Siapa yang tak kenal dengan pasangan sama cantik sama padan ini, sebut sahaja nama sang suami daripada budak kecil sehingga ke orang tua pasti kenal. Biarpun ada sahaja caranya yang mengundang kontroversi, namun tak kurang yang terhibur dengan telatahnya.

Berbeza pula dengan sang isteri yang cukup lemah lembut, tutur kata yang sopan dan sentiasa manis dengan senyuman. Jika suami gemar bermain dengan kamera, berbeza dengan isterinya yang sentiasa low profile. Itulah perbezaan karakter pasangan Dato Sri Aliff Syukri dan juga Datin Sri Shahida.

“Bila Kita Nak Cari Yang Sempurna Takkan Jumpa.” Sabar & Rendahkan Ego, Kunci Kerukunan Rumah Tangga  DS Aliff Syukri & isteri!
Kemelut di muara kasih antara mereka mengundang pelbagai kontroversi. Sana sini orang memperkatakan hal rumah tangga mereka.

“Hampir 13 tahun kami mendirikan rumah tangga, dengan dikurniakan lima cahaya mata dan seorang anak angkat. Pengalaman selama bergelar suami isteri ini, saya pernah diduga dengan masalah kewangan. Tetapi isteri tetap bersama saya. Saya yakin dalam perkahwinan, benda yang amat berharga adalah bila kita memahami antara satu sama lain, dan ketika pasangan berada bersama susah dan senang.

“Tetapi bohonglah andai kata tak ada cabaran,. Bila bersama sebagai suami isteri pasti ada perbezaan. Karakter saya orang nampak seperti lembut, memahami tetapi saya sebenarnya sangat tegas orangnya. Isteri saya sentiasa berada di sebelah ketika saya tengah ‘down’, terima kasih kerana selalu menyokong Bie saat susah bersama,” ujar Dato Sri Aliff lagi.

“Bila Kita Nak Cari Yang Sempurna Takkan Jumpa.” Sabar & Rendahkan Ego, Kunci Kerukunan Rumah Tangga  DS Aliff Syukri & isteri!

Jangan cari kesempurnaan
Dalam pada itu, beliau mengakui dalam sesebuah rumah tangga takkan terlepas dari berlakunya perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

“Lumrah dalam rumah tangga pasti akan ada pergaduhan akan terselit di sebalik manis dan pahit sesuatu perhubungan. Tetapi kena ingat bila kita ingin mencari yang paling sempurna takkan jumpa. Sempurna itu adalah apabila kita kena serasikan antara satu sama lain. Tak ada benda sempurna kerana lagi kita mencari lagi dia akan ‘hilang’.

IKLAN

“Tetapi menerima keburukan dan kebaikan pasangan , bila kita menerima satu sama lain saya yakin itu penting. Kalau dia boleh terima keburukan kita, jadi kenapa tidak kita. Saling memaafkan itu sangat penting.

“Bila Kita Nak Cari Yang Sempurna Takkan Jumpa.” Sabar & Rendahkan Ego, Kunci Kerukunan Rumah Tangga  DS Aliff Syukri & isteri!
“Benda paling saya selalu ingatkan dalam perhubungan ini, jangan rasa ada orang yang lebih baik dalam dunia ini melainkan pasangan kita. Sentiasa bersyukur dan puas hati, anggaplah isteri anda hidup esoknya adalah hari terakhir dia bersama kita. Fikirkan macam mana isteri penat beranak, sakit dan besarnya tanggung jawab bukan hanya bekerja tetapi bagaimana penat dia menjaga kita dan zuriat kita. Sayangi isteri kita sepertimana kita menyayangi ibu kita. Insya-Allah perkahwinan itu akan lebih kekal.

“Kalau diikutkan setiap minggu kami bergaduh. Tetapi apabila saya fikirkan kebaikan lebih banyak maka saya rendahkan ego. Lelaki ini egonya tinggi, nak menang nak betul. Tetapi ada kalanya kita kena turunkan ego, tak salah nak minta maaf kerana ia bukan bermakna kita dayus. Tetapi maaf untuk kebahagiaan kita.

“Orang lain tak boleh bantu kita, tetapi diri kita sendiri yang harus berbuat demikian. Jangan diukur kebahagiaan dan kemewahan orang lain sebab kita ada kebahagiaan yang orang lain tak rasa. Seronok dan gembira dengan apa yang anda anda kerana kebahagiaan akan muncul dalam rumah tangga anda,” ungkap Dato Sri Aliff penuh makna.

