Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.Kerana itu masing-masing memainkan peranan dalam mencipta kebahagiaan.
Sang suami sebagai ketua keluarga bukan hanya bertanggung jawab mencari rezeki sahaja, sebaliknya perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. Berkongsi rezeki dengan anak isteri membantu melancarkan lagi urusan buat suami.
Sebenarnya nak bahagiakan anak isteri ni bukanlah sesukar mana. Tidak perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik. Malah banyak cara lain seorang suami boleh buat untuk membahagiakan keluarganya.
Niat untuk bawa anak-anak dan isteri jalan-jalan pun sudah membuatkan segala urusan suami dipermudahkan. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif di ruangan facebooknya.
Saya pelik kenapa bertalu talu orang nak bagi benda percuma kat saya semalam. Serius saya hairan sangat.
Ada yang PM saya semalam nak bagi saya pakej percutian secara percuma ke Sabah. Ada yang komen nak jadi tour guide percuma bila saya sampai ke Johor dan Perak. Paling saya pelik siap ada nak bagi pakej bekam percuma lagi pada saya dan isteri kalau saya datang ke Sabah.
Eh! Tak pernah pula saya minta semua ni daripada orang lain tapi seolah olah semua orang berebut nak bagi saya benda benda percuma ni semua.
Baru saya teringat, semalam saya keluar rumah dengan niat nak bahagiakan anak isteri. Saya sebenarnya serabut fikir nak selesaikan beberapa hal kerja saya tapi bila tengok anak isteri beriya nak bercuti, saya pendamkan je lah semua kesibukan saya tu demi nak bahagiakan mereka.
Ads
Rupanya, ada rahsia di sebalik MEMBAHAGIAKAN keluarga ni. Ni Hadisnya :
Sabda Nabi s.a.w:
“Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan ALLAH, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 995.
Sebelum ni saya dah dengar dan alami sendiri magic bila bersedekah ni. Ada orang hilang penyakit kansernya dengan bersedekah pada orang lain. Ada orang selamat daripada kemalangan maut dengan bersedekah pada mereka yang susah. Ada orang jadi jutawan sekelip mata dengan bersedekah pada orang yang miskin.
Rupanya ada sesuatu yang lebih besar dan hebat daripada bersedekah kepada orang lain iaitu BERSEDEKAH kepada keluarga kita sendiri!
Ads
Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.” – Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 2129
Cuma benda ni kita tak sedar. Selama ni mungkin kita bagi nafkah, bawa anak berjalan, bawa isteri bercuti ataupun belanja anak isteri dengan perasaan ingin BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI.
Ya, kita banyak memberi tetapi pemberian tadi bersifat self-centric ataupun kita memberi tetapi dalam keadaan kita expect something in return. Tu bukannya pemberian, tu adalah pembelian!
Rezeki yang masuk pada kita ni umpama air yang masuk ke dalam sebuah takungan yang besar dan luas. Satu sedekah ataupun pemberian yang kita buat pada anak isteri ni umpama kita pasang satu paip pada takungan tersebut.
Ads
Makin banyak paip yang kita pasang maka air yang mengalir keluar untuk dimanfaatkan tu akan makin laju. Beruntunglah orang yang banyak paipnya sebab rupanya memang untuk bina paip tersebut perlu keluarkan kos sedikit tetapi kesannya adalah air yang keluar untuk dimanfaatkan tu akan lebih banyak dan laju!
Inilah Law Of Giving & Receiving yang ada atas dunia ni. Nak cinta? Bagi cinta tu dulu. Nak kasih sayang? Bagi kasih sayang tu dulu. Nak duit? Bagi duit tu dulu. Menariknya, semua yang kita bagi ni akan berpatah balik pada kita dalam jumlah yang berlipat kali ganda!
Asalkan you memberi tanpa expectation to get something in return & feeling so much happy and abundant! Then, the magic will happen in your life!
Belajar sesuatu?
#share pada pasangan masing masing dan rasakan sendiri keajaiban yang bakal terjadi nanti ❤️
Bersama-sama kita gemakan Surah Al-Kahf di MALAYSIA #QURANHOUR di seluruh negara pada 29 Zulhijah 1440H bersamaan 30 Ogos 2019.
.
Kita akan didengarkan alunan kalam Allah yang indah, tadabbur dan Pesan Kemerdekaan demi menghayati erti kemerdekaan dalam negara yang sudah 62 tahun merdeka.
