Dikala seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing, ibu kepada usahawan terkenal yang dikenali sebagai Bonda Rozita Ibrahim ini nampaknya mengambil kesempatan beraya di luar negara.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram beberapa hari yang lalu, Bonda dan keluarganya mengambil keputusan untuk bercuti di London pada hujung Ramadan dan mahu beraya di sana.
Di samping itu, Bonda turut tak lupa untuk berkongsi pengalamannya dan keluarga yang sangat bermakna baginya ketika menyambut raya di negara itu.
“Selamat Hari Raya semua di Malaysia, pengalaman travel kami sanagt lain dari sebelumnya. Sangat meriah menyeronokan dan bermakna sekali,” tulisnya.
Menurutnya, walaupun London bukanlah majoriti Muslim seperti di Malaysia, tetapi masjidnya tetap penuh dengan umat Islam yang mahu mengerjakan solat raya.
Ads
“Ramai betul muslim kat london – 6 kali solat hari raya kat masjid yg penuh masjid Morroco. Tak cukup tempat mesjid sampai mereka buat 6 kali solat raya!.
“Pertama kali raya sini meriah mood Internationalnya. Berbagai bangsa seluruh dunia merayakan. Orang-orang Inggeris di London sendiri melihatkan kami mengucapkan happy eid pada kami dan ada ajak ambik gambar sebab baju-baju kami unik katanya.
“Saya pakai kebaya merah dan anak ntah apa pesennya tak tau nak sebut saya! Pelik bagi kami sbb kena pakai kasut boot sbb sejuk 2 celsius,” tambahnya.
Sementara itu, Bonda juga sempat berkongsi tentang bagaimana caranya mendidik anak-anak untuk berjimat dalam berbelanja terutama ketika di London.
“Saya ajar anak-anak berjimat kalau nak belanja pun kena berkira-kira. Kita tak tau lama mana kita hidup sihat atau senang hidup ni sekejap kita di atas esok kita dibawah hati-hati dengan masa dan semangat kena ada supaya rajin kerja.
“Ami ajar susahnya cari duit zaman muda strugglenya takde air mata menahan lapar, takde baju baharu untuj raya (agaknya sebab tu saya tak teruja raya sebab dah biasa tak sambut raya sejak muda).
Ads
“Kenangan silam sejarah tp itu lah pelajaran terbaik Allah bagi dlm takdir saya. Miskin tak hina. Kaya tak mulia. Yang tinggi orang pandang ilmu yg diamal. Adab yang berbudi bahasa itu lah iman nasihat saya pada anak-anak.
“Saya kasi 600 pound je duit raya. Pandai-pandailah nak jimat nak beli apa di Mall, suka tengok penuh org muslim dengan pakaian hijabnya,”
Dalam seronok bergembira di perantauan, Bonda juga tak lupa untuk memberi kata-kata nasihat dan semangat kepada masyarakat di luar sana.
Usahawan yang mesra dipanggil bonda ini turut sangat dikenali dengan produk jualannya yang berasaskan bahan-bahan natural serta ilmu-ilmu kecantikan dan kesihatan yang sering dikongsikan di media sosialnya.
Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Norish Karman tanggung 4 anak angkat, tetap kuat harungi ujian hidup. Perkongsian pelakon ini mengundang sebak ramai apabila mendedahkan dia membesarkan lapan orang anak, termasuk empat anak angkat yang dijaga penuh kasih sayang seperti anak sendiri.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Norish atau nama sebenarnya Nor’ashikin Karman, 52, berkongsi tentang tanggungjawab besar yang digalasnya meskipun berdepan masalah kewangan dan kesihatan yang semakin merosot. Pelakon drama Spa Q itu berkata, dia tetap berusaha mencari rezeki demi memastikan anak-anaknya dapat membesar dengan baik.
Keadaan hidup Norish bagaimanapun bukan mudah apabila dia mengakui sudah tujuh tahun tidak menerima tawaran kerja. Malah, keadaan kenderaannya juga disifatkan sudah terlalu uzur hingga berseloroh mengatakan keretanya “dah layak masuk longkang”.
Dalam masa sama, Norish turut diuji dengan masalah kesihatan serius apabila paras darah dan zat besinya terlalu rendah sejak dua tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan dia hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak lagi boleh berjalan sendiri.
Susulan kesukaran tersebut, anaknya yang juga pelakon, Manda Hash, sebelum ini dilaporkan terpaksa memohon dana bagi membantu menampung kos rawatan ibunya.
Prihatin dengan nasib Norish, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan peluang pekerjaan. Norish bersama anak-anaknya dijemput menjadi hos siaran langsung bagi mempromosikan produk perniagaannya.
Semoga kehidupan Norish dipermudahkan dan segala urusannya bersama keluarga dipelihara dengan baik. Kisah ini juga diharapkan membuka mata ramai bahawa masih ada insan yang memerlukan perhatian, sokongan dan bantuan untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.
Tular video apabila anak mempersoalkan ibu bapa tidur sebilik sedangkan dirinya yang masih kecil tidak dibenarkan. Begitulah cabarannya jika sejak kecil anak tidak didik untuk asing tempat tidur dengan ibu bapa.
Hakikatnya kebanyakan ibu bapa di Malaysia masih lagi mengamalkan ‘co-sleeping’ atau tidur sekatil dengan bayi. Ini kerana ia adalah praktikal dan memudahkan, lebih-lebih lagi yang menyusu badan.
Namun ia berlarutan sehingga anak itu semakin besar. Anak semakin sukar untuk berpisah bilik dengan ibu. Pelbagai alasan diberi tidak mahu tidur sendirian dalam bilik.
Hakikatnya dalam Islam telah menyatakan hal ini seperti bahawa Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.
Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Hadis ini menjelaskan selain itu Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun.
Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.
Bagi yang baru bercadang untuk mendidik anak asingkan tempat tidur bagi anak yang sudah besar, boleh ikuti cara wanita ini, puan Mardiana yang dikongsi di facebook miliknya.
Tips Asing Bilik Tidur Bila Anak Dah Besar.
Saya baru berjaya melepasi dilema nak berjaya asingkan anak dari tempat tidur (asing bilik). Pheww..Hanya Allah sahaja yang tahu!
Sebenarnya kan..bila berjaya ni, perasaan kejayaan tu tak taulah nak gambarkan macam mana..Haha.
Masa zaman hero dua orang sebelum ni, Alhamdulillah ok. Mungkin sebab si abang ada kawan.
Masa tu saya mula asingkan (asing bilik) masa diorang umur 1 dan 4 tahun. Kali ni bila anak perempuan sorang ni, rasa kasihan menggunung tinggi . Tak sampai hati.
Masa baby asing dalam baby cot, satu bilik. Bila try asing sekarang (asing bilik), meraung satu rumah tengah-tengah malam ketuk pintu bilik abi umi. Sampai menjerit sebut, “Umi Abi tak sayang Sofieyya!”. Huhu..luluh hati mak nak oii.
Saya try buat:
1. Deko bilik cantik-cantik dengan cadar & mainan.
2. Letak teddy bear dan baby doll sebelah.
3. Disebabkan dia suka baby, saya pujuk kata kalau nak baby, kena tidur bilik sendiri, baru boleh jadi kakak. Nanti baby pun nak tidur dengan kakak.
(P/S: Of course saya sebut kena doa banyak-banyak kat Allah juga. Kita nak fahamkan dia bahawa sebab kuasa Allah dapat baby, bukan sebab tidur bilik sendiri)
4. Acu try pujuk dan puji, dia buat muka derkk saja.
5. Beli mainan baru dengan harapan berjaya. Abang-abang dah siap perli dah kata, jangan percayalah ummi, mesti dia tak nak juga. Nanti last-last dia akan ketuk bilik kitaorang juga, kalau kunci pintu, dia panjat tingkap tepi tu.. Hmm.. Takpe, kita try dulu.