“Bila Kita Nak Cari Yang Sempurna Takkan Jumpa.” Sabar & Rendahkan Ego, Kunci Kerukunan Rumah Tangga  DS Aliff Syukri & isteri!
Jangan abaikan perasaan anak
Sementara itu, Datin Shahida mengakui kesibukan dengan urusan kerja, jangan abaikan tentang perasaan anak-anak.

IKLAN

“Tugas sebagai ibu dan isteri ini memang sangat penat. Sebab itu walau sesibuk mana sekalipun kena uruskan rumah tangga. Bagi saya sendiri, dapat lihat anak-anak membesar depan mata itu sudah cukup menggembirakan. Hilang segala penat dan kena selalu menjadi pendengar setia kepada segala keluhan dan masalah anak-anak.

“Hari-hari saya akan tanya anak-anak buat apa hari ini, makan apa di sekolah, apa dia buat dengan kawan-kawan dan sebagainya. Hari-hari kena tanya sebab anak-anak memerlukan kita untuk bercerita. Jadi jangan rasa mereka kecil lagi sedangkan ketika inilah masanya untuk mereka berkongsi cerita.

“Kalau wanita lain mungkin ke spa mahupun keluar bersama kawan-kawan adalah cara mereka ‘me time’ tetapi pada saya me time itu adalah bila saya bersama dengan anak-anak. Kegembiraan saya adalah bila dapat duduk dengan anak-anak. Kalau stres atau penat, saya akan kunci pintu bila untuk rehat.

“Saya tak boleh orang ganggu waktu itu, jadi bila anak ketuk pintu, saya akan minta mereka jangan ganggu mama jadi mereka faham,” ujar Datin Sri lagi ketika ditanya tentang perihal anak-anaknya.

“Bila Kita Nak Cari Yang Sempurna Takkan Jumpa.” Sabar & Rendahkan Ego, Kunci Kerukunan Rumah Tangga  DS Aliff Syukri & isteri!
Nak anak berjaya dalam ilmu agama
Ditanya mengenai harapan terhadap anak-anaknya apabila besar kelak, jujur mengakui beliau mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam ilmu keagamaan.

IKLAN

“Ibu mana yang tak mahu melihat orang yang berjaya kan. Tidak dinafikan semua orang nak anak mereka pandai, begitu juga saya. Cuma saya nak mereka berjaya dunia akhirat dan lebih menitikberatkan soal agama.

“Semua orang nak anak pandai tetapi itu adalah anugerah dan kepandaian itu hanya sekadar di atas kertas. Tetapi akhlak itu akan dibawa sampai mati. Kerana itu saya mahu mereka semua memiliki akhlak yang baik. Kerana itu saya sangat mementingkan soal agama sejak kecil dengan menghantar mereka ke sekolah agama,” tegas Datin Sri Shahida lagi.

“Bila Kita Nak Cari Yang Sempurna Takkan Jumpa.” Sabar & Rendahkan Ego, Kunci Kerukunan Rumah Tangga  DS Aliff Syukri & isteri!
Kena sabar
Mengakui dalam rumah tangga kena ada sifat sabar jika mahu mengecapi bahagia. Jujur mengakui tidak ada istilah pujuk memujuk andai berlaku perselisihan faham, sebaliknya masing-masing tahu dan perbaiki apa salah sendiri.

“Sebagai isteri baik saya mahupun wanita lain, kena ada sifat sabar dalam rumah tangga. Kita duduk dengan orang yang kita tak pernah kenal sebelum ini Contohnya, kita hidup dengan ibu bapa kita 20 tahun, kemudian kahwin dan kena mulakan hidup baru dengan karakter berbeza dengan kita. Kena sabar, sabar dan sabar kerana itulah kunci untuk kerukunan rumah tangga.

“Baik saya mahupun suami, bila bergaduh atau berselisih faham tak ada istilah pujuk memujuk. Buat tak tahu dan tegur macam tak ada benda berlaku. Tetapi kita tahu dan daripada pergaduhan itu kita memperbaiki dan ada perubahan sikap,” jelas Datin Sri lagi.

Sumber: Majalah Keluarga Edisi Mei-Jun 2020

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI