibu pun dulu penakut jumpa Doc , tapi demi Aafiyah ibu beranikan diri ye.. ibu check dulu dengan harapan Aafiyah tengok dia tak takut.
“Hmmm puas memujuk dengan macam macam cara , akhirnya dia setuju nganga mulut & duduk di kerusi baring tu.. ibu pun temankan sekali .. 🤦♀️ Tq Dr @aifden @aifdental_clinic sebab sabar & layankan saja karenah Aafiyah .
Dalam pada itu, Tokti turut berterima kasih kepada Farahanim yang juga merupakan isteri kepada pemilik klinik berkenaan kerana sudi datang menemani. Siap membawa anak kembarnya untuk teman dan bermain bersama Aafiyah.
“Tq mummy cantik @farahanimrazak & baby twin yang datang untuk teman&main2 dengan Aafiyah. Harap lepas ni Aafiyah tak takut lagi ..😅🤣
Buat minum petang untuk anak-anak sesuai resipi ni. Bukan je mudah nak buat malah sedap pula tu. Kalau dulu nak buat bahulu kena sediakan tempat bakar, sabut dan sebagainya tapi dengan resipi ini tak perlu susah-susah.
Hanya guna sandwich maker semua kerja ibu-ibu menjadi senang, gebu dan sedap pula tu. Selamat mencuba!
Belek2 dlm album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker 😁 senang x pyh nak kluar sabut bakar 😂 saya edit kat sini jelah ye Saya guna blender je
Dalam setiap rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Setiap isteri mahu melihat suaminya bahagia bersamanya selalu. Terdapat 10 tanda suami anda bahagia bersama anda.
1. Sentiasa berhubung
Apabila suami pergi kerja mahupun ada urusan pekerjaan, dia akan menghubungi isterinya setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Dia juga selalu membuat laporan seperti menghantar Whatsapp kepada isterinya. Contohnya, dia memberi tahu bahawa dia sudah sampai ke tempat kerja.
2. Selalu sebut “I LOVE YOU”
Dia akan memberi tahu yang dia cintakan anda dan akan mengulanginya setiap hari bahawa dia amat sayang kepada anda.
3. Ringan Tulang
Dia juga suka membantu dan menguruskan hal dalam rumah kerana dia mahu meringankan beban anda. Dia akan mengemas dengan sukarela dan menguruskan hal rumah supaya anda berasa selesa. Selain itu, dia juga akan turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Kerana dia sedar bahawa mendidik anak bukan hanya terletak pada isteri semata-mata.
4. Selalu Puji Isteri
Dia suka memberi pujian pada anda, dia suka memberi perhatian kepada anda dan segala benda yang anda lakukan dia akan memberi pujian. Dia juga tidak akan jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku kepada anda. Dia tidak akan menghamburkan kata-kata yang boleh mengguris hati anda.
5. Menjadi Penenang
Dia akan selalu ada bersama anda dan memeluk erat saat anda menangis dan mempunyai masalah. Apabila anda berasa kecewa, sakit hati dan sedih, dia akan ada untuk menenangkan anda. Dan dia juga akan berusaha memahami apa yang anda lalu.
6. Perkongsian Dari Hati Ke Hati
Ini adalah tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi segalanya dengan anda. Cerita sedih mahupun cerita gembira. Apabila dia terbuka untuk berkongsi masalahnya mahupun mengenai perancangannya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberi sokongan. Kerana dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya .
7. Selalu Peluk Dan Cium
Apabila dia pulang bekerja, dia akan menghadiahkan anda pelukan dan ciuman kasih sayang. Dengan itu anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira apabila pulang ke rumah dan bertemu dengan anda.
8. Tidak Malu Panggil “Sayang” Di Depan Orang Ramai
Tanda suami anda bersikap natural pada bila-bila masa. Suami yang panggil nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.
9. Tidak Malu Pegang Tangan Isteri Depan Orang
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih berpegang tangan. Ramai yang inginkan saat seperti itu kerana saat itu adalah yang paling manis.
10. Selalu Ajak Solat Berjemaah
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan mengajak isteri solat berjemaah bersamanya. Oleh kerana dia sayangkan isterinya dia mahukan isterinya mendapat pahala bersama-sama. Dan jika mempunyai anak, dia akan ajak anak-anaknya solat berjemaah bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.
Akhir sekali, kepada para lelaki ataupun suami hargailah isteri anda dan berilah kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk mereka. Dan untuk isteri pula, terimalah baik dan buruk suami anda. Dan hormatilah mereka sebagai suami. Barulah rumahtangga bahagia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.