“Comel Tengok Ella Layan Anak. Lembut Je.” Bercuti Sekeluarga, Wajah Anak Angkat Ella Raih Perhatian, Nampak Seiras Kapten Azhar!

Share

Mungkin ramai yang tidak tahu, ratu rock Malaysia, Ella mengambil seorang anak angkat perempuan beberapa tahun lalu.

Anak kecil yang diberi  nama Shanome Az Zahra, Itu nyata melengkapi sekaligus menceriakan kehidupan rumahtangga pasangan ini.

Pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin  dan suami, Kapten Azhar walau bagaimanapun jarang berkongsi mengenai anak angkat mereka.

Dalam satu perkongsian sebelum ini, Ella mengakui kehadiran Shanome Az Zahra memberikan kebahagiaan buat keluarganya selain rutin hariannya kini sudah berubah sepenuhnya sejak kehadiran si comel tersebut.

“Alhamdulillah, kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami.

“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ini anak menjadi keutamaan.

“Saya seronok menjaganya dan suami pun sama-sama membantu jaga Shanome. Kalau salah seorang sibuk dengan kerja, yang seorang lagi akan jaga. Kalau kami berdua sibuk, akan ada orang yang jaga dia. Semua saya pantau untuk Shanome,” katanya.

Terbaru menerusi laman instagramnya, Ella memuatnaik satu video ketika mereka sekeluarga bercuti baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Ella berada di bandar Muar, Johor dan sedang menikmati sarapan di sana. Menerusi video itu, turut ada bersama adalah suami dan anaknya.

Video tersebut meraih perhatian ramai memandangkan pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini jarang berkongsi perkembangan anak tersayang di media sosial.

Bahkan rata-rata yang pernah melihat si kecil ini menyatakan Shanome sudah kelihatan besar dan tinggi.

Sumber: ellaaminuddins


 

IKLAN