.
Daftar lokasi hotspot di: bit.ly/MQH1440H
.
Dijemput beramai-ramai ke lokasi perdana Malaysia #QuranHour di Masjid Putra, Putrajaya bermula 8.30 pagi – 12.00 tengah hari.
.
Kami akan hadiahkan Surah Al-Kahf yang diwakafkan oleh Sahabah-sahabah Al-Quran kepada yang hadir awal. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.
.
Trendingkan Malaysia #QuranHour. Muat naik gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda.
.
Jangan lupa hashtag: #QuranHour.
.
Interaksi dengan Al-Quran: #BacaFahamAmal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain wajib mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor ketika sakit, tak salah jika anda mencuba cara tradisional pula untuk lebih mempercepatkan dan meredakan masalah yang anda hadapi.
Limau kasturi antara salah satu bahan utama yang sangat membantu dalam beberapa masalah. Antaranya seperti masalah batuk, demam serta beberapa masalah sampingan lain yang berjaya dipulihkan dengan bahan yang satu ini. Jom cuba.
1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.
5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
7 . Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peminat masakan western terutama spaghetti atau aglio pasti bosan kan kalau menu yang sama je dihidangkan. Apa kata kita tukar sikit kali ini. Gabungkan western dan melayu pasti memikat selera seisi keluarga.
Jom cuba resipi spaghetti telur masin air tangan superdady Khairul Abdullah ini. Pasti tidak menghampakan.Nah, Spaghetti Telur Masin. Kau yang asyik buat Aglio Olio tu wajib cuba buat yang ni. Lain macam betul pergi dia. Mungkin cinta kau beralih arah lepas ni.
Nak buat pun mudah yakmat. Wajib ada telur masin lah kan. Kalau ada paste telur masin tu pun lagi mudah.
Jom aku share cara nak buat dia.
Bahan-bahan yang kena ada (untuk 4 orang makan):
200gm spaghetti direbus macam biasa.
2 biji telur masin direbus macam biasa.
1 ketul isi ayam dipotong dadu. Ganti udang lagi sedap.
5 ulas bawang putih dipotong.
3-5 ulas cili padi dipotong kecil.
3 tangkai daun kari.
1 cawan susu.
100gm butter/marjerin or whatever.
1 sudu serbuk cili (chilli flakes)
Cara membuat:
1. Panaskan butter/marjerin lalu tumiskan bawang putih, cili padi serta daun kari sampai wangi dan masukkan ayam atau udang dan goreng sampai masak.2. Sambil tu lenyekkan telur masin sampai hancur jadi keping-keping setelah kau pergi sambil ternyanyi lalu terus masukkan ke dalam kuali dan kacau sebati. Dia akan jadi berbuih tau, dont worry. Kalau guna pes telur masin ini pun boleh: https://shp.ee/qcq8fxj
3. Dah kacau sebati masukkan susu. Kalau nak agak berkuah sikit masukkan dalam 1 cawan susu, kalau nak kering sikit masukkan setengah cawan sahaja. kacau sampai didih dan masukkan spaghetti. Aku suka San Remo Vermicelli: https://shp.ee/zhpkxbj4. Kacau sebati dan rasa dulu. Kadang-kadang ada telur masin yang tak berapa masin, so kena tambah garam yer. Kalau rasa masih ada yang tak kena, kau tambahkan secebis kasih sayang. Pasti terus berbeza rasanya.Siap dan hidangkan dengan taburan chilli flakes.Sedap baqhang. Sungguhhhhhhh. Baik hang cuba lekaih.
#ResepiSuperDaddy
#spaghettitelurmasin
P/S: Banyak lagi resepi mudah aku di Instagram @mynameiskhairul
Setiap peralatan mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contohnya penggunaan tuil pintu. Ada tuil yang menggunakan tombol dan ada pula enis pemegang.
Tetapi tahukah anda, tuil pintu jenis pemegang lebih mesra dan mudah digunakan berbanding jenis tombol.
Tuil jenis pemegang ini nampak lebih selesa, memudahkan dan bermanfaat terutama kepada golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangan mengenai penggunaan tuil pintu jenis pemegang ini.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
▪️Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Kanak-Kanak Mudah Guna
▪️Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin Ketika Dipulas
▪️Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
▪️Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Mudah Disendal
▪️Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya.