Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Tidak hairanlah, segala perkembangan anak dari bayi sehingga besar menjadi fokus utama. Malah, pelbagai kaedah dan pendekatan mendidik dilaksanakan .
Tidak hairanlah sedari kecil lagi, anak-anak diberikan pendedahan dalam pelbagai bidang. Itu yang cuba dipraktikkan oleh pelakon, Anzalna Nasir dan suaminya dalam membesarkan anak mereka Mohamad Eidrees.
Jika sebelum ini, kisah Eidrees lanjar berzikir menjadi tumpuan ramai. Terbaru, Anzalna berkongsi gelagat anaknya yang sangat petah tetapi malu-malu.
Ads
Cepatnya membesar. Selain berzikir dan mengaji. Eidrees can count and sing in french. Hes a very shy boy susah nak ambil video. Nasib tak tercekik laici tu! hahahahhahah #23MonthsOld
Perkongsian Anzalna mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji kebijaksanaan Eidrees berbahasa Perancis walaupun belum berumur 2 tahun. Bijak dan comel. Itu antara pujian yang diberikan oleh warganet kepada Eidrees.
mokjaa_ French? Mcm mana boleh ajarkan dia in other language dgn umor dia yg bru 2years old? Tips plis
norin.noor.9Bijak nya Eidrees.Dah la hensem.Semuga jadi anak yg soleh.Aamiin❤️❤️
Ads
Sebelum ini, Anzalna memuat naik satu video yang menunjukkan anak sulungnya iaitu Eidrees sedang rancak membaca zikir dengan penuh penghayatan.
Walaupun Eidrees kini baru sahaja berusia 19 bulan, namun si kecil ini sudah mampu untuk mengingati banyak zikir yang sering kita baca dalam kehidupan seharian.
Rata-rata yang menonton melahirkan rasa terharu melihat aksi si kecil itu dan mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami kerana kecil-kecil lagi sudah menanamkan ayat-ayat suci al-Quran kepada anak mereka.
Syukur Alhamdulillah At the age of 19 months he can zikir already. Eidrees can zikir Hasbi Rabbi, Ya rabanna Tarafna and zikir sebelum tidur.
Setiap kali dia zikir susah betul nak record dia tak bagi! No camera katanya! Hahhahahahahha Akhirnya dapat juga! Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Amin
Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh Anzalna menerusi video tersebut.
Kepada ibu bapa perasan tak, apabila anda balik daripada kerja luar, anak buat kelakuan agak pelik malah mudah merajuk tanpa sebab munasabah.
Namun, melalui perkongsiannya, situasi ni berlaku sebabkan emosi anak rindu kepada ibu atau ayahnya.
Ikuti perkongsian Taufiq Razif ini yang menghuraikan kenapa anak merajuk.
Anak asyik meragam je bila saya balik rumah ni. Sorang merajuk masuk bilik, sorang asyik menangis. Sorang asyik nak melekat kat kaki.
Pelik saya.
Fikir punya fikir rupanya anak anak saya ni TANGKI EMOSInya tengah kering. Yela, hampir seminggu jugak saya berjauhan dengan anak baru ni.
Memang anak hampir kering TANGKI EMOSInya ada beberapa tanda, antaranya :
#1 – Anak suka merajuk tanpa sebab
#2 – Anak suka meragam tanpa sebab
#3 – Suka marah marah
#4 – Mudah terasa dan sensitif
#5 – Suka buat benda pelik depan kita untuk tarik perhatian kita
Rupanya benda ni senang je nak setel. Peluk je mereka ni lama lama dan spend masa bersama mereka secara adil. Jangan duk fokus anak yang paling bongsu je. Anak pertama yang paling tua pun lagi lagi lah kena layan sebab yang paling tua lah sebenarnya yang paling mudah kering TANGKI EMOSInya.
Tolong bagitahu ilmu ni pada suami masing masing ye terutamanya suami yang selalu outstation dan berjauhan daripada keluarga dan anak anak.
Paling bahaya kalau ada suami yang tak faham ilmu ni dan dibiarkan je anak anak kering tangki emosinya. Silap haribulan, boleh jadi anak anak tu akan cari orang lain untuk isi tangki emosinya! Ini yang paling kita takutkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya ramai yang bercadang untuk pergi bercuti pada waktu terdekat ini. Namun bagi yang belum mempunyai bajet, tak mengapa, masih ada masa lagi untuk mengumpul dana atau tabungan bercuti.
Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, tentunya memerlukan bajet yang banyak. Jika tidak menabung tentu akan akan menjejaskan duit tabungan kecemasan.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk membuat tabungan perlancongan buat keluarga anda atau diri sendiri. Nak tahu caranya ikuti panduan ini.
1.Buat senarai bajet dan rancang awal
Perkara paling utama adalah membuat perancangan awal dan senaraikan bajet yang diperlukan ketika melancong. Ini amat penting kerana dari situ kita dapat membuat anggaran jumlah wang yang diperlukan untuk percutian tersebut. Ambil tahu nilai matawang Negara yang ingin dilawati dan senaraikan dahulu kos pengangkutan, kos penginapan, kos makanan dan kos aktiviti yang mahu dilakukan ketika percutian tersebut.
Bagaimanapun, lebih jimat jika anda pergi secara berkumpulan kerana ia boleh mempengaruhi bajet anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan khidmat kereta sewa, perbelanjaan untuk kereta sewa tersebut akan lebih berbaloi sekiranya dibayar oleh 3 atau 4 orang berbanding seorang sahaja. Kan lebih jimat!