Apa yang berlaku? Semuanya tak jalan
Sampailah satu hari saya dapat idea. Hasil dari pembacaan dan try and error sejak sekian lama. Berapa lama? Hampir setahun jugaklah kiranya.
Ketahui 3 fasa peralihan
Apa yang saya buat?
Saya letakkan 3 Fasa Peralihan:
1- Nak Biasakan dengan suasana bilik sendiri 2- Tidur dibilik berteman. 3- Tidur sendiri
FASA 1:
1. Banyak kali biasakan berada dalam suasana biliknya. Masa nak tidur baca buku dalam bilik. Main & Sembang-sembang.
2. Puji kata cantiknya bilik Sofieyya, ummi pun rasa macam nak tidur kat sinilah boleh?
FASA 2:
3. Masa Fasa peralihan ni memang akan tidur sekali dengan Sofieyya. Kesian kat abi takdak kawan. Hehe. Kadang-kadang Abi yang teman.
4. Ada try bila dia dah tidur sembunyi- sembunyi keluar. Kalau dia tak sedar ok. Tapi kalau sedar jenuh meraung!
5. Masa menjerit, mengamuk ketuk pintu, saya dah nak buka pintu. Abi kata tunggu jap tengok apa dia akan buat. Masa tu rasa macam kejam tak sampai hati dengar menangis.
Tapi terfikir juga, kalau setiap kali menangis pintu dibuka, bila dia akan belajar tidur sorang? Dia akan belajar “menangis je nanti umi buka pintu juga”. So kami buat diam. nak tengok. Tup tup tak lama lepas tu dia diam. Penatlah tu kot. Hehe
6. Rupanya dia pi buka lampu satu rumah! Dia pi masuk bilik abang tidur . Panjat tingkap sebelah dalam. Ya Allah boleh ada idea macam tu!
Tak lama lepas tu dah tak ada bunyi menjerit ketuk pintu Abi Ummi dah Alhamdulillah. Tapinya, bilik abang pula jadi port baru. Haha. Sampai satu tahap abang-abang kunci pintu bilik semua. At last, dia give up.
7. Saya ada tunjukkan video kanak-kanak sebaya dia yang tidur sorang. Dia inspired! Mungkin bila tengok tu dia nampak diri dia sendirilah kot.
Jeng jeng jeng..Part ni nak try bagi tidur sorang-sorang pula…
FASA 3:
8. Rutin macam biasa yang sebelum ni. Buang air kecil dan gosok gigi. Tutup lampu. Waktu baring saya cakap, insyaAllah Allah akan jaga kita, jaga Sofieyya bila tidur. Syaitan semua lari bila kita baca doa & steps yang Nabi ajar kan? Dia angguk.
Lepas baca Ayat Kursi, 3 Qul; Qulhuwallahuahad (Al-Ikhlas), Qula’uzubirabbinnas(An-Nas), Qula’uzubirabbilfalaq (al-Falaq), Baca Doa tidur, tiup tapak tangan dan sapu seluruh badan dari atas kepala sampai kaki.
Saya cium pipi dan dahi & doakan dia. Sambil niat dalam hati, Ya Allah bagilah Sofieyya tidur nyenyak sampai pagi Ya Allah.
9. Saya cakap kat Sofieyya, “Sofieyya, ummi keluar 10 MINIT kat library ya, ummi nak baca buku jap, japlagi ummi datang balik ok?”. . 10. Saya tanya bagi dia pilihan “tertutup”, “Sofieyya nak umi buka pintu ke tutup pintu? Sofieyya pilih buka (dah agak dah ).
“Sofieyya nak selimut ke tak nak?, Sofieyya pilih selimut. Kiranya bukan soalan, nak tidur bilik umi abi ke bilik Sofieyya?
11. Ya, saya set timer 10 minit. Baca buku sikit dan tulis plan to do list untuk esok hari.
12. Lepas 10 MINIT, memang saya pergi bilik Sofieyya. Teeeet..Alhamdulillah, dah selamat berlayar dengan nyenyaknya..Alhamdulillah!
13. Esok pagi masa nak subuh, nak kejut bangun dan siap untuk sekolah. Saya masuk bilik, buka lampu “Assalamualaikum Sofieyya selamat pagi! Dengan muka happynya saya kata..
“Wahhh…Alhamdulillah tahniah! Sofieyya berjaya tidur sorang-soranglah malam tadi!! Abi pun datang puji dan cium dahi dan pipi dia. Wah bukan main gembiranya muka dia!. Senyum cover malu.
14. Masa tu rasa boleh percaya ke ni untuk esok? Yang abang pulak kata, eh betul ke ummi Sofieyya tidur sorang-sorang malam tadi? Alah.. baru satu hari je pun..
Umi cover, “Takpelah kan Sofieyya esok insyaAllah Sofieyya tidur lagi sorang-sorang kan? Dia angguk. Muka macam tak percaya dia boleh tidur sorang-sorang. Yeay Sofieyya berjaya!
Siap kemas katil dan bilik sendiri. Oklah kemas style dia. Kalau perasan saya selalu sebut, “It’s not about perfect, it’s all about HABIT”.
Alhamdulillah.. So far, sampai setakat malam ni (dah hampir seminggu) masih ok. Hehe. InsyaAllah tu, sebab menurut dari apa yang saya baca (tak ingat dah dimana), diorang nak dapat momentum awal tu yang agak mencabar. Bila dah dapat, insyaAllah ok.
Anak-anak yang dilatih tidur bilik sendiri ni insyaAllah lebih mature, ada self-confidence dan berdikari. InsyaAllah.
Patutlah mat salleh ajar asing bilik sejak kecik lagi. Sebab bila dah besar banyak akai & pandai cakap ni tersangatlaaaaah mencabarnya!.
Ada banyak benefits menurut kajian bagi baby yang diasingkan tempat tidur dibilik sendiri seawal 6 bulan atau lebih awal.
Antaranya, mereka akan dapat deep sleep yang lebih baik (tidur nyenyak), belajar untuk sabar menunggu apabila menangis sementara ibu/bapa datang, belajar self-control dan menghargai barang peribadi.
Amacam mommies, berani nak asingkan baby dibilik lain seawal 6 bulan atau lebih awal? Hehe..
Ikutlah kan.. Yang pastinya, jangan sampai sudah masuk umur 7-8 tahun ke atas masih tidur bersama ibubapa.
Selamat mencuba!
Saya gigih tulis panjang-panjang ni sebab ada yang tanya haritu. Harap membantu ya . Cc. Ummu Uwais Azizah Alia Maisarah
Keluarga: Buat yang masih belum asingkan bilik tidur anak, masih belum terlambat. Selamat mencuba!
Bukan calang-calang ibu yang dapat membesarkan anak yang autsme. Mereka ini mempunyai aura dan semangat yang kuat untuk membesarkan anak. Biarpun dalam suasana ada segelintir masyarakat yang tidak memahami autisme, ibu ni tetap memberi harapan untuk memberikan yang terbaik buat anaknya. Perkongsian puan Yusni Mintol sungguh bermanfaat dan moga menjadi inspirasi buat ibu yanig mempunyai anak istimewa.
Assalamualaikum Saya emak kepada anak yang mempunyai autisme yg telah di diagnosed autisme sejak umurnya 2 1/2 tahun. Sekarang umur dia 23 tahun 2 bulan. Untuk pengetahuan anak saya juga menghidap epilipsi/sawan sejak umur 6 bulan sehingga sekarang dan masih dalam perubatan . Saya juga telah mendaftarkan dia di JKM untuk mendapatkan kad OKu seawal juga setelah Dr mengesahkan. Pada masa anak saya untuk membuat kad perlu dokumen yang amat tebal dan perlu pergi ke pakar pakar hospital kerajaan mendapat pengesahan setiap jabatan. Dari Seremban sampailah ke HKL juga. Setiap pengesahan perlu untuk mendapatkan kad. Perlu berbulan juga sebab setiap jabatan perlu ambil tarikh temujanji.