2. Kurangkan perbelanjaan pada hari cuti
Jika kebiasaannya anda menghabiskan kira-kira RM100 hingga RM200 ketika keluar pada hari minggu, cuba kurangkan nilai tersebut supaya lebih banyak wang dapat disimpan untuk melancong.
Lebih-lebih lagi jika anda gemar berkunjung ke kafe hipster yang menyajikan hidangan yang agak tinggi harganya. Untuk mencapai matlamat percutian idaman, anda boleh berhenti melawati tempat-tempat seperti itu dan bertukar kepada kafe-kafe yang lebih berpatutan.
Selain itu, cuba juga kurangkan perbelanjaan harian anda seperti menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dan membawa bekal makanan tengah hari dari rumah.
3. Kaedah paksa reka dan tabung percutian
Kaedah paling efektif untuk memastikan anda menyimpan setiap bulan adalah dengan mengasingkan 10 hingga 15 peratus daripada gaji anda untuk percutian idaman. Anda perlu menetapkan matlamat dan mendisiplinkan diri sendiri untuk melakukannya.
Sebagai contoh, anda mahu mengumpul kira-kira RM2,000 untuk melancong ke Bangkok, Thailand. Oleh itu, jika pendapatan anda adalah RM3,000 sebulan, anda boleh menyimpan 10 peratus daripada jumlah tersebut (RM300) untuk percutian idaman anda. Jadi, dalam tempoh 7 bulan, simpanan percutian anda sudah mencecah RM2,100 dan anda sudah boleh menikmati percutian anda!
Dalam pada itu, anda juga boleh menyimpan tabung di dalam bilik tidur agar dapat memberi inspirasi kepada anda untuk terus menabung.
4. Cari tawaran berbaloi
Jika ingin berjimat, anda perlu rajin memeriksa tawaran-tawaran hebat yang boleh didapati di laman web syarikat penerbangan dan melalui aplikasi mudah alih anda.
Syarikat penerbangan sering menawarkan diskaun untuk tiket penerbangan ke pelbagai destinasi mengikut musim-musim tertentu. Jadi, anda perlu peka dan selalu melayari laman web syarikat penerbangan supaya tidak terlepas tawaran hebat!
Selain itu, banyak aplikasi baru yang kini menawarkan tiket masuk ke pameran atau harga yang lebih murah untuk melakukan aktiviti-aktiviti di destinasi percutian.
Anda juga digalakkan untuk mengikuti tips ‘backpackers’ di laman social Facebook atau Twitter kerana mereka sering memuat naik itinerary dan perkongsian menarik yang secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi kos percutian anda.
5. Buat jualan pre-loved
Sekiranya almari pakaian anda telah penuh, mungkin inilah masanya untuk anda mempertimbangkan mengadakan jualan ‘pre-loved’ bagi mengumpul wang percutian.
Teliti semula pakaian dan barang-barang di rumah anda yang masih dalam keadaan baik dan jarang digunakan.
Bukan sahaja anda dapat mengumpul wang lebihan malah boleh melapangkan ruang peribadi anda dan apabila pergi bercuti nanti, anda boleh membeli pakaian dan barangan baru!
Pelbagai lagi perkara lain yang boleh mempengaruhi bajet percutian anda. Paling utama, tetapkan destinasi dan jenis percutian idaman anda dan rancanglah dengan teliti. Perancangan teliti boleh mengurangkan risiko anda terlebih berbelanja dan merosakkan ‘mood’ anda ketika bercuti.
Sedih melihat rumah ditenggelami air banjir. Lebih menyedihkan bila mana banyak barang yang rosak, termasuklah pakaian diselaputi dengan lumpur.
Jangan terburu-buru buang semuanya. Masih boleh dipakai walaupun tenggelam dalam air. Berikut adalah tip yang boleh digunakan:
1. Bersihkan dari lumpur
Memandangkan dobi tak terima, jadi kenalah cuci sendiri. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan lumpur terlebih dahulu dengan cara merendam baju tersebut.
Biarkan lumpur keluar dan bilas beberapa kali sehingga air bilasan tiada warna lumpur. Selain rendam boleh juga sembur menggunakan semburan air yang kuat.
2. Asingkan pakaian berwarna
Selepas tanggal lumpur, asingkan pakaian putih dengan berwarna untuk proses basuhan seterusnya.
3. Rendam dengan air panas
Bagi menghilangkan bakteria atau kuman yang mungkin masih ada pada baju, rendam pakaian dengan air panas. Rendam paling kurang 5 minit, jika ingin lebih lama tambah air panas lagi. Ketika ini boleh tambahkan dengan cecair pencuci anti kuman atau virus.
4. Baju bayi rendam sekali lagi dalam cairan pembersih kuman
Selain baju anda, boleh gunakan cara yang sama untuk baju anak-anak atau bayi. Rendam sekali lagi dalam air yang ditambah cairan pembersih kuman. Tak perlu lama, 10 minit mencukupi. Boleh guna cecair pembasmi.
5. Cuci seperti biasa
Selepas itu basuh sekali lagi seperti biasa menggunakan mesin basuh menggunakan mode paling lama supaya cucian bersih.
Kemudian jemur di bawah pancaran matahari hingga benar-benar kering. Ataupun keringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri. Panjangkan tempoh supaya baju kering dan mematikan kuman sepenuhnya.
Kafein dan rambut gugur sering menjadi topik perbincangan selepas beberapa kajian menunjukkan kafein berpotensi membantu merangsang pertumbuhan rambut serta mengurangkan kesan hormon DHT terhadap folikel rambut.