Kenapa anak saya perlukan kad OKU? Saya pun tidak pasti. Saya sayang anak saya sebab dalam masa yang sama saya juga telah mendaftar anak saya ke SJKC semasa mendaftar abangnya. Jadi harapan saya untuk dia amat tinggi juga.
Harapan buat anak
Adakah saya tidak mempunyai harapan untuk anak saya, walaupun tipis?
Saya masih berharap selepas anak saya disahkan autisme, anak saya akan mendapat intervensi awal untuknya walaupun tiada perkhidmatan google, tiada sek khas yg sesuai, tiada penempatan untuk anak saya dan yang paling sedih pegawai perubatan juga kurang tahu tentang autisme. Perlukah saya berdiam diri? Jawapan adalah perlu. Berdiam dan mencari jalan. Ok pertamanya saya perlu menghabiskan urusan mengenai kad OKU itu yang terlintas. setelah siap dengan anak saya yang selalu keluar masuk hospital sebab sawan membuat saya lagi rasa peluang untuk dia ke sekolah memang tipis. Dengan masalah tingkahlaku yang belum satu pun selesai dengan masalah pertuturan juga ke laut. Yang selesai seawalnya bagi anak saya adalah toilet training. Itu yang saya dapat buat untuk dia.
Habis bab untuk kad oku.
Saya pun tidak tahu kenapa anak saya perlu ada kad OKU, pegawai beri senarai kebaikan memiliki kad OKU bukan sebab untuk mendapat elaun bulanan yang membuat saya apply kad itu. Pertama anak saya perlu rawatan setiap masa, kad ini amat saya perlukan dengan masalah kami masa itu adalah kewangan. Saya sudah berjanji jika anak saya ok di aliran perdana dan boleh mengikuti setiap kelas saya akan simpan kad itu. Perancangan Allah lebih baik untuk saya. Saya pertama kali menggunakan kad OKU semasa proses membuat pasport untuk kami sekeluarga ke Brunei. Alhamdulillah selepas itu memang kad sentiasa ada dalam hand bag saya, bukan di almari.
Semalam anak saya keluar hospital untuk rawatan gigi di Hospital Serdang jika saya tidak ada kad OKU segala urusan memang lambat perlu ikut no giliran tapi ada kad dapat sahaja di kaunter ekspress. Sehinggalah discharge semalam mudah sahaja saya lihat bayaran yang perlu dibayar jika tiada kad OKU adalah mencecah RM 4k. Saya lihat rounding adalah RM 0.00 Alhamdulillah
Jadi pada yang ragu ragu untuk mengisi borang OKU boleh lah fikir secara positive. Jika anak anda sendiri ok dan boleh bersama kanak kanak sebaya dengan nya di sekolah boleh lah ‘apply’ kad OKU dan bila dah dapat simpan ketat ketat dalam peti besi. Jangan dibuka buka ok. Tapi jika anda memerlukan buka lah dengan berlapang dada yang luas. Sebab kad itu tidak memberi kesan jika anak kita ok. ?
Jangan melambatkan proses intervensi anak hanya sebab sifat menidakkan kita terlalu tinggi. Jadilah ibubapa yang positive demi kebaikan anak kita. In shaa Allah.
Moga Allah permudahkan segala urusan kita Saya jua manusia biasa dan apa yang anda rasa sekarang saya lalui semua. Beza masa anak saya kecil semua orang tidak tahu autisme. Masyarakat kurang pengetahuan. Bersyukur pada yang berada pada masa sekarang sebab sebut sahaja nak buat apa semua ada. Jadi jangan abaikan setiap yang ada sekarang. Bertindak segera.
Anak saya sudah hampir 24tahun tapi saya masih berharap untuk anak saya. Berusaha untuk dia selagi ada hayat saya. Walau tidak pernah jejak kaki ke aliran perdana saya masih menyimpan harap untuk dia. Saya tahu tahap dia di mana. Saya berusaha in shaa Allah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” ?
Sekian terